Perhatian..Kasih Sayang..Cinta..

Assalamualaikum.. 




Manusia perlukan perhatian. Semua manusia pun begitu. 

Mungkin itulah sebabnya, manusia terutamanya perempuan gemar membaca novel atau menonton cerita Korea yang sentiasa melebihkan watak utama. 

Saya tahu tak semua novel dan cerita Korea begitu. Ada sahaja novel dan cerita Korea yang saya sendiri kagum. Depends. 

Tapi, hakikatnya, saya belajar bahawa manusia sangat inginkan perhatian. 

Sekurang-kurangnya, itulah yang saya rasa setakat ini. Dahagakan perhatian manusia. 

Kadang-kadang, terduduk juga. Berfikir dan terus berfikir. 



Mungkin..
Diri telah menjadi terlalu mementingkan diri sendiri. Terlalu mementingkan diri sendiri sehingga terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara lain yang lebih bermakna. 

Wujud rasa sedih dalam diri adalah kerana terlalu asyik memikirkan kepentingan diri sendiri. Kita rasa kita tak cukup kasih sayang, tak cukup perhatian, orang tidak pedulikan kita. Sudahnya, kita juga yang sedih. :) 

Itu terjadi pada saya. 

Dah tu nak buat apa??



Dah sampai masanya pun, kita fikirkan orang lain dan bukan sekadar diri sendiri. 

Fikirkan keluarga, mak ayah, adik, kakak, abang. 
Fikirkan kawan-kawan. 
Fikirkan semua orang di sekeliling kita. 
Fikirkan semua benda di sekeliling kita. 

Lebihkan orang lain dari diri sendiri. Semai dalam diri kasih sayang pada manusia lain melebihi diri sendiri. 

Barulah kemudiannya, kita tidak akan terfikirkan lagi diri kita yang tak cukup perhatian sebab kita asyik memberikan perhatian kepada orang lain. Hehe.. 

Hidup mudah kalau tahu cara. 

Rasulullah saw pun ajar begitu kan?? Sayang dulu, barulah disayangi. :) 

Rasulullah saw sentiasa yang paling pemurah, paling lemah lembut, paling sopan santun, paling penyayang, paling romantis. Kenapa? Kerana hati baginda sudah dipenuhi rasa cinta. Bukan diri baginda lagi yang menjadi keutamaan, tetapi diri, jiwa dan keselamatan umat baginda yang menjadi keutamaan. 

Can you imagine that love?? 



Hehe.. 

Anyway, Allah loves all of us.. Trust me. 

:) 

Dah.. Jangan sedih lagi kalau orang tak sayang kamu, janji kamu sayang orang lain. Baru hidup kamu bermakna. :) 




Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Perhatian..Kasih Sayang..Cinta..

kami mgnz said...

Thats true mie. :) Hidup kna kuat. Jangan jatuh dlm maya sendiri.

kami mgnz said...

Thats true mie. :) Jangan jatuh dlm igauan maya sendiri. Fikiran kita memang boleh fkir mcm2. tp Kita yg kawal pemikiran kita utk berfikir lbh rasional. XD

Mimi Jazman said...

kami mgnz ...

hehe.. em.. get it!

gadisBunga™ said...

you are a grown up girl! good girl! :)

Mimi Jazman said...

gadisBunga ...

grown up sikit baru kak.. hehe.. :D

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.