Merlin

Assalamualaikum..

Kata mereka, menulis biar dari hati.
Saya menulis dari hati la ni.. Hehe.. ^^

Setelah berlama di tail, akhirnya, malam semalam, saya terlena jua pada jam 2 lebih. Saya sangat mengantuk. Tapi apakan daya, fikiran sarat dengan pelbagai permainan jiwa.

Semalam, selepas saya menonton episod akhir Merlin. Saya banyak berfikir. Teringatkan pesan seorang guru di SHAMS yang mengingatkan kami bahawa hari ini juga tetap ada ahli sihir yang asal keturunannya dari zaman dulu-dulu.

Guru tersebut ialah guru sejarah di SHAMS. Beliau memang banyak bercerita tentang Agama Purba, sejarah-sejarah Freemason dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya.

Ada yang berpendapat, semuanya hanya kebetulan. Ada juga yang mempercayai terus tanpa sebarang bantahan. Bagi saya pula, saya yakin, setiap cerita dari Barat bukan sekadar suka-suka mereka nak buat. Semua orang tahu kerajinan Barat buat kajian. Kerajinan Barat menyusuri semula sejarah dan liku-liku kehidupan datuk dan nenek moyang mereka. Kerajinan Barat buat research sampai tak tidur dan bermati-matian. Semuanya atas dasar ingin tahu.


Ni adalah Colin Morgan bukan Merlin.. Hehe.. 


Setelah menonton ending Merlin semalam, gambaran sebuah lori dan Emrys (Merlin) menunjukkan bahawa Emrys masih wujud sehingga ke zaman di mana kereta sudah dicipta. Zaman kitalah tu. Maknanya, panjang betullah umur si Merlin untuk hidup sampai ke hari di mana penggunaan lori dan digunakan secara meluas.

Kemudian, saya teringat kata-kata guru saya di SHAMS. Ya. Mungkin benar. Mungkin sekadar andaian. Entahlah. Siapa tahu? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan kita yang lemah ni, ambillah pengajaran dan berikan sedikit perhatian.

Teringat pula saya pada kata-kata Kilgarah yang merupakan naga Merlin. Katanya, kisah mereka akan diingati sepanjang zaman.

Jadi, ayat-ayat sebegitulah yang menghantui fikiran saya. I mean, WHO IS THIS MERLIN yang ceritanya diingati sepanjang zaman.

Ok.. Akibat tak boleh tidur, saya sendiri memutuskan untuk mencari siapa itu Merlin. Hehehe.. Serius betul bunyinya.. ^^


Ni adalah gambaran Merlin yang sebenar.. :) 


Merlin sebenarnya hanyalah sebuah watak yang dicipta oleh seorang penulis zaman dulu. Merlin berasal daripada gabungan dua watak yang kedua-duanya tiada kena-mengena dengan Arthur Pendragon.

Kisah King Arthur ni pun sebenarnya masih dalam tahap perbincangan di mana, ada yang mengatakan ia hanyalah sebuah mitos yang ditulis oleh Geoffrey sementara ada juga yang berpendapat, ia adalah sejarah yang benar-benar berlaku.

Ha.. Macam tu la lebih kurang.


Ni la rupanya Merlin dan Arthur Pendragon..
Sungguh tak ada rupa sekacak Colin Morgan atau Bradley James..
 Hehe.. :D


Mengikut wikipedia, Merlin adalah seorang ahli sihir yang sangat-sangat tua pada waktu Arthur dilahirkan. Bayangan rupa Merlin yang sebenar ialah wajah Emrys tu, bukan wajah Colin Morgan. Hehe..

Merlin dikatakan dilahirkan oleh seorang perempuan biasa yang bernama Adhan. Tetapi........bapanya ialah seorang Incubus atau dalam erti kata lain, ialah syaitan.

Hm.. Itulah yang sebenarnya..

Sebaik sahaja Merlin lahir, dia terus dibaptiskan oleh ibunya, maka, Merlin lahir sebagai seorang yang baik dan tidak mewarisi sikap bapanya yang kononnya jahat. Ok.. Walaubagaimanapun, Merlin tetap mendapat kuasa magik warisan bapanya. 

Merlin adalah seorang manusia yang tua, yang telah memastikan keselamatan Arthur Pendragon semasa beliau lahir ke muka bumi. Ini kerana, Merlin dapat melihat masa hadapan dan masa lalu dan dia telah melihat keperluan Arthur untuk terus hidup di muka bumi. 

Jadi, sebab tu lah, dalam cerita dekat TV3 tu, Merlin beria-ria nak selamatkan Arthur.

Ok.. Merlin yang sebenar juga bukanlah seorang hamba, dia adalah penasihat kepada King Arthur Pendragon. 

Hm.. Macam tu la..

Jadi, itu serba-sedikit tentang Merlin. Banyak juga yang saya baca malam tu tapi disebabkan saya rasa mengantok, saya tidak berapa ingat dengan detail-detail yang lain tu.

Anyway, saya rasa sedikit puas hatilah sebab akhirnya, saya berjaya mengorek kisah sebenar Merlin. Hehe.. Walaupun, ianya hanyalah menurut wikipedia. Mungkin, cerita Merlin yang ditayangkan di TV3 tu versi lain, dan yang saya baca ni pun, mungkin versi lain.

Sekadar berkongsi.. ^^

Patutlah umur Si Merlin ni panjang betul..
 Dari zaman King Arthur yang dah berkurun lama tu sehinggalah ke zaman kita hari ni.. 

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

10 Responses to Merlin

gadisBunga™ said...

yanggg...awak memang sangat minat merlin kan?

:D

Mimi Jazman said...

gadisBunga ...

terharu seyh..kak GB sayang sy.. hehe.. sy sgt minat merlin... :D

Afaf Azzahar said...

ohh akak pun minat merlin? gang ah kita :p ok baru tahu pasal merlin bagai ni. sebelum ni tak kisah pulak nak tahu siapa dia haha XD

Mimi Jazman said...

Afaf Azzahar ...

mestilah minat.. :D sebab tu yang sanggup buat research tengah2 mlm ni dik oi.. hehehe..

Bidadari Besi said...

merlin versi yang mimi tulis ni ada jugak cerita dia. hari tu tv singapore ada tayang.

Mimi Jazman said...

Bidadari Besi ...

really?? ade link youtube x??

Anonymous said...

Saya pun minat minat sangat dengan Cerita Merlin ni dari mula ditayangkan sampailah episode terakhir rasa mcm nak nangis je bila dah habis cerita epic tu saya berharap Merlin Seasons Baru Akan Ditayangkan di tv3 rancangan program kekemaran !!! :D

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

merlin dah habis dh.. xde dh kot season baru.. :D

Anonymous said...

http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/membongkar-penampilan-dajjal-sebagai.html

cuba baca ni plak

Anonymous said...

Anonymous..

=) yup..sama mcm kelahiran dajal dan smpai skrg msh idop..maknya manusia..bapanya syaitan..bapanya jahat..anknya baik..baik??itu la yg mnyesatkn...rmai brgntung hrp pd merlin a.k.a dajal..dadadada...

mst ckp..ini semua cerita..bknnye taksub betol.. =) sy tngok citer merlin..sy suka..tp..suka itu d kategori sbgai betol2 taksub ke?ssh nk jwbkn???
bnyk lg perkara2 yg da trbongkar..dtunjukkn cket2 tntng dunia..kewujudan sesuatu tntang dunia yg mereka kaji..ingat?mereka sebelum buat cerita mereka kaji..tp di olahkan supaya kita berminat..tp ramai xambil endah...mls nk search..tp bnde lain rajin nk search..kenapa??ssh jgk perkara ni nk jwb...jd...sy xtau mcm mne sy boleh search tntng merlin a.k.a. dajal..sbb bnyk kisah merlin and arthur pelbagai versi..jd..siapa merlin??smpai jd kisah menrik minat ramai?mngkin ada yg da tau..mngkin ada yg xtau siapa die..

sbgai insan..sy cuba nk ingatkn..pd dri sy jgk.ingat mengingati...'insan' mmg dlahirkan sbgai mudah 'lalai' dgn pelbagai perkara..tntng prihal dunia..jd cuba search prihal agama..xfhm..tnya yg pakar tntng agama..kajian antara krist..jews..syaitan dan agama suci islam..sy lihat..dan kji..yup..bnyk rahsia yg tersembunyi dan menakutkan.. =D

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.