Archive for February 2013

Pengalaman Form 4

Assalamualaikum.. :)



Saya telah diminta untuk bercerita mengenai pengalaman saya di Form 4 dan sedikit nasihat. Saya bukanlah baik sangat nak bagi nasihat jadi, anggap je ni sebagai tips. Hehe.. :)

Sejujurnya, tak banyak yang saya ingat semasa di Form 4. Jadi, saya cuba untuk tulis yang mana saya masih ingat.

Mungkin kerana saya baru mendaftar di sekolah baru semasa bulan Februari, jadi, tak banyak pengalaman yang dapat saya kutip. :)



Saya mula masuk sekolah agak lambat. Dalam bulan Februari macam tu baru masuk sekolah sebab saya baru pindah ke tempat baru iaitu Seremban, jadi, saya tak bersekolah selama sebulan sebab saya tak tahu nak masuk sekolah mana. Waktu tu, Baba baru uruskan permohonan saya masuk ke sekolah dengan PPD. Sebab tu la saya lambat masuk sekolah.. Heee.. :D

Alhamdulillah.. Lepas berserabut dengan urusan sekolah, akhirnya, saya mendapat tawaran masuk ke Sekolah Menengah Sheikh Hj. Md. Said. :)

Jadi, dekat sekolah ni la saya belajar selama dua tahun.



Masa form 4, yang saya ingat, saya selalu stay back dekat sekolah. Sampai pukul 0430-0500 macam tu baru saya balik rumah. Mulanya sebab saya ni lemah subjek Add Maths jadi, saya stay back dekat sekolah untuk belajar Add Maths dengan kawan saya.

Lepas tu, saya masuk kelas tuisyen Maths dan Add Maths masa bulan April sebab saya FAIL dalam ujian penggal pertama untuk both subjects. Tapi, saya tak adalah fed-up atau apa-apa dengan diri saya walaupun itulah kali pertama saya FAIL dalam study saya. Saya jadikan 'baru masuk sekolah' sebagai alasan kepada kegagalan saya.

Sepanjang tahun, saya hanya ambil dua tuisyen sahaja, Maths dan Add Maths. Which is bermaksud, saya tak ambil tusiyen untuk any other critical subjects such as Bio, Physics and Chemistry walaupun saya tahu saya sangat lemah dalam ketiga-tiga subjek tersebut.

Done with the tuition classes. :D



Kalau bab sekolah pula, saya bukanlah yang paling pandai. Sedang-sedang sahaja. Saya lebih senang dengan subjek teras dan saya rasa subjek-subjek kritikal memang sangat susah. Kawan-kawan yang lain pun macam tu juga jadi saya rasa OK.. :)

Dan, saya selalu jugak rasa mengantuk dalam kelas. Terutama sekali Bio dan Chemistry. Teruk kan? Saya dah cakap saya bukannya bagus sangat. :D

Mungkin sebab saya duduk belakang dan saya pulak ada rabun, jadi, saya tak nampak apa yang ada dekat depan. Ini semua kemungkinan adalah faktor-faktor saya tertidur. Or else, saya ni memang jenis sleepy head yang suka bagi alasan sebenarnya. :)

Itu hal study dekat sekolah.



Berkaitan dengan kawan-kawan pula, saya jenis yang tak berapa fleksibel dan tak cukup peramah nak buat kawan. Saya masih keliru dengan kedudukan kelas-kelas batch saya dan saya tak kenal ramai orang dari kelas lain. Saya hanya kenal budak kelas saya sahaja which is, memang berbeza dengan diri saya yang dulu, yang mengenali ramai orang. Hehe..

Dulu, masa saya Form 3 habis abang-abang senior dengan kakak-kakak senior saya kenal. Kalau tanya saya waktu Form 4, siapa Ketua Umum Pelajar (ketua pengawas), jujurnya, saya tak tahu dan tak terasa nak ambil tahu pun. Maaf.. :D

Macam mana pun, saya rapat dengan beberapa orang kawan yang sama-sama baru masuk kelas sekali dengan saya. Dan, saya juga rapat dengan kawan saya yang sudi ajar saya Add Maths. Dah lama-lama sikit, saya berkawanlah dengan kawan-kawan satu organisasi yang juga dari kelas-kelas lain. Alhamdulillah.. :)

Itu hal kawan-kawan. Kesimpulannya, saya tak ramai kawan.



Lagi, apa saya nak cerita eh?

Ok. Mungkin sedikit tentang 'keaktifan' saya di sekolah.

Saya bukanlah sesiapa. Sebelum saya masuk form 4, saya hanyalah budak biasa, beruniform putih macam orang lain juga. Bila dah masuk form 4, hidup saya sedikit sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain macam sukan, badan organisasi dan badan pengawas.

Dalam sukan, saya pernah masuk acara kawad kaki je untuk rumah sukan saya. :)

Dalam badan organisasi, saya telah dilantik oleh Kak Hanisah untuk jadi Naib Pengerusi Lajnah Multimedia dan Penerbitan untuk BADAR.

Dalam badan pengawas pula, saya hanyalah pengawas biasa.

Saya bukan nak berlagak dengan jawatan saya. Tak ada benda yang menarik pun tentang jawatan-jawatan ni. Saya bukannya bagus sangat untuk jawatan-jawatan tu. Maybe, Allah nak beri saya sesuatu dengan memilih saya sebagai pemegang jawatan-jawatan kecil tu. Sebab, masa saya form 3 manalah saya berpeluang untuk merasa semua ni. Saya tak cukup bagus di sekolah lama untuk dijadikan seseorang yang berjawatan.. Hehe.. :D

Jadi, masa saya form 4, kesimpulannya, hidup saya agak sibuk dengan jawatan yang saya pegang dalam BADAR. Dan, selama sebulan juga, semasa baru menyandang jawatan tu, saya mengabaikan study sebab baru nak adapt dengan tugasan saya sebagai pemegang jawatan tu.



Inilah sedikit pengalaman saya semasa di form 4. Tak banyak yang saya ingat.

Yang saya ingat ialah, kawan-kawan sekelas yang baik hati dan menganggap saya sebagai keluarga padahal saya ahli baru di sekolah itu. Mereka anggap saya sebagai kawan mereka yang perlu dijaga dan dipedulikan. Sejujurnya, saya sangat sayangkan kawan-kawan sekelas saya waktu tu. Mereka selalu buat saya ketawa dan bahagia bila di sekolah. Alhamdulillah..

Saya tak rasa dipinggirkan selalu walaupun kadang-kadang, ada juga perasaan tu. Tapi, kawan kelas saya memang baik la! Macam-macam ragam yang saya jumpa dan saya sangat sukakan mereka. Dan dari mereka jugalah saya belajar, erti hidup 'bukan cara saya dan kehendak saya sahaja yang perlu dipandang'.



Hehe.. Punyalah panjang lebar saya tulis. Saya harap ini cukup untuk kamu ye, Aqilah.  Kalau ada apa-apa lagi, kamu boleh tanya saya lagi. :)

Tentang nasihat yang kamu minta tu, saya akan tulis di post yang seterusnya, in shaa Allah. Sebab saya tak suka tulis panjang-panjang untuk satu post. :)

Moga ada manfaatnya.. :D

Posted in , | 2 Comments

Tak Ada Apa-Apa

Assalamualaikum..



Ini adalah post kedua saya dalam masa tak sampai satu jam. :)

Sebenarnya, alang-alang saya dah di depan laptop ni, saya nak menulis apa yang saya nak tulis sejak beberapa hari lepas.

Alhamdulillah.. Allah beri peluang kepada saya untuk terus menulis lagi. :) Moga saya diberi peluang lagi.

Sebenarnya, sejak kebelakangan ni, saya tak ada mood untuk menulis. Time saya ada idea, saya tak boleh nak menulis sebab mungkin waktu tu saya dalam kereta atau di supermarket. Bila dah balik pulak, saya biasanya keletihan dan terus berehat jadi, mood untuk menulis tadi telah hilang.

:(



Ia bukan sesuatu yang bagus bagi saya, tau?

Itu menunjukkan saya tidak cuba untuk berusaha lebih kuat dan lebih gigih lagi.

Sebenarnya, saya dah berazam nak menulis banyak perkara untuk blog ni setiap hari. Saya akan cuba cari masa walaupun sehingga lewat malam. Tapi malangnya, saya selalu patah semangat di tengah jalan jadi, setiap hari, saya tangguhkan apa yang saya nak tulis.

Allah swt tak suka orang yang lalai dalam tugas. 
Rasulullah saw selalu pesan untuk buat kerja secara istiqamah dan tekun. 
Umar ra pula pesan jangan ditangguh-tangguh kerja yang nak dibuat.



Saya masih ingat ketika saya mula-mula buat blog dulu.

Saya sangat bersemangat. Dalam sehari, macam-macam saya akan tulis walaupun ia bersifat sedikit peribadi.  Setiap yang saya lihat dan rasa dalam sehari tu, saya akan ingat baik-baik dan hayati sepenuhnya.

Entah kenapa, saya dah tak sebegitu.

Adakah kerana saya yang tak menghayati hidup?
Atau hidup saya yang terlalu kosong?

Mungkin, saya terlupa.

Masa yang ada adalah milik Dia bukan milik saya. Dia boleh menariknya bila-bila sahaja. Mungkin saya lupa, seiap saat itu sebenarnya begitu berharga.

[+] Setakat ini dulu, saya mungkin akan tulis lagi malam nanti. :)


2 Comments

Saya Bukanlah Baik Sangat

Assalamualaikum..



Beberapa hari yang lepas, saya menerima satu mesej di FB saya. Datang dari seseorang yang saya tak kenal. Saya cuba cari detail yang boleh buat saya tahu hubungan kami 'pada suatu ketika dahulu' tapi malangnya, saya tak rasa ada sebarang maklumat yang saya rasa kenal.

Saya lihat pada wajah yang dijadikan default picture, pun saya tak kenal. Cuma satu je la yang saya boleh bagitau bila tengok muka tu. Macam lagi besar dan lagi matang dari saya sahaja wajahnya. :)

Saya tak kenal dia. Dia juga begitu. Dia hanya mengikuti saya di laman kecil ni. :)



Kemudian, saya menerima sesuatu daripada seseorang. Sesuatu yang menakutkan saya dan membuatkan saya sedikit panik. Bukan kerana orang tu cakap jahat atau bukan-bukan pasal saya, tetapi sebaliknya. Dia bercakap perkara yang baik-baik sahaja dan itu yang buat saya tak senang hati.

Pertama sekali, saya nak beritahu pada semua, saya bukanlah baik sangat. :(

Dan, saya tak rasa saya boleh hidup apabila orang pandang saya dengan pandangan yang begitu sebab saya juga manusia biasa. Saya buat dosa dan kesalahan.

Saya tak mungkin lebih baik dari yang membaca. Tak mungkin lebih baik dari yang memberi komen. Tak mungkin lebih baik dari yang sekadar singgah di halaman ini.

Saya hanya insan biasa yang menulis kerana saya tahu saya minat dalam bidang penulisan ini. Saya tahu saya perlu lakukan sesuatu untuk menambah pahala saya yang tak banyak. :(

Kadang-kadang, saya rasa berdosa juga ketika menulis benda-benda yang baik di laman ini, sedangkan saya lebih tahu yang saya sendiri bukanlah sebaik seperti apa yang digambarkan dalam penulisan saya. Seolah-olah saya ini hipokrit pula.



Saya harap, semua pembaca yang belum mengenali saya secara dekat, janganlah menganggap saya sebagai seorang yang baik, bagus dan sebagainya. Saya bukan baik atau bagus pun sebenarnya. Saya hanya menulis dan masih berusaha di mana tahap usaha tu pun sangatlah sedikit.

Saya minta maaf pada semua. Sangat-sangat ni sebab tak semua yang saya tulis saya ingat. Tak semua yang saya tulis, saya buat. Kadang-kadang, saya terlepas pandang juga. Saya lemah juga pada ketikanya. :(

Harap dapat terus memberi teguran.

Sekian sahaja dari saya.

:) May Allah please be with you..




2 Comments

For You...

Assalamualaikum..


This post is related to my friend. Bukan kawan baru dan bukan kawan lama juga. Sederhana. Hehe.. :D

Sebenarnya dua hari yang lepas adalah hari lahir kawan saya ni. Saya tak ucap walaupun saya tahu hari tu adalah hari lahir dia. Saya siap berbalas komen lagi dekat FB dengan dia tapi saya langsung tak ucap selamat selamat hari lahir pada dia.

Mungkin sebab dah terbiasa, saya memang jenis yang tak ucap hari lahir pada orang walaupun saya tahu. Entahlah.. Kadang-kadang saya rasa kekok nak ucap selamat hari lahir walaupun benda tu tak adalah susah sangat.

Saya hanya ucap selamat hari lahir pada beberapa orang yang saya consider as 'teman sepanjang panjang hayat'. Contohnya macam keluarga dan beberapa orang kawan yang masih bersama saya sampai sekarang.

Tapi, somehow, this girl buat saya rasa bersalah sebab tak ucap selamat hari lahir pada dia.

Jadi, kepada Naimah Azhar,

SELAMAT HARI LAHIR yang ke-18. Saya minta maaf sebab lambat ucap. Saya harap saya ucap lebih awal tapi macam yang saya cakap, saya sangat kekok nak ucap selamat hari lahir pada orang lain.

Mungkin sebab saya pernah ucap selamat pada kawan awak, jadi saya tak nak awak terasa hati atau mungkin, saya ada sebab tersendiri yang saya pun tak pasti apa.

Apa pun, saya harap dengan bertambahnya usia awak hari ini, akan bertambahlah amal, kebaikan, kematangan dan kebahagiaan buat awak. Moga cemerlang dan sukses membawa nama Islam selalu. :)

Dan ya.. Sebelum saya terlupa, saya harap Allah temukan awak dengan seseorang sehebat Jericho Rosales dari segi luarannya dan lebih hebat lagi dalamannya yang berbekalkan keimanan. Hehehe.. :D

Saya memang belum kenal awak. Kita hanya sempat berkawan secara baik selama setahun itupun hanyalah dalam usrah.

Saya masih ingat apabila ada kawan beritahu saya betapa excitednya awak bila saya jadi naqibah awak.

Saya pun tertanya-tanya apalah yang nak diexcitedkan sangat. Dah lah saya first time pegang usrah, apa yang saya nak cakap pun saya tak tahu.

Dan, saya minta maaf sangat-sangat sebab saya tak sebagus dan tak sehebat yang awak mungkin rasa. Sorry that I am not a good naqibah. Huhu.. :(

Anyway, saya harap, jika awak sudi, jadilah naqibah saya. Bimbinglah saya dalam TeenCircle tu.. :)

Moga Allah balas awak dengan lebih banyak lagi. Terima kasih atas segala kebaikan dan segala tunjuk ajar yang telah awak berikan sampaikan kadang-kadang tu, berkali-kali saya fikir tentang statement awak sebelum saya dapat menyelesaikannya. Sebab, biasanya, statement awak adalah out of the box dan saya sendiri tak pernah terfikir.

Teruskan usaha awak dan jangan lupa doakan saya juga. :)

Semoga bertemu di syurga nanti.. :D




Leave a comment

Review Karakter : Kim Na Na by Park Min Young in City Hunter

Assalamualaikum..

Park Min Young as Kim Na Na. 
Baiklah.. Hari ni, saya akan sambung bercerita tentang watak Kim Na Na lakonan Park Min Young dalam cerita City Hunter.

Mula-mula, saya terfikir jugak. Ada ke orang baca benda-benda macam ni? Maksud saya, ada ke orang baca review watak? I mean, ramai ke yang tengok City Hunter ni dan berapa ramai yang faham apa yang saya repekkan ni?

For the very first time in my life, terdetik perkara ni di dalam hati saya, "Peduli apa. Aku yang tulis kot. In shaa Allah bermanfaat. Buat ja la. Ada atau tak yang baca, itu belakang kira." 

:D Jadi, saya pun sambunglah menulis.

Saya harap perkara ni bermanfaat dan dapat mengubah presepsi orang ramai bila menonton sesebuah filem, movie atau drama. :)


Kim Na Na adalah seorang pengawal peribadi di Cheongwadae. Bagi menghormati ayahnya yang juga seorang pengawal peribadi di Cheongwadae, Na Na juga memutuskan untuk bekerja di situ dan mengumpul duit bagi membayar kos rawatan ayahnya yang koma selama 10 tahun. 

Sebagai seorang pengawal peribadi, Na Na memiliki judo tahap tinggi (sejenis seni mempertahankan diri). Na Na walaupun seperti gambar yang atas, nampak comel dan sweet, tetapi hatinya cekal mengharungi hidup selepas ibunya meninggal sementara ayahnya pula koma. 

Na Na tinggal di dalam sebuah rumah yang kecil yang pernah diduduki bersama ibu dan ayahnya. Na Na tidak berpindah dan tinggal di dalam rumah itu sekalipun ibu dan ayahnya sudah tiada bersama dengannya. Na Na hidup bersama dengan setiap kenangan yang dibina bersama kedua ibu bapanya.

Na Na pernah mengalami masalah seperti dihalau dari rumah, tiada tempat tinggal dan kehabisan wang. Dia juga hampir dibunuh oleh salah seorang dari Jawatankuasa Lima.


Na Na dalam cerita ini, pada mulanya sangat menyampah dengan Yoon Sung. Tapi, akhirnya, seperti yang terjadi kepada gadis-gadis lain dalam mana-mana cerita cinta, dia pasti jatuh hati pada hero iaitu Yoon Sung. (Kebetulan pula, Yoon Sung adalah Lee Min Ho jadi tak adalah susah sangat nak jatuh hati, ye tak? hehe..)

Apa yang mengagumkan ialah, walaupun Na Na menyedari akan bahaya mencintai Yoon Sung kerana Yoon Sung adalah City Hunter dan menjadi buruan ramai, Na Na tidak berputus asa. Malahan, dia menawarkan dirinya untuk menjadi seseorang yang boleh menjadi tempat pergantungan Yoon Sung. 

"Saya tak mahu bergantung pada awak. Saya nak jadi seseorang yang awak bergantung padanya." 

Na Na sangat kuat sehinggakan pada suatu ketika Yoon Sung hampir dibunuh, dialah yang bertindak melindungi Yoon Sung dan menyebabkan dirinya sendiri tercedera. Selepas terselamat, dia malahan memarahi Yoon Sung kerana Yoon Sung sentiasa ingin menyelamatkannya sedangkan dia ingin menjadi seseorang yang menyelamatkan Yoon Sung.

Na Na juga seorang yang bijak apabila setiap kali Yoon Sung hampir ditangkap oleh pendakwa raya, Na Na mengalihkan perhatian pendakwa raya bagi memberi peluang kepada Yoon Sung supaya melarikan diri. 


Na Na tidak pernah kenal erti gentar. Dia tidak panik dan sentiasa ada cara untuk menyelamatkan diri sendiri. Na Na berjaya melepaskan diri dari diculik dan diugut. Pernah sekali Na Na diculik kerana penculik tersebut ingin menjadikan Na Na sebagai umpan bagi menangkap City Hunter. Semasa diberi peluang bercakap dengan Yoon Sung semasa diculik, Na Na beritahu Yoon Sung supaya tidak datang selamatkannya kerana keadaan akan jadi bahaya kepada Yoon Sung. 

Ada juga masanya, ketika Yoon Sung dilanda kesedihan, Na Na bertindak menceriakan keadaan dan cuba berbual-bual sehingga hilang keresahan Yoon Sung. Na Na sentiasa bersedia untuk masak kepada Yoon Sung, untuk buat kopi kepada Yoon Sung dan sentiasa bersedia melindungi Yoon Sung. Dia malahan pernah berjumpa dengan ayah angkat Yoon Sung supaya melepaskan Yoon Sung dari segala dendam mereka.


Apabila Yoon Sung memberitahu Na Na bahawa mereka tidak dapat lagi bersama, Na Na tidak merungut, tak marah dan bertindak sebagai seseorang yang memahami dan dalam masa yang sama, berharap yang Yoon Sung akan berubah fikiran. 

Na Na tidak memaksa Yoon Sung supaya menerimanya, sebaliknya, Na Na hanya berpesan pada Yoon Sung supaya Yoon Sung kembali setelah segalanya tamat. Na Na kemudiannya meneruskan kehidupan seperti biasa dan sentiasa mengawasi keadaan supaya segala tingkah lakunya tidak akan menyebabkan kesusahan kepada Yoon Sung. 



Ok.. Saya tak pasti sama ada anda dah nampak atau tidak apa yang cuba saya sampaikan. Jadi, izinkan saya mencerahkan lagi keadaan. Hehe..

Watak Na Na adalah watak seorang perempuan yang kuat, tak mudah lemah, tak mudah menangis, tak mudah kecewa, tak mudah gentar, bijak dan sentiasa rasional.

Inilah peribadi seorang muslimah yang kita perlukan. Seseorang yang bukan berharap dirinya dilindungi tetapi berharap agar dirinya dapt menjadi seorang pelindung. :)

Berapa ramai muslimah sekarang yang nak melindungi instead of dilindungi

Saya sendiri mengaku, saya kadang-kadang menyampah dan benci apabila orang berharap pada saya sebaliknya, saya teringin betul nak berharap pada orang lain.



Then, saya belajar. Inilah kuasa cinta. Biar apa pun terjadi, seorang muslimah yang hebat, tidak akan sesekali menyerah pada keadaan. Biar bagaimana susah pun keadaan, mereka akan duduk dan berfikir secara rasional bagi menyelesaikan masalah. 

Semangat Na Na sangat kuat. Walaupun dipatahkan dengan  kenyataanYoon Sung bahawa mereka tidak boleh bersama, Na Na tidak berputus asa dan tetap meneruskan hidup seperti biasa dan masih merasakan keperluan dirinya bagi melindungi identiti Yoon Sung.

Ada sesetengah dari kalangan kita, para muslimah yang tidak kuat.


Apabila hilang sesuatu dari kehidupan ini, mereka mula merasakan diri mereka tak berguna, lemah dan tiada harapan lagi. Ada juga yang sanggup menyalahkan takdir dan mempersoalkan takdir sedangkan seorang muslimah itu, apabila dia kehilangan sesuatu dari hidupnya, dia tidak akan berputus asa dan tetap meneruskan hidup. 

Bagi yang belajar untuk mencintai, kalau si lelaki kata, "Tunggulah sampai saya bersedia nanti," bukankah itu sesuatu yang bagus?

Kalau benar cinta, seorang muslimah itu akan belajar berdiri atas kaki sendiri dan memperkukuhkan peribadi bagi membuktikan cinta kerana kelak, dia tidak ingin dirinya menjadi beban sebaliknya, menjadi seseorang yang mampu mengurangkan beban. 

Seorang perempuan, dia memang berhati lembut, ingin ditemani, ingin dilindungi, tetapi seorang perempuan yang kuat, mereka akan bertindak melindungi dengan hati mereka yang lembut untuk insan yang mereka temani di syurga nanti. 

:)

Sama seperti Sumayyah yang kuat menahan seksa kaum Quraisy kerana bertindak melindungi agamanya.

Sama juga dengan Rabiatul Adawiyah yang bertindak melindungi keluarganya dengan tidak bersedih setelah beliau kematian kedua ibu bapa.

Sama juga dengan Fatimah Az-Zahra yang bertindak melindungi Rasulullah saw dalam setiap garis perjuangan baginda menegakkan Islam sehingga bergelar 'ibu kepada ayahnya'.

Jadi, konklusinya, lepas ni, saya dan kamu wahai perempuan, kita jadi kuat lagi, ok?

Walau apa pun yang terjadi, Allah bersama kita. Kita sepatutnya lebih kuat lagi kerana Kim Na Na tak ada Allah to give hope on.

Tapi, kita ada Dia, yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. 



Posted in | 7 Comments

Review Karakter : Lee Yoon Sung by Lee Min Ho in City Hunter

Assalamualaikum..

Ok.. Dah tak serius dah.. :)


Sejak kebelakangan ni (sebenarnya, sejak tak ada kerja dok kat rumah ni), saya banyak tengok cerita Korea. Sejujurnya, saya sangat malu untuk mengakui hakikat ni sebab sebelumnya, saya dan Korea memang tak ngam. Saya hanya boleh tengok cerita yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook ja.. Hee.. Contohnya, My Girl, The Partner, Scent of A Woman dan Strong Heart (ni rancangan varieti).

Jangan tanya kenapa. Saya pernah jugak tengok dua atau tiga cerita Korea yang lain tapi biasa-biasa sahaja. Saya tak adalah berminat sangat. Tapi, kebanyakan cerita yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook sedikit berbeza dan I have to admit this, dia agak 'sweet' dan 'handsome sangat' jugak.. Hehehe..

Ni la Dong Wook
Ok.. Drop the subject.. Bukan itu yang saya nak cerita sebenarnya.

Merujuk perkara di atas, beberapa minggu yang lepas, saya start tengok cerita City Hunter yang telah disyorkan oleh kawan saya. Lakonan Lee Min Ho. Saya rasa ramai orang kenal dia sebab dia pernah top dengan cerita Boys Over Flower dulu.

Walaubagaimanapun, cerita City Hunter sangatlah berbeza dengan cerita Boys Over Flower yang saya rasa, tengok hanya suka-suka tapi tak banyak pengajaran. BOF (dyeorg panggil macam ni) bagi saya, tak banyak yang boleh diambil sebagai pedoman hidup sepertimana City Hunter.

Ni la Lee Min Ho.. Masa jadi City Hunter, dia pakai topeng tu



Saya akan buat dua review mengenai City Hunter iaitu berkaitan dengan dua watak utamanya, Lee Yoon Sung (lakonan Lee Min Ho) dan Kim Na Na (Park Min Young).

Tentang watak Lee Yoon Sung yang merupakan City Hunter...



Lee Yoon Sung adalah adalah watak utama di mana dia merupakan anak kepada seorang tentera yang terlibat dalam Operasi Balas 1983 iaitu Park Mu Yeol. Dia telah diculik dari ibunya sendiri (Gwang Hee) oleh seorang lelaki (Lee Jin Pyo) yang merupakan ayah angkatnya. Lee Jin Pyo menculik Yoon Sung daripada ibunya kerana ingin menggunakan Yoon Sung sebagai alat untuk membalas dendam kepada pembunuh yang terlibat dalam Operasi Balas 1983 yang telah membunuh seramai 20 orang tentera. 

Yoon Sung dibesarkan oleh Jin Pyo dengan penuh disiplin di Thailand dan di Amerika.

Ni masa kat Golden Triangle, Thailand.


Semasa berada di Thailand, Yoon Sung dilatih menjadi tentera di Golden Triangle. Dia telah diajar dengan segala kemahiran mempertahankan diri. Yoon Sung dilatih dengan baik sehingga menjadi seseorang yang mempunyai daya tahan yang tinggi serta tindak balas refleks yang sangat baik juga. Kalau tengok dalam cerita tu, memang nampak la betapa hebatnya si Yoon Sung ni berlawan. Dia sangat-sangat tangkas.

Ada juga disebutkan dalam cerita tu, bila Yoon Sung ni jalan atas tanah, tapak kaki dia tak kedengaran. Mungkin sebab dia dilatih untuk menjadi tentera kot kan, so, dia dah biasa jalan senyap-senyap. :)

Itu di Thailand. Sekarang kita cerita masa dia dekat Amerika pulak. Jin Pyo bukanlah orang yang mematuhi undang-undang sangat walaupun dia bekas tentera. Setelah 20 orang kawan tenteranya terbunuh, Jin Pyo bertekad untuk membalas dendam.



Jin Pyo telah membeli dokumen identiti diri dari sepasang pasangan yang dah kematian anak. Nama anak itu ialah John Lee. Nama John Lee kemudiannya dijadikan identiti Yoon Sung sebaik sahaja Yoon Sung tiba di Amerika.

Di Amerika, Yoon Sung telah dimasukkan ke dalam MIT (sebuah universiti terkenal di Amerika). Di universiti tersebut, Yoon Sung telah diajar dengan baik sehingga menjadi seorang professor muda dan akhirnya, dihantar balik ke Korea.

Mula-mula tiba di Korea.


Di Korea, Yoon Sung telah dihantar bekerja di Cheongwadae (macam White House jugak la). Sebenarnya, Jin Pyo tu yang hantar Yoon Sung supaya bekerja di situ supaya senang bagi dia mengakses maklumat-maklumat penting dari kerajaan sebab pembunuh yang dah bunuh kawan-kawan dia tu sebenarnya orang berkuasa dalam kerajaan Korea.

Pembunuh yang telah menyebabkan 20 orang mati tu ada lima orang dan mereka digelar Jawatankuasa Lima. Mereka ni telah menjadi orang berkuasa dalam kerajaan Korea tapi sangat-sangatlah jahat. Mereka dah bunuh 20 orang tentera yang tak bersalah dan kemudiannya menjadi menteri yang makan rakyat.

Ada yang ambil duit pendidikan, ada yang mencederakan pekerja di syarikat sendiri dan ada yang membiarkan tentera Korea terdedah kepada kemalangan dengan membeli senjata dan peralatan yang tidak berkualiti, ada yang makan rasuah juga.

Teruk betul kerajaan Korea dipelopori oleh Jawatankuasa Lima.



Jadi, City Hunter ( Lee Yoon Sung) ni bertindak untuk membalas dendam ke atas kematian ayahnya dalam Operasi Balas 1983 seperti yang diarahkan oleh ayah angkatnya, Jin Pyo.

Di sinilah pengajarannya.



Dari awal, kita tengok cara didikan Jin Pyo sangat tegas terhadap Yoon Sung tapi kasih sayang Jin Pyo terhadap Yoon Sung memang tak berbelah bagila. Dia tak sanggup pun nak tengok Yoon Sung cedera tapi memandangkan dendam dia lebih kuat, jadi, Jin Pyo paksa juga Yoon Sung tengok dia sebagai seorang yang jahat.

Ok.. Just imagine eh..

Kalau la..orang Islam kita, diberi didikan seperti Yoon Sung. Matlamat Yoon Sung dari kecil cukup jelas, iaitu nak bunuh pembunuh ayah dia.

Kita orang Islam, pun ada matlamat yang jelas iaitu nak menjadi HAMBA ALLAH dan KHALIFAH ALLAH. 

Kalau kita dididik dengan matlamat yang jelas seperti mana Yoon Sung, setiap hari diingatkan dengan matlamat yang kita ingin capai, in shaa Allah, Islam akan bangkit kembali. :) Kita takkan merasa lemah sebab depan mata kita hanya ada satu matlamat. Kita akan paksa segala kemampuan diri supaya mampu untuk melakukan semua perkara, supaya mampu mendapatkan ilmu sebanyak boleh sebagai persediaan diri bagi menghadapi ujian yang lebih besar. 

Yoon Sung bukan sahaja tentera yang hebat malahan juga seorang professor yang sangat bijak. Yoon Sung menggunakan semua kebijaksanaan dan kehebatan yang ada untuk mencari kebenaran serta membantu rakyat Korea yang susah.

Inilah kualiti seorang mujahid yang diperlukan. Cuma, kita didik dia dengan ilmu agama yang lebih lagi. Jadikan dia seorang tentera, seorang tahfiz dan seorang professor sekaligus, memiliki hati yang baik. 

Amacam?? Handsome tak?? Lagi la hensem kan?? Hehe..



Nampak tak? Nampak tak kepentingan kejelasan matlamat tu?

:)

Apa lagi, jelaskanlah matlamat anda! :)

Macam yang kita tengok Sultan Muhammad Al-Fateh dulu pun macam tu. Mak ayah Sultan Muhammad Al-Fateh ni memang dah tetapkan matlamat yang jelas terhadap anak mereka iaitu ingin menjadikan beliau, seorang penakluk Konstantinopel.

Maka, mak dan ayah Sultan Muhammad memberikan segala didikan yang mereka rasa perlu untuk menjadikan beliau seorang penakluk terkemuka. Dari ilmu agama, sampailah kepada ilmu ketenteraan dan sebagainya.

Resultnya, lahirlah seorang penakluk terkemuka yang lemah-lembut yang baik, yang disebut oleh Rasulullah saw sebagai seorang Khalifah yang baik yang memiliki rakyat dan tentera yang baik.

Matlamat perlu jelas, bukan??

Siapa cakap cerita Korea sia-sia? Hehe.. Kalau pandai, pasti nampak hikmah di sebalik sebuah cerita tu. :) Pandai-pandailah eh..

Semoga bermanfaat.. :)


Posted in | 3 Comments

Rahsia Saya

Assalamualaikum..


Entri kali ini mungkin akan berbunyi sedikit serius memandangkan perasaan saya juga agak serius ketika ini. Dan entri juga adalah berkenaan dengan diri saya, cerita saya dalam kehidupan sebenar yang saya ingin kongsikan di sini. Mungkin ada yang tidak gemar dan berpendapat, tidak sesuai diceritakan kisah hidup di dalam laman sendiri kerana ia seolah-olah menunjukkan yang kita sebenarnya dahagakan perhatian dan inginkan publisiti.

Saya tahu ada orang fikir begitu kerana saya juga dulunya pernah fikir begitu. Namun, di sini, saya inginkan cerita secebis dari bercebis-cebis cerita hidup saya. Saya harapkan manfaat dari yang membaca untuk diri saya sendiri dan semua pembaca.
Baru-baru ini, adik selalu menangis dan beritahu saya yang dia sedih sekolah akan dibuka hanya dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Saya tidak tahu apa yang anda fikirkan, tapi, saya faham perasaan itu.

Adik adalah seorang yang sentiasa bersemangat ke sekolah sebelum ini. Mungkin dia akan menghargai cuti tetapi dia tidak pernah mengadu tidak seronok di sekolah. Adik sentiasa seronok dan sentiasa ingin ke sekolah. Matlamat adik ke sekolah cukup jelas, untuk belajar!

Adik yang saya kenal ialah 'tak peduli apa sekalipun datang, kau akan pergi jugak nanti dan untuk sementara, aku akan bertahan'. Itu adik yang saya kenal. Dia sering juga terlibat di dalam masalah dengan kawan-kawan dan guru-guru, tapi, adik tak pernah peduli dan bagi dia, itu hanya sementara dan lambat-laun, sekalipun dia tidak lakukan apa-apa, perkara akan beransur pulih.

Adik seorang yang cantik dan bijak. Nampak sempurna kan?


Tetapi..banyak perkara berubah sejak melangkah ke tahun 2013. Adik merasakan dirinya sedikit lemah mungkin kerana tekanan peperiksaan PMR yang bakal dihadapinya tahun ini.

Kata adik, terlalu banyak perkara yang menekan sehingga untuk menyelak buku sahaja sudah terasa tekanan yang menanti. Adik kerap kali menangis kerana takutkan sekolah. Dia terlalu takut untuk ke sekolah sehinggakan masa cutinya pun akan terganggu akibat memikirkan sekolah.

Mungkin semasa membaca ini, anda akan mengganggap adik seorang yang lemah atau masih belum matang dalam hal mengendalikan masalah. Tapi, tidak. Adik tidak pernah peduli pun sebelum ni. Dia terlalu kuat untuk apa sahaja. Come hell or high water, adik takkan pernah berjaya dikecewakan sehingga menangis.

Cerita adik, diri adik mengingatkan saya pada diri saya sendiri tiga tahun yang lepas.


Saya yang untouchable by any problem. Saya yang too strong for everything. Ya.. Ada masa saya jatuh tapi saya tak pernah lemah. Saya boleh cakap itu pada diri. Saya akan menangis beribu-ribu kali tapi datang apa saja, saya akan anggap, itu hanya sesuatu yang akan pergi. Saya akan menangis sesungguh-sungguh mengikut kehendak hati tapi kemudiannya, saya akan bangun semula, mengelap tangisan saya dan bangun seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Bukan tiada drama sewaktu saya hendak PMR dulu. Sebenarnya, itulah tahun yang banyak drama hebat berlaku dalam hidup saya. Bergaduh dengan kawan-kawan again and again sampai saya pun confused, apa yang saya gaduhkan sebenarnya.
Saya tak pernah peduli apa orang cakap. Nak cakap, cakaplah! Peduli apa aku. You messed up with me, well, sorry to say, I will mess up with you too. Hang benci aku, aku pun benci hang jugak.. :P hehe.. Bila time berdebat, manalah saya mahu mengalah. Kawan yang lain kata macam lain, saya kata macam lain. Bila saya tak setuju, terus-terang saya cakap saya tak setuju, tak selindung. Nak benci, punya pasal hang la!

Saya capable dengan everything. Saya boleh fit in every situation ikut cara saya. Saya kuat. Saya sentiasa ingat keluarga. Saya sentiasa ingat target saya dalam hidup. Saya selalu aim 9A.

Saya tak pasti apa yang buat saya kuat sebenarnya. Adakah kerana pendirian saya? Atau keyakinan saya terhadap diri sendiri? Atau mungkin kerana saya sedar, saya takkan hilang apa-apa di sekolah atau di rumah?

Saya sentiasa ada kawan-kawan yang saya tahu takkan tinggalkan saya walau apa pun yang terjadi. Saya yakin saya akan ada Mama dan Baba saya untuk sambut saya bila saya jatuh. Sekolah tak pernah berjaya menakutkan saya sekalipun saya tahu tak semua orang sukakan saya, tak semua guru sukakan saya. Jadi apa? Saya hanya perlu sukakan diri saya sendiri, itu yang saya selalu fikir. Ada orang menerima saya dan diri saya sebenarnya, jadi untuk apa pedulikan orang yang tidak menerima saya seadanya saya.

Setiap kali saya perlu ke tempat tuisyen, sayalah yang paling bersemangat. Susah macam mana pun, saya akan pergi. Penat macam mana pun saya, saya akan pergi kerana saya ada keyakinan bahawa diri saya lebih dari apa yang saya harapkan.


Terima kasih kepada Mama dan Baba yang selalu ada. Terima kasih sangat-sangat.

Untuk Najihah Huda, Siti Zanariah, Nurul Fathihah, kita mungkin dah tak rapat sekarang tapi saya selalu ingat kamu bertiga. Gambar kamu ada dalam bilik saya dan saya tiap-tiap hari tengok gambar tu. :) Terima kasih kerana ada pada hari saya jatuh dan hilang diri saya. Terima kasih kerana buat saya ada kawan untuk berkongsi segala tangisan dan rahsia hati. Terima kasih kerana ada untuk saya, sokong saya walaupun apa yang saya buat tu tak betul 100%.

Kepada yang lain, kamu mewarnai zaman menengah rendah saya dengan lebih banyak senyuman dan tawa. Saya tak pernah risau dengan siapa saya perlu berdepan dan saya yakin, kamu akan sentiasa pedulikan saya no matter what. Dan saya sangat yakin dengan kamu semua. Kamu akan beri cabaran pada saya dan saya yakin cabaran kamu takkan boleh patahkan semangat saya.


Saya tak pernah takut dengan apa yang orang akan fikirkan. Saya hanya perlu fikirkan diri saya. Itu sahaja yang penting. Apabila tahun 2010 semakin tiba ke penghujungnya, saya rasai dan hayati setiap detik di sekolah dengan hati yang lapang dan terbuka. Saya sedar saya akan kehilangan mereka ini kesemuanya sekali satu hari nanti dan saat-saat terakhir yang saya ada bersama mereka, cuba saya manfaatkan sebaik mungkin.

Tahun 2011 membuka lembaran baru kepada saya apabila saya berhijrah ke Seremban, ke suatu tempat di mana semua orang bercakap dalam bahasa yang bukan bahasa saya. Semua orang tak kenal saya dan saya bersendirian. Apabila ke sekolah, saya anggap itu satu cabaran memandangkan saya tak ada sesiapa yang lain.


Masa berlalu dan zaman tingkatan empat saya, saya adalah manusia yang berbeza. Saya sentiasa fikirkan apa yang orang fikirkan tentang saya. Saya bergerak mengikut rentak orang sekeliling. Saya tidak ada pendirian saya sendiri lagi. Semuanya telah dipengaruhi. Keyakinan saya untuk bercakap hilang begitu sahaja. Pendirian dan keyakinan saya terhadap diri sendiri sudah tiada lagi.

Kawan-kawan juga berubah-ubah mengikut keadaan. Tiada yang tetap di sebelah. Tetapi, ketika tingkatan empat, semuanya masih ceria. Saya masih ketawa kerana ada rakan-rakan sekelas yang kelakar dan sentiasa ada cara untuk buat saya ketawa.

Ketakutan yang sedikit untuk menghadapi sekolah sedikit dan kekal sedikit sehinggalah saya masuk ke tingkatan lima.



Tahun 2012 adalah tahun yang takkan saya kenang dalam sejarah hidup saya bernafas. Ianya sangat susah, sangat tough sampai kadang-kadang, saya hilang diri saya dalam hidup saya sendiri.

Apa yang saya sentiasa fikirkan ialah manusia lain. Saya sibuk memikirkan kesan mereka ke atas saya, saya menanam rasa benci yang sangat kuat sebab saya tak mampu nak bercerita pada sesiapa dan saya tak dapat nak suarakan kebencian saya juga.

Setiap hari adalah hari yang mencabar. Saya sentiasa terpaksa memaksa diri saya untuk bangun dari katil untuk ke sekolah setiap hari. Ada ketikanya, saya menangis teresak-esak sendirian sebab saya terlalu takutkan ke sekolah. Begitu juga dengan tempat tuisyen. Kadang-kadang, saya terasa malas gila nak pergi ke tempat tuisyen. Seolah-olah blur dan saya terlalu penat untuk semua tu setelah seharian berada di sekolah.

Saya takut untuk berhadapan dengan apa yang saya tak tahu apa akan jadi esok. Dan kalau boleh, saya sentiasa nak tahu apa akan jadi esok. Saya dah lemah dan saya tak kuat seperti sebelumnya semasa saya di tingkatan tiga.

Sewaktu di tingkatan tiga, saya tak peduli apa nak jadi hari esok. Yang saya tahu, saya hanya akan buat apa yang saya nak buat.

Berbeza dengan diri saya di tingkatan lima. Saya sentiasa peduli apa nak jadi esok. Saya sentiasa ingin tahu apa yang saya perlu buat keesokan hari.

Saya hilang keyakinan pada diri saya yang saya boleh hadapi segalanya dengan mudah. Saya belajar memaksa diri memberikan senyuman dan apa sahaja kekecewaan saya, saya tutup dan simpan baik-baik untuk diri sendiri sahaja.

Saya sudah kehilangan kawan yang saya tahu akan sentiasa ada. Saya sudah kehilangan keyakinan saya. Saya sudah kehilangan keberanian saya. Senang cerita, saya hanya ada diri saya yang kosong sebenarnya, yang hanya memikirkan pendapat orang lain lebih banyak dari pendapat saya tentang diri saya sendiri.

Dan..kehidupan di tingkatan lima berakhir dengan penuh kesedihan dan tangisan yang saya tak mampu sorokkan.



Kini, setelah melihat perubahan pada diri adik, barulah saya sedar akan corak kehidupan saya. Saya belajar daripadanya.

Hidup kita bukan untuk manusia lain. Hidup kita bukan untuk kita sendiri juga. Memang kita kena fikirkan pendapat orang tentang kita tapi lebih penting lagi kita fikirkan diri kita pada pendapat Allah. Saya jadi kuat kerana manusia kerana saya sedar mereka takkan tinggalkan saya. Saya ada keyakinan yang tinggi. Saya jadi kuat untuk semua perkara sampai saya tak pedulikan orang lain langsung. Berbeza dengan kehidupan selepas itu, saya hanya fikirkan apa yang saya akan kehilangan. Saya tiada keyakinan pada diri lagi sampaikan semuanya kelihatan mustahil buat saya.



The conclusion is, keyakinan hanya perlu kepada Allah. Kita takkan fikirkan apa yang orang lain fikir melebihi dari apa yang Allah fikir. Kita akan bertindak mencintai diri kerana yakin Allah juga akan mencintai kita kalau kita lakukan apa yang Dia suka. Keyakinan hanya perlu pada Allah. Gantungkan segalanya pada Allah sebab Dia sahaja yang berkuasa.

Saya sepatutnya jadi lebih berani bukan sebab saya tahu saya memang kuat dan ada diri saya sendiri, tetapi saya sepatutnya jadi berani sebab saya tahu ada yang Lebih Kuat di sana dan Dia ada untuk saya. Saya sepatutnya switch keyakinan yang terlalu tinggi terhadap diri saya tu kepada keyakinan yang terlalu tinggi terhadap Allah yang lebih berkuasa atas segalanya.

Saya perlu tanam keyakinan itu lebih lagi. Saya kena ada keyakinan pada Dia, kemudian saya akan ada keyakinan pada diri saya. Kemudian, barulah betul.



Hidup tanpa keyakinan adalah satu keperitan. Hidup terlebih keyakinan adalah indah tetapi melukakan ramai pihak.

Kepada kamu semua, rakan-rakan saya di tingkatan lima, saya memohon maaf kerana pernah membenci kamu. Mungkin sebab itu saya mengasingkan diri saya daripada kamu dan kadang-kadang cuba mengelak dari kamu semua. Sebab itu jugalah saya tidak gemar bergambar bersama kamu. Saya tiada keyakinan untuk itu. Sampai ke hari ini, saya cuba mengelak, sebab saya tidak rasa saya ada keyakinan bersama kamu. Saya risau saya hilang diri saya lagi dan saya baru mulakan perjalanan saya ke arah menguatkan keyakinan saya terhadap Allah lebih lagi.

Dalam ramai-ramai di antara kamu, saya ada seseorang, seseorang yang saya nak ingat. Seseorang yang saya tak pernah elakkan sampailah sekarang. Saya beri gambar saya padanya sebab saya tak mahu dia lupakan saya. Biar kamu semua lupakan saya, saya tidak kisah dan kalau boleh, saya nak seseorang ini kekalkan saya dalam ingatannya, sampai bila-bila sekalipun saya dah tak ada bersama dia.

Syazwina, as the way I like to pronounce your name, I never hope you will forget me. Kita tak lama kenal but sometimes, my strength comes from you, whom Allah had sent to me to ease my burden. Terima kasih atas masa-masa yang kita kongsi bersama.


Saya tidak menulis ini kerana inginkan perhatian. Saya menulis ini supaya ada manfaatnya buat semua. Juga, untuk menunjukkan sedikit penghargaan kepada mereka yang pernah bersama-sama saya dari semasa ke semasa. Saya juga ingin memohon kemaafan kepada mereka yang saya pernah lukai. Mungkin ini boleh dijadikan peringatan bersama.

Moga Allah meredhai.




2 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.