Novel Cinta, Lagu Cinta, Cerita Cinta + Cerita Korea

Assalamualaikum..

Ya.. Saya jarang menulis sebab kekurangan idea tapi bila dah ada idea, saya tidak bercadang untuk menahan idea itu dari mengalir jadi saya putuskan untuk menulis idea tersebut di sini.

:D



Ya.. Ini juga berkaitan dengan Baca Buku dan entri Let's Read saya tempoh hari di mana macam yang saya cakap sebelum ini, saya ada menerima komen yang bernas dari seorang pembaca (terima kasih kerana sudi membaca.. barakallah alaik). :)

Selain bercakap tentang tips membaca, pembaca tersebut juga ada bertanya pendapat saya berkenaan dengan novel cinta, lagu cinta dan cerita cinta yang dikatakan dapat mempengaruhi emosi pembaca. (Saya agak teruja apabila ada orang sudi tanya pendapat saya di laman saya sendiri. Moga jawapan ini memuaskan hati yang bertanya dan moga diterima di sisiNya juga) :)

Sekiranya penulis tersebut ialah penulis buku / lagu / drama yang bagus, dia pasti akan dapat mempengaruhi emosi pembacanya. Penulis sekarang memang bagus-bagus, kebanyakan mereka berjaya 'memperdaya' emosi dan pemikiran kita. :D

Tentang novel cinta..



Bagi saya, ia bergantung kepada cara cerita itu diceritakan. Tak semua novel cinta tak munasabah untuk dibaca dan hanya berkisarkan alam khayalan semata-mata. Ok.. Saya benar-benar maksudkan di sini novel cerita cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Banyak juga novel cinta yang bagus dibaca.

Saya beri contoh, Versus yang ditulis oleh Hlovate.



Ramai menganggap cerita cinta semua sama sahaja. Tapi, please.. Don't judge a book by the other books. Hehe.. :D Versus ditulis dengan cara yang berbeza, mudah difahami dan penuh dengan pengajaran bagaimana seseorang remaja lelaki dan perempuan harus berdepan dengan perasaan romantis yang terdetik di dalam hati mereka.

Pertama kali baca buku ini, saya sangat mengagumi cara penceritaannya yang simple tapi mampu mengusik jiwa. Ada banyak juga contoh yang saya boleh bagi, Salju Sakinah, Rooftop Rant dan 5 Tahun 5 Bulan. (banyak Hlovate je..)

:D


Tapi malangnya, tak ramai penulis mampu menulis cerita yang pada setiap babaknya terselit pengajaran yang bagus. Kebanyakan penulis novel cinta, saya akui, menyelitkan unsur-unsur lesson tapi masalahnya, lesson tu tak ketara sangat. Yang ketaranya, babak-babak cinta yang romantis yang mampu membuai-buai perasaan seorang gadis remaja.

Dan si gadis remaja tadi pun tersenanglah dirinya ditawan oleh penulis novel tadi dengan terbayang-bayang wajah si hero yang sangat romantis itu..

Jangan tipu saya sebab saya pun seorang gadis remaja yang macam di atas tu jugak dulu.

:o

Jadi, bagi saya, kepada anda yang nak baca juga cerita cinta, rujuklah kepada kawan-kawan yang dah pernah beli atau baca buku tersebut. Carilah cerita cinta yang mampu membentuk emosi yang positif dan memberi pengajaran yang bermakna. Bukan sekadar pengajaran sipi-sipi ya..

Banyak sebenarnya, tapi kita yang belum jumpa. :) Rajin-rajinlah mencari buku-buku yang bagus ya..



Tentang lagu cinta...


Saya  belum ada apa-apa pendapat yang tetap, sebab kebiasaannya, saya dengar lagu mengikut mood. Dan kebanyakan lagu cinta yang saya dengar, saya tujukan kepada orang-orang tertentu mengikut lagu, jadi, lagu cinta yang saya dengar, ia tidak memberikan kesan yang terlalu mendalam buat saya.

Tapi, saya benar-benar tak pasti dengan orang lain. Mungkin perkara yang sama terjadi pada mereka, mungkin juga tidak.

Hm.. Bagi saya la, lagu yang bersemangat akan jadikan saya lebih bersemangat sementara lagu cinta pula biasanya tak beri kesan sangat pada saya..

Tentang cerita cinta di tv pula...


Memang ada yang tidak begitu mempengaruhi emosi tapi seriously, tak banyak macam novel cinta. Seingat saya hanya satu yang saya boleh ingat.

Kal Ho Na Ho lakonan Shah Rukh Khan, Pretti Zinta dan Saif Ali Khan. Cerita Kal Ho Na Ho menceritakan tentang bagaimana seorang lelaki sanggup memberikan kebahagiaan kepada seorang gadis yang dicintai bersama lelaki lain. Dan, tak adalah membuaikan perasaan sangat pun cerita ni.

Tapi, kebanyakan cerita cinta yang lain, ia sangat mempengaruhi emosi kerana kebanyakan penerbit lebih memikirkan tentang komersial.

This just another love stry which is a Korean story..

Saya bukan nak buruk-burukkan cerita Korea, tapi sejujurnya, cerita Korea memang sangat-sangat membuai perasaan. Bagi yang bijak dan berpengalaman, mereka boleh kendalikan perasaan mereka. Bagi yang kurang bijak dan kurang pengalaman, mereka akan mudah sangat terbuai.

Bukan cakap orang ja, saya mengaku, saya pun boleh lemah hati, jantung dan perasaan kalau tengok cerita Korea banyak sangat. Jadi, saya memilih untuk berpada-pada. Tengok sekadar tengok kemudian, lupakan. Bagi yang susah nak mengelak dari berkhayal yang tak terkawal, saya cadangkan, elakkanla je dari tengok cerita Korea.

Saya sebut secara spesifik tau ni, cerita Korea sebab saya tahu cerita cinta Melayu atau Inggeris kesannya takkan pernah sama dengan cerita cinta Korea yang jauh lebih membuai perasaan. :D

Anyway, ini hanya pendapat saya dan saya menerima sebarang komen. :)

Wallahua'lam..


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to Novel Cinta, Lagu Cinta, Cerita Cinta + Cerita Korea

Anonymous said...

Waalaikumussalam warahmatullah MJ. Jazakillah khaira atas pendapat MJ. Ada benar kata MJ.. In shaa ALLAH. Saya tak dapat beri respons sekarang kerana saya agak sibuk dengan tugasan semasa, in shaa ALLAH.

In shaa ALLAH hujung minggu nanti jika ada kelapangan, saya akan beri respons saya : ). Jazakillah khaira MJ.

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Take ur time.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum MJ. Apa khabar? Minta maaf sebab lambat. Alhamdulillah, ada juga peluang nak tulis di blog MJ : ). In shaa ALLAH saya beri respons saya tentang apa yang MJ tulis.

Saya sebenarnya pernah juga membaca novel, tapi tak banyak, seingat saya yang serius saya pernah baca cuma satu saja kot, iaitu novel Hatiku di Harajuku, karangan Ramli Awang Murshid. Ceritanya bertemakan thriller, dalam masa yang sama, ada juga unsur cinta di dalamnya. Apabila saya membaca novel berkenaan, memang boleh saya bayangkan cinta antara watak-watak utamanya. Ada pengajaran yang saya dapat melalui novel berkenaan juga, alhamdulillah. Pengajaran tentang kambali kepada ALLAH, jangan bersikap sombong, dan setia dalam bercinta. Banyak masa juga saya habiskan baca novel berkenaan, dan tak silap pernah mengulang sekali : )

Tentang lagu cinta, saya tak pasti tentang hal ni.. Dulu, saya suka dengar lagu jepun atau korea, instrumental dan beberapa lagu genre lain.. Lagu korea memang ada beberapa lagu cinta yang sedap.. Lagu jepun lebih banyak memasukkan unsur alam dalam lagu mereka (seperti cahaya, pepohon, dedaun dan lain lain). Dan saya suka macam tu, sebab mengingatkan tentang alam yang diciptakan ALLAH sebagai tanda tanda kebesaranNYA. Sukar juga nak cari satu titik lersamaan lagu lagu berkenaan, khususnya yang temanya cinta.. Tapi in shaa ALLAH, saya rasa persamaan atau hubungan antara lagu lagu tu ialah, melodi yang saya gemar, dan jika yang berkaitan cinta, cinta yang pure, dan yang serius atau berkekalan.

Lagu lagu cinta korea tadi saya ada ambil dari cerita korea juga. Dulu saya selalu tengok cerita korea.. Tetapi dah tak tengok lagi sekarang.. Pertama ialah sebab kekangan masa, dan kedua, sebab saya rasa tak dapat apa apa bila menonton cerita berkenaan. Cerita korea yang saya tengok pun banyak berkaitan cinta..

Sebenarnya.. Saya seorang dreamer atau seorang yang suka bermimpi. Khususnya bila berkaitan benda yang melibatkan emosi macam cinta, memang sangat mempengaruhi diri saya.

Tetapi, kini, apabila saya semakin tua.. Saya mula berfikir tentang diri saya.. Saya rasa saya hanya banyak bermimpi.. Dan tak banyak bertindak.. Alhamdulillah, ALLAH beri saya cita cita untuk saya fikirkan mungkin dalam setahun lepas untuk saya setkan dalam fikiran, juga kekuatan untuk saya bergerak sedikit demi sedikit untuk kurang bermimpi dan lebih banyak bertindak. Namun saya ada juga menonton sedkit cerita korea yang berkaitan cinta, apabila cuti panjang atau ada masa lapang.

Sehinggalah, beberapa bulan yang lepas, saya telah menerima tamparan yang menyedarkan saya daripada mimpi saya ini.. Benar benar kuat.. Ianya berkaitan cinta juga.. Dan pengalaman yang sedih berkenaan, benar benar menyebabkan saya benar benar berfikir, cinta apa yang utama sebenarnya.. Dan alhamdulillah, ALLAH menyedarkan saya cinta kepadaNYA dan RasulNYA yang utama. Saya tak menyalahkan sesiapa dalam perkara sedih berkenaan, sebab mereka tidak bersalah dalam hal berkenaan. Dan saya yakin ini adalah ujian dan petunjuk ALLAH untuk menjadikan saya kembali berfikir.

Lepas peristiwa berkenaan.. Saya sangat sedikit menonton cerita korea.. Cuti panjang juga jarang buka rancangan tv korea.. Sebab saya rasa.. Saya tak dapat apa apa dari menonton cerita cerita begitu.. Saya rasa saya dah banyak membazir masa, dan saya taknak mengulang kesilapan yang sama.

Sama juga dengan novel cinta.. Saya berpendapat, tak ada apa yan boleh saya ambil daripada novel berkenaan.. Cinta yang ditulis, adakah benar benar cinta betul? Atau tidak? Pengajaran yang ditampilkan, adakah benar boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian? Sebab saya tak mahu lagi berada dalam mimpi. Saya hidup dalam realiti.. Dan saya taknak bazirkan masa lagi berada dalam mimpi.

Anonymous said...

Sebab itu saya lebih suka bahan bacaan yang berbentuk fakta (seperti buku agama dan sains dan lain lain) dan kisah yang benar, seperti sirah Rasulullah S.A.W. tercinta. Sebab semua bahan bacaan berkenaan berkaitan dengan sesuatu yang benar, jadi in shaa ALLAH pengajarannya boleh diamalkan.

Tetapi bila saya baca balik post MJ ni, saya rasa ada benar juga tulisan MJ. Saya sedang berusaha untu memahami kehidupan, dan berusaha untuk menjadi lebih baik, in shaa ALLAH. Dan saya suka bertanya pendapat orang, khususnya mereka yang saya percaya, untuk faham akan sesuatu. In shaa ALLAH, melalui novel, lagu atau derita cinta juga, ada pengajaran yang boleh kita ambil dan relate dalam kehidupan. Tak semua buku, lagu atau cerita itu teruk. Saya yakin, meskipun sesuatu buku, lagu atau cerita itu bruk sekalipun, ada juga hikmah yang ALLAH sediakan disebalik semua itu, sebab ALLAH tak menjadikan apa apa pun dengan sia sia.

Jazakillah khaira MJ kerana sudi berkongsi pendapat : )

Tapi, tentang post MJ ni, saya tak faham apa maksudnya dengan MJ tak affected dengan lagu genre cinta dan menujukan lagu berkenaan untuk orang lain. Bukan ke itu maksudnya, MJ sebenarnya rasa lebih kurang sama dengan apa yang disampaikan dalam lagu tu, dan tujukan lagu tu kepada orang, sebab nak orang tahu perasaan MJ? Saya rasa itu macam affected, tambahan jika lagu itu ada unsur sedih. MJ rasa macam mana? : )

Wallahua'lam.

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Ok.. sy jwb yg bawah tu..

lagu yg sy tujukan pd org tu..hnya melambangkn perasaan sy terhadap ssorg tu.. sbb..kbnykn lgu cinta yg sy dgr..sy suka tujukn pada kwn2..atau ahli kluarga.. :)

kbnykn lgu yg sy dgr sebenarnya..sy dgr secara x sengaja..samada anjuran drpd kwn2..ataupun terjumpa org share dekat FB..

bla dgr lagu cinta tersebut, sy biasanya akn terfikirkan seseorg tp x adalah sy nk bgtau kt org tu apa yg sy rasa melalui lagu sekian sekian.. ni utk diri sy je la..

maksud sy yg sebenarnya ialah..lgu cinta kn ada yg sedih.. ok.. emosi sy x mudah terpedaya dgn lagu cinta yg sedih.. itu yg sy mksudkan sebenarnya.. hehe.. :D

sy x mudah jd sedih hnya kerana sebuah lagu.. itulah x affected yg sy maksudkan.. :)



Anonymous said...

Ok. Jazakillah khaira MJ. Semoga ALLAH membantu MJ untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.