Pergi Jauh-Jauh



Aku tak punya kekuatan untuk berdiri bersama kamu
Aku hanya ada kemampuan untuk merenung perbuatan kamu

Dekat aku dengan kamu, tak mungkin bawa bahagia untukku
Aku punya pemikiran berbeza
Kamu juga berbeza
Kita tak sehaluan
Kita sentiasa berbeza

Kamu hiduplah cara kamu
Selagi mana Allah memberkati, maka aku biarkan kamu sendiri.

Aku akan hidup cara aku
Mencari erti diri dalam berbakti pada Ilahi, maka biarkan aku menyendiri. 

Tak ramai yang akan setia
Kebanyakannya akan pergi
Aku sudah mengerti dan memahami hipotesis ini.

Aku juga pergi.

Aku sendiri tak setia. 

Maka pergilah kamu
Pergi jauh-jauh, jangan dekati lagi.

Aku ada mereka yang aku sayangi
Aku ada mereka yang aku cintai
Aku ada Dia yang takkan pernah pergi

Tak mengapa.

[+] Ramai yang claim kata kawan. Tapi, sebenarnya, tak

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Pergi Jauh-Jauh

Anonymous said...

Hakikat persahabatan bukanlah mengisahkan siapa yang pergi, atau siapa yang kekal, kerana persahabatan seharusnya berpaksikan kasih sayang dan keimanan.

Sekiranya ia kian rapuh, maka tidak perlu diperjuangkan, namun perjuangkanlah keimanan masing-masing.

Mana mungkin mampu mengharungi dunia sendiri, kerana kelak akan disoal juga tentang mereka yang di sekeliling.

Ramai yang ingin menjadi kawan, mungkin itu usaha mereka untuk mengeratkan tautan dan untuk beratkan timbangan amal.

Ada kalanya mungkin mereka tidak layak lagi dengan gelaran itu, jadi anggaplah tahap keimanan merekalah yang sedang lemah, dan mungkin memerlukan kamu untuk tingkatkannya kembali bersama.

Allah yang memegang hati manusia, memandunya untuk menyayangi dan merindui, sebagai mana Allah mengikat erat hati Omar yang garang lagi tegas, dengan hati Abu Bakar yang lemah lembut.

Cinta itu bukan meminta, tetapi memmberi sepenuh rela.

Saya hanya berbisik, sebagai tetamu dalam istana ukhwah.

Semoga Allah matikan kita dalam keadaan beriman kepadaNya.

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Betul tu.. Saya sendiri rasa bersalah dengan perasaan saya.. Tapi..just not that strong.. huhu.. :(

husna AH said...

Mohon share sedikit kata2 dr sini :)

Mimi Jazman said...

husna AH ...

sure.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.