Meredhai dan Diredhai

Assalamualaikum.

Now playing : If You Ever Come Back by The Script



Meredhai dan diredhai.

Nampak mudah tapi berat.

Macam mana nak redha bila 'sahabat' sendiri sudah tidak ada di sisi?
Macam mana nak redha bila 'sahabat' sendiri asyik dilukai?
Macam mana nak redha bila 'kita' lah harapan?
Macam mana nak redha bila 'kita' lah yang kena berkorban segala?
Macam mana nak redha bila 'kita' lah yang menangis, tapi dunia tak peduli?



Meraup wajah sebentar.

Sejak kebelakangan ini, saya menjadi sedikit mementingkan diri sendiri. Asyik fikirkan diri sendiri melebihi orang lain sedangkan dakwah itu adalah penuh dengan pengorbanan dan kepahitan.

Saya ambil keputusan menjauhkan diri sebab saya sendiri tak pasti apa yang saya mahukan untuk diri saya sendiri. Saya sekarang sekadar mengikut rentak.

Kadang-kadang, melawan jugak dalam hati!

Akhirnya, saya juga yang tertekan, sakit hati. Habis cerita, saya menangis.

Saya bukannya bajet bagus bila tulis benda ni. Tapi saya nak beritahu dan berkongsi. Kalau ada kamu, wahai si pembaca budiman merasakan ia berguna untuk panduan masa hadapan, alhamdulillah. Moga-moga saya berkongsi pahala juga. :)

Kembali pada cerita. Saya sedar, kebelakangan ni, saya macam hilang diri. Tak tahu apa yang saya patut lakukan. Saya sedih sekali.



Kemudian, saya ambil satu langkah iaitu beritahu pada sahabat saya.

Sahabat saya ni, bukan berdiri bersama ketika senang. Tetapi duduk bersama ketika susah sahaja. Ya.. Dia satu-satunya sahabat yang saya cari pada saat yang paling saya susah kerana saya yakin, Allah akan tunjukkan jalan melalui dia.

Sahabat saya ni, sahabat di saat susah. Tapi, dia tidak kisah. Selagi mana dia mampu, dia akan bantu.

Saya bercerita pada dia. Segala kesusahan dan keresahan saya.

Di akhir perbualan, dia beritahu saya...

"Maybe grieve you got, but the choice of happiness is in your hand. It's not what He decides.... Sebab tu orang mu'min dia redha dan gembira."


Kemudian saya berfikir.

Orang mu'min redha dan gembira.

Redha...

Big word. Lama juga saya termenung memikirkan maksud perkataan ni dalam definisi yang paling mudah untuk difahami.

Redha.. Maksudnya lebih kurang macam, menerima dan berbahagia walau sesusah mana pun benda yang kita terpaksa hadapi tu.

Redha??

Redhakah saya dengan apa yang berlaku??

"Dan pulanglah dgn hati meredhai dan diredhai..." Al-Fajr.
Kata sahabat saya tu, saya kena meredhai segala ketentuan Allah pada saya, barulah saya akan diredhai oleh Allah.

Redha dengan ketentuan Allah.. Saya kena terima bahawa Allah telah menimpakan ujian pada saya dengan kehilangan kawan..kesusahan kawan..tanggungjawab kat belakang..pengorbanan yang kadang-kadang saya tak rela nak tanggung pun.

Itu kan ketentuan Allah??

Kena redha kan?

Baru rasa bahagia.



To you, betul. Kita kena redha. Tak peduli apa datang. Kita kena REDHA. Terima keadaan tu dengan hati yang lapang bukan pertikaikan keadaan tu. It won't help. Carilah, buatlah sesuatu yang baik dengan keadaan tu. Kalau susah nak terima, cari penyelesaian. Tak perlu tertekan dan susah hati.

Moga bertemu di Firdausi nanti.. :)

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Meredhai dan Diredhai

AtiffahZawanibintiAbdRazak said...

Assalamualaikum...jazakillahikhairankatsira...

AtiffahZawanibintiAbdRazak said...

Assalamualaikum....jazakillahikhairankatsira...semoga Allah sentiasa meredhai segala usaha kita untuk mengharapkan keredhaan-Nya...

Mimi Jazman said...

Atiffah ...

ateh!! hehe..
waalaikumussalam warahmatullah..
waiyyaki..
moga bertemu di firdausi nanti.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.