Lagu?

Assalamualaikum..



Sebagai seorang peminat seni, saya akui, saya sangat-sangat meminati lagu-lagu. Tak kira apa jenis lagu sekalipun, saya biasanya akan suka dan jatuh cinta dengan lagu yang lirik dan muziknya bagus.

Saya memang tak pandai main alat muzik dan bukan seorang penyanyi tetapi saya menghargai lagu-lagu yang bagus dan sedap.

Muncul persoalan dari seorang sahabat saya, "Nak dengar lagu cinta, boleh tak?"

Hm.. Tough..



Tapi..bagi saya sendiri, dengar tu boleh. Tapi first of all, teliti dulu pada lirik-lirik lagunya. Kalau lirik-lirik lagu dia tu memang dah sah-sah ada tertulis tentang benda-benda yang haram, jadi automatik, haramlah benda tu kan??

Itu yang saya dengar melalui Ustaz Azhar Idrus.

Banyak je lagu-lagu yang 'murah' dekat pasaran hari ni. Terutamanya lagu dari Barat. I give you few examples :


  • Locked Out of Heaven by Bruno Mars
  • We are Young by Fun
  • Lazy Song by Bruno Mars
  • One More Night by Maroon 5
  • Beauty and The Beat by Justin Bieber
Trust me, benda macam ni, kita tak panggil 'art'. This is real 'cheap'. 

Saya ada seorang sahabat lain, yang juga peminat lagu-lagu Barat. Hehe.. Dia sendiri pun pernah cakap, "West makes 'art' become something so 'dirty'." 



Tapi, do trust me again. Ada jugak lagu yang sebenarnya masih bernilai dan kita semua, boleh dengar. Nasyid, insha Allah, semua boleh dengar. Semua orang tahu tu. ^^ 

Hehe..

Saya pernah dengar, Ustaz Don claim macam ni, "Saya pun minat Linkin Park juga. Sebab, lagu-lagu mereka adalah berbentuk kemanusiaan." 

Bagi mereka yang kurang berpengalaman dalam hal lagu-lagu ni, izinkan saya memberitahu. Hehe..

Ada sebenarnya lagu-lagu Barat yang tidak menyentuh perkara-perkara yang haram dalam Islam. Contohnya,

  • Ho Hey by The Lumineers 
  • Price Tag by Jessie J
  • Titanium by Megan Nicole
  • The Climb by Miley Cyrus
  • Don't You Worry Child by Swedish House Mafia
  • Let Me Love You (Until You Learn to Love Yourself) by Ne-Yo
Memang sangat banyak lagu yang boleh kita dengar. Jadi bergantung kepada kita, lagu apa dan bagaimana nak describe sesebuah lagu itu. 



Contohnya, baru-baru ni, saya sering dengar sebuah lagu dari Rihanna yang bertajuk Diamonds. Mungkin orang ramai akan pertikaikan, Rihanna tu kan terbabit dengan Iluminati dan sebagainya. Lagu tersebut mungkin juga berkaitan dengan Iluminati. Tetapi, saya akui, lagu itu unik dan sangat sedap didengar. Ia mengingatkan tentang saya dan adik saya. Ok.. Baiklah. Sekiranya tidak suka pada Rihanna, kita dengarlah lagu Diamond itu tapi nyanyian orang lain. Banyak je kat YouTube. 

Google je 'Diamonds Cover'. 

Macam mana pun, saya tidaklah mencadangkan anda selalu dengar lagu-lagu sebegini. Sekadar mendengar. Janganlah taksub dan tergila-gila sampaikan sebelum nak tidur pun dengar..nak makan pun dengar..nak mandi pun dengar. 

Anyway, kita semua pun Islam, ada benda yang lebih penting dari sekadar sebuah lagu. :) 



Lagu hanya boleh dijadikan sesuatu yang mungkin, boleh menyuntik semangat, memotivasikan diri, mengingatkan kita pada ahli keluarga atau kawan-kawan dan sebagainya. 

Jadikan sesebuah lagu yang kita dengar itu, bukan sekadar lagu, tetapi sesuatu yang bermanfaat buat diri kita dan juga orang lain. 

Adik saya, sangat suka share lagu-lagu yang diminatinya dengan saya. Saya juga begitu. Lagu-lagu yang menyentuh hati, saya akan tujukan pada dia. Jadi, bila saya tiada nanti, kalau dia teringatkan saya, dia boleh dengar lagu-lagu yang kami kongsi bersama. ^^ 

Tetapi, kalau anda seorang peminat nasyid, itu lagi bagus. Hehehe.. 

Mungkin anda boleh cadangan kepada saya mengenai nasyid-nasyid yang terbaru sebab saya pun dah ketinggalan zaman dah dengan lagu-lagu nasyid ni.. ^^ 

Saya harap ini boleh membantu. Sebarang cadangan, saya terima. Dan ini hanyalah pendapat tau. Kalau salah, saya bersedia ditegur. :) 



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.