The Lonely + AdaMu (Part 2)



"Doktor masih belum balik?" Hani bertanya sebaik sahaja melihat susukku berdiri di hadapan pintu.

"Belum. Saya tak rasa ada kepentingan untuk saya balik awal," aku tersenyum pahit. Jiwa menjadi sedikit emosional kerana ternyata, hubungan aku dengan suamiku, bagai retak menanti belah.

Mungkin kerana rasa bersalah mengajukan soalan sebegitu, Hani terus terdiam apabila melihat reaksiku yang bagai menahan sakit. Hani kembali membaca buku di tangannya.

Perlahan-lahan, dengan langkah yang panjang, aku menghampiri katil Hani lalu duduk dengan menghempas tubuhku ke kerusi di sisi katil Hani. Kerusi plastik itu sedikit pun tidak menyebabkan aku merasa sakit. Sesungguhnya, pada ketika ini, jiwaku lebih sakit.



Aku merenung wajah Hani. Wajah Hani unik sekali dan ini merupakan kali pertama aku melihat rambutnya memandangkan selama ini, aku seringkali bertemu dengan Hani yang sentiasa bertudung. Wajah Hani tidak kelihatan seperti anak Melayu. Dia kelihatan lebih kepada seorang Cina atau mungkin Jepun atau Korea. Wajahnya berbentuk bujur yang sedikit bulat. Keningnya nipis dan terbentuk cantik tapi jelas keasliannya. Hidungnya mancung dan terletak dengan sempurna. Bibirnya sedikit lebar dan sedikit tebal.

Hani kelihatan lebih kepada anak patung bagi aku. Rambutnya yang lembut, sedikit berombak di hujung, nampak berselerak tetapi indah. Disikat ke belakang dan tidak ada belahan di tengah.

Kemudian baru aku teringat untuk bertanyakan sesuatu kepada Hani, "Hani..keluarga awak, tak ada yang datang?"

Hani menoleh ke arahku dengan keningnya yang terangkat. Terdapat sedikit kerutan di dahinya, "Tak."

"Awak tak ada ahli keluarga?" aku bertanya tanpa ada rasa was-was mahupun talut-takut.

"Ada," Hani menjawab ringkas sambil matanya merenung tepat ke luar melalui tingkap di dalam bilik ini.



Aku perasan akan getaran suaranya. Aku lantas terdiam, takut-takut apa sahaja yang akan keluar dari mulutku selepas ini, bakal menyakitkan hati Hani.

"Doktor, manusia takkan maafkan kita. Manusia akan beranggapan kita salah pada mereka sehingga langsung tak beri peluang untuk tebus kesalahan tu," Hani tiba-tiba mengeluh.

"Hm?" aku sedikit keliru dengan Hani. Dia tidak kelihatan seperti ingin bercerita tadi, tapi sekarang, dia seolah-olah sedang melepaskan satu beban berat dari bahunya.

**********


Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to The Lonely + AdaMu (Part 2)

Anonymous said...

Barakallahufiik. Menarik sambungan ni. Masya-ALLAH.

Semoga ALLAH membantu MJ untuk siapkan cerita ni dan dalam semua hal : )

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

:) really?? jazakallahu khair..

Ameen.. moga2 ada lg idea dtg utk menghabiskan cerita ni.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum MJ. Mungkin nak tambah sikit, kalau MJ boleh bawa latar ke luar, macam doktor bawa hani pergi jalan jalan ke, sambil cerita sesuatu yang nostalgik. Bawa dia ke taman tema ke, atau ke tempat yang mempunyai nilai tersendiri bagi doktor berkenaan. Wallahua'lam. Juga tak semestinya antara doktor dengan hani saja. Buat flashback dengan latar lain dengan wwatak watak lain pun boleh juga, in shaa ALLAH.

MJ cubalah, in shaa ALLAH. In shaa ALLAH boleh asah bakat menggambarkan latar secara cantik dan sentimental.

Tapi semuanya bergantung kepada MJ sendiri bila MJ nak buat macam tu dan bagaimana MJ nak kaitkan jalan cerita dan latar itu. Hehe.. Ok. Semoga ALLAH permudahkan semua urusan MJ. Menunggu untuk bahagian seterusnya, in shaa ALLAH : ).

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Sebenarnya..sy memang terfikirkan semua tu..tp..cerita ni..sy sndiri tak tahulah ke arah mana dia sedang menghala.. dh ada gambaran sikit..tapi..still sy tak tahu macam mana nak kembangkan idea..

terima kasih atas cadangan2 yg baik.. :) sy akan cuba usahakan.. :)

semoga anda terus membaca..dan memberikan sumbangan yg berupa ilmu2 yg bermanfaat lg dlm bidang penulisan ni utk sy.. :D

may Allah bless you.. :D

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.