Masalah yang Bukan Sedikit


"Sebenarnya, dalam apa-apa hal pun, saya memang suka cakap dengan awak. Tak tau kenapa. Suka style awak kot."

Seorang sahabat memberitahu saya tentang perakara ini semalam. Pada mulanya, agak blushing-blushing juga. Yalah.. Memangla kita akan suka bila seseorang itu mengaku mereka suka cakap dengan kita.

Then..I started to think..

Teringat pada seorang lagi insan, yang turut cakap benda yang sama. "Saya tak berharap masa berbual kita akan berakhir." Ayatnya bukan macam ni, tapi maksudnya sama.

Fikir lagi..

Orang bercakap dengan kita kerana mereka menyangka kita faham. Sejujurnya, saya sendiri suka bercakap dengan orang yang boleh memberi jawapan yang tepat kepada setiap persoalan saya.

Bimbang juga.

"Orang yang jahil ialah yang menang pada percakapannya tetapi kalah pada amalnya."

Sibuk sahaja kita menasihatkan orang lain, sehingga terlupa nak nasihatkan diri sendiri. Suka sahaja orang mendengar cakap kita, sedangkan kita sendiri tak dengar cakap diri sendiri.

Ini masalah yang bukan sedikit. Bagaimana kalau ada riya'? Bagaimana nak buang? Bagaimana kalau sambil-sambil menulis ni juga, terselit rasa itu? Sedangkan, riya' yang hanya sebesar zarah pun kelak akan ditimbang juga.



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Masalah yang Bukan Sedikit

ಠ_ಠ said...

kena fikir lah balik sumber kebaikan drpd siapa, dan bila kita dah tahu, kita balas kpd mereka dan mereka, Allah yg bagi semuanya, alhamdulillah lah kamu dapat manfaat bersama <3

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ...

ana rasa ana faham point pertama (egt balik siapa yg beri kebaikan tersebut kpd kita) dan point ketiga..everything comes from Allah.. no need to be riya' sebab kalau Allah x izinkan kita tahu..kita xkn tahu juga..

tapi..point kedua tu..ana xtahu.. mcm mana nk balas kebaikan pada mereka yg dh buat kebaikan kpd kita kalau kita dh x lg jumpa mereka atau mungkin..x kenal pun mereka..?

ಠ_ಠ said...

ohh.. haha, mimi.. mksud ana, bila dh buat baik, misti drg impress or sth like that, just say alhamdulillah. xyah malu2 kucing ka ap.. or riya' ap smua.. smua pujian berhak kpdNya shaja.. hehe.


nak bls kebaikan kt akhirat jela.. hehe.

Anonymous said...

In shaa ALLAH, MJ doakan mereka yang MJ tak kenal atau dah tak jumpa. ALLAH Maha Mengetahui. DIA juga yang membalas segala perbuatan hamba hambaNYA : ). Wallahua'lam.

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ...

hehe.. okok.. bru faham.. :)

Anonymous ...

In shaa Allah.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.