Rahsia

Assalamualaikum..



Kadang-kadang, keadaan akan paksa kita untuk melakukan sesuatu yang sebenarnya, di luar kemampuan kita.

Dua minggu yang lepas, hidup saya agak kucar-kacir dan kelam-kabut. Saya tidak dapat tidur dan berapa resah. Kerja part time saya ialah menangis. Kalau tak pun, berangan. Hehe..

Life was being difficult to me.. :(

Rasa bersalah, rasa takut, rasa risau dan macam-macam lagilah. Saya tak boleh bersendirian pun, kalau tak nanti, otak saya akan dihasut dengan rasa-rasa negatif yang buat saya rasa macam mati lagi baik. (No..No.. Suicide is not the best thing to do and also, haram!)

Kemudian, saya mula banyakkan berfikir. Saya kembali sambung minat saya membaca web Langit Ilahi. Mencari balik sesuatu untuk saya lakukan. Mencari balik semangat saya yang hilang.

Membaca web Langit Ilahi dan beberapa jenis bahan bacaan yang lain menyedarkan saya bahawa saya perlu keep moving on. Kalau saya sepanjang masa, asyik bersusah hati, menyendiri, saya tak mungkin pulihkan diri saya dan takkan mampu buat apa-apa untuk sesiapa pun.

Jadi, saya ambil langkah ke hadapan, saya ambil langkah untuk mengelap sendiri air mata saya dan bina kekuatan diri semula.

Alhamdulillah.. Allah beri saya kekuatan itu. Allah bantu saya bangun dan kembali memaknakan hidup.

Kadang-kadang, saya menangis juga. Memikirkan kesalahan lama saya yang telah melukakan hati ramai orang yang saya sayang. Saya tak pernah memikirkan sesuatu seperti itu akan terjadi. Saya tidak menyangkan ramai orang akan menangis akibat perbuatan saya itu.

Kini, saya mengambil langkah yang kelihatannya, tidak matang dan mementingkan diri.

Ya.. Saya tahu, kamu berfikiran sedemikian.

Entahlah.. Mungkin saya bertindak mementingkan diri sendiri sebab saya memikirkan keluarga saya melebihi apa-apa pun.

Saya bertindak sedemikian, tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa tapi saya hanya bimbang keputusan saya tidak dipersetujui ramai dan seterusnya menyebabkan lebih ramai yang sakit hati.

Sungguh! Saya tak berniat untuk meninggalkan sesiapa pun tetapi saya perlu sedar, Allah tidak mentakdirkan hidup saya seperti mana Allah mentakdirkan hidup Dena Bahrin.. Hehe..

Saya berbeza dan sepatutnya, dari awal lagi saya sudah sedar akan tanggungjawab saya yang sebenarnya menuntut pengorbanan yang lebih tinggi. Saya tidak boleh terlalu mengikut perasaan dan sejujurnya, saya harus sedar yang hidup saya telah 'dimatlamatkan'.

Saya bangkit dari kesakitan itu sebab saya yakin, sekiranya saya tidak cuba bangun, saya tidak akan merasa pun nikmat kekuatan yang sepatutnya bertambah selepas saya diuji. Saya telah melakukan kesilapan, tidak bermakna saya harus duduk dan terus menunggu masa sahaja memperbaiki keadaan saya.

Saya harus bangun, mencari matlamat hidup saya kembali. Mungkin, apabila tiba masanya nanti, Allah akan tunjukkan saya, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah silam saya yang sampai hari ini, saya sendiri masih belum meneyelesaikannya kerana kelemahan diri saya sendiri.

Hari ini, saya telah mengambil keputusan yang saya rasakan dapat membantu diri dan keluarga walaupun saya rasakan, keputusan ini lahir dari seorang yang lemah dan tidak matang langsung dalam membuat keputusan.

Sejujurnya, untuk menyelesaikan semua ini, barulah saya sedar, suara saya sebenarnya tidak begitu bermakna atau dipentingkan. Orang yang lebih dewasa menganggap, saya terlalu 'kecil' untuk memikirkan apa yang mereka fikirkan. Entah.. Kadang-kadang, saya sendiri keliru, saya atau mereka kah yang salah atau mungkin, kedua-duanya sekali yang salah?

Tapi, saya rasakan, sudah tiba masanya, saya lepaskan ketakutan ini. Saya yakin pada Allah. BantuanNya akan tiba juga nanti.

Kata orang, penyelesaian akan tiba dengan ikhtiar. Kalau hanya menunggu, bilakah segalanya akan selesai??

Ikhtiar apa?

Kalau boleh saya ikhtiarkan sesuatu, saya cuba. Yang saya tahu kini, saya hanya inginkan selamatkan keluarga saya daripada sakit hati. Saya juga nak selamatkan ibu bapa saya dan adik saya. Saya tidak mahu mereka menganggap saya lebih mementingkan diri saya daripada mereka. Sesekali, saya tidak akan pernah cuba lagi untuk menyakiti hati mereka.

Kata sahabat saya, "Apabila kita sudah buntu, yakinlah pada Allah. Allah akan tentukan sesuatu buat diri kita sekiranya kita teguhkan diri kita."

Jadi, inilah yang saya cuba lakukan. Mencari jalan, untuk kembali teguh berdiri supaya kelak, bila tiba masanya untuk saya perbaiki kesilapan masa lalu saya, saya akan lebih berani dan matang membuat keputusan.

Saya tidak menyangka hidup saya ibarat drama. Saya tidak sesekali menyangka, sekalut ini hidup saya akan jadi. Tapi, drama yang kalut ini telahpun menjadi realiti. Tak guna lagi bersedih. Sudah tiba masanya, kita melepaskan semua itu pergi.

Untuk kamu..
Kamu menangis dan meraung
Menyangkakan kamu telah ditinggalkan dan disakiti
Fikirkan juga sekali sekala,
Saya sendiri tidak sanggup melakukan semua ini

Tapi saya tidak boleh hanya mengharapkan kesedihan
Saya perlu bangun dan cari kekuatan

Saya doakan kamu
Saya tidak salahkan kamu
Sebaliknya, saya tahu saya yang salah

Andai Allah mengizinkan..
Pasti Dia akan menunjukkan jalanNya untuk kita

Sebelum saat itu tiba
Saya putuskan untuk mencari kekuatan terlebih dahulu
Mungkin kelak,
Saya akan lebih tahu, jalan apa yang harus saya pilih.



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Rahsia

fazrulnoor said...

kita je tau apa yg jd kat diri kita. tp kita x keseorangan

Mimi Jazman said...

fazrulnoor ...

insha Allah..sy yakin sy x keseorgn.. :)

Anonymous said...

Waalaikumussalam warahmatullah. Semoga ALLAH memberi petunjukNYA dan mempermudahkan segala urusan. MFMJ buat keputusan yang betul. Go for it, in shaa ALLAH : ) . Semua yang terjadi, ALLAH sediakan hikmah di sebaliknya. Bukan untuk MFMJ saja, tapi untuk semua orang yang terlibat juga.

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

:) insha Allah..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.