Kerja :)

Assalamualaikum..

Sebelum SPM, saya dan beberapa orang sahabat berangan-angan nak jadi ala-ala Team Langit Ilahi. Hehehe..

Kami merancang untuk buat satu blog, di mana kami semua bersama-sama menyumbang karya dalam bidang dakwah.



Pertama, dengan cara itu, kami boleh saling memperbaiki di jalan Allah. Kekuatan Islam itu terbina dengan kekuatan jemaah. Jadi, dari jemaahlah kami bermula.. ^^

Kedua, dengan adanya blog ini juga, kami mungkin boleh bersama-sama, mengekalkan hubungan ukhuwah kami dan bahkan boleh mengembangkannya lagi dengan mereka yang sudi membaca blog kami itu. :D

Ketiga, kami ingin terus berdiri di jalan Allah. Kami ingin melakukan sesuatu untuk diri kami dan juga sahabat-sahabat kami yang lain di luar sana. Mungkin blog ini tidaklah boleh menyumbangkan sesuatu yang banyak tetapi apa salahnya kita memberi peluang kan??



Alhamdulillah..

Walaupun kawan-kawan semua agak busy selepas SPM, saya teruskan juga rancangan saya ini dengan sedikit bantuan daripada dia, seorang sahabat yang sangat setia. Oh ya! Orangnya dirahsiakan. :)

Alhamdulillah..

Blognya simple.. Sangat-sangat simple. Sebab, kalau boleh, saya nak tengok pada sambutan dan kemampuan kami untuk istiqamah terlebih dahulu sebelum betul-betul komited dengan blog ni.. :D

Hehehe..

Jadi, ya.. Sekarang saya agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja berkaitan blog tersebut..



Saya perlu menjawab beberapa pertanyaan dari ahli-ahli.
Saya perlu membuat laporan kepada sahabat saya.
Saya perlu menghantar beberapa invitation untuk recruit ahli baru.
Saya perlu memastikan yang saya sentiasa memberitahu mereka updates tentang blog itu.

Alhamdulillah.. Masa terisi..

Saya cuma berharap, blog ni akan kekal dan bertambah maju di masa hadapan. Kami ingin menuju ke arahNya, bersama-sama.

Insha Allah..

Mungkin bukan sekarang masanya nak beritahu link untuk ke blog itu. Mungkin lepas ni kot.. Hehe.. ^^




Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.