Battle of Myself

Menutup mata. Risau sedikit.

Amat rindukan diri sendiri yang dulu
Yang tak peduli pada hakikat kehidupan dunia sekeliling
Hanya perlu hidup untuk diri sendiri

Amat rindukan diri sendiri yang dulu
Yang masalahnya hanyalah dirinya sendiri
Hanya perlu fikirkan diri sendiri

Amat rindukan diri sendiri yang dulu
Yang merasakan seolah-olah dunia ini bukan halangan
Hanya perlu fikirkan cita-cita

Hari ini, aku jadi rindu..
Walaupun diri yang aku rindu itu SALAH.

Tak harus aku jadi sebegitu pentingkan diri
Tak harus aku jadi sebegitu kejam

Kerana dengan itu, dunia tidak akan hidup
Agama takkan bangkit.

Menangis

Lelah tanggung sendiri
Sakit dan derita

Tapi bukan boleh membantu pun..kalau hanya setakat menangis

Doa..moga keadaan diri akan lebih kuat..
Mungkin itu yang paling layak untuk dilakukan..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

10 Responses to Battle of Myself

ಠ_ಠ said...

mimi, everyone has it's speciality, and you have one your own.. use it. love it. or just pray for it to happen or appear? :)

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ...

hm.. mungkin.. :) kena lebih banyak bersabar.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum... Masalah yang sama juga dihadapi saya... Memang rasa taknak kisah pun pasal orang lain... Sebab orang lain macam tak kisah dan tak membantu kita pun...

Tapi... Datang soalan dalam diri. "Adakah ini yang ALLAH dan Rasulullah S.A.W. nak?" "Adakah ini cara yang diajarkan Rasulullah S.A.W.?"

Soalan soalan ini membuatkan saya berfikir. Memang benar kita boleh capai cita cita atau kita matlamat kita di dunia jika kita mementingkan diri. Tetapi, adakah kita akan memperoleh keredhaan
ALLAH dengan cara yang begitu? Padahal kejayaan dunia itu, ALLAH juga yang beri.

Jika cita-cita dan kejayaan yang kita dapat, tidak digunakan kerana ALLAH, malah menjauhkan kita daripada ALLAH dimanakah manfaatnya? Sia-sia semuanya...

Setuju dengan MJ. Tak rugi kita mengambil berat tentang orang lain dan bekerjasama dengan orang lain. In shaa ALLAH, jika kita sayang saudara kita, ALLAH sayang kita.

Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar dengan mengambil berat tentang orang lain... Kasih sayang, rendah diri, ikhlas untuk memberi meskipun orang lain tidak membalas dengan kebaikan dan lain lain.

Malah, ALLAH beri kita banyak lagi nikmat, dan in shaa ALLAH beroleh syurgaNYA di akhirat kelak.

Semoga ALLAH mempermudahkan semua urusan MJ untuk mendekatiNYA. Jangan give up. MJ tak keseorangan, dan ramai orang seperti kita sedang berusaha memperbaiki diri lagi, in shaa ALLAH : )

Mimi Jazman said...

Anonymous ...

Waalaikumussalam warahmatullah.. Tapi..sebab teringatkan yg kita sygkn org sekeliling kita..benda jd susah dan sukar utk kita tak pedulikan mereka..

sudah tentu..itu bukan apa yang Allah nak dan bukan ajaran Rasulullah saw juga..

sy berharap juga dapat terus kuat utk pedulikan org lain..walaupun..ianya sgt sakit bila kita sedar yg sebenarnya..x ada org pedulikan kita..

mungkin..ini ajaran Allah..

sy sekarang..kdg2..dah jd kebiasaan pula untuk 'selalu ada' untuk org lain yg lebih memerlukan.. hehe..

but..sometimes..mungkin saya juga mengharapkan perhatian..yang menyebabkan saya terpaksa menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri..

anyway..moga Allah melihat pengobanan kita.. :)

Anonymous said...

Aamiin.. Semoga ALLAH membantu MJ

Ramai yang mengambil berat tentang MJ..

MJ tak seorang.. ALLAH kan ada. ALLAH sayangkan kita lebih daripada seorang ibu sayangkan anaknya. ALLAH sahaja penolong dan pembantu kita.

Memang kita rasa keseorangan bila kita tak mendapat perhatian orang.. Tapi sebenarnya, perkara ini mengajar kita untuk lebih berdikari dan memberi ikhlas kerana ALLAH.

ALLAH nak MJ dekat dengan DIA.. Dengan kelembutan dan kasih sayangNYA, DIA benar benar mendidik MJ supaya MJ hanya bergantung kepadaNYA.

Apabila mendapat ujian, MJ serahkan balik semuanya kepada ALLAH.. Itu yang mak saya ajar.. Juga tulisan seorang imam yang saya baca. Kemudian MJ usaha sebaik boleh.

MJ ingat balik matlamat MJ, iaitu nak masuk syurga firdaus kan? Jadi, dengan mendapat didikan ALLAH ni, kan sesuatu yang sangat bernilai untuk MJ masuk syurgaNYA.

Saya rasa MJ yang sekarang, lebih baik dari MJ yang dulu, sebab MJ yang sekarang, lebih memberi dari menerima. Dan mengikut apa yang Prof Muhaya kata, dengan memberi, baru kita akan bahagia : )

dan untuk mendapat kekuatan untuk memberi, cuma dengan benar benar ikhlas memberi kerana ALLAH, dan mengharapkan balasan daripadaNYA sahaja : ).

Semoga ALLAH membantu MJ dan mempermudahkan segala urusan MJ. Just remember that youre not alone. ALLAH is with us. And there are people ALLAH made who in shaa ALLAH sincerely care about us : )

Anonymous said...

Ingat, perhatian ALLAH yang penting. Perhatian manusia, tak kekal : )

ಠ_ಠ said...

cheer up mimi,
memang kat dunia smua org kejam pun. termasuk diri. pelupa, hina, dhoif dan lemah sentiasa.

tapi mimi kna sdar selalu,
"Cukuplah Allah bagiku"

kena phm ayt ini. mimi, have you? :)

Mimi Jazman said...

Anonymous and ಠ_ಠ ...

jd..kesimpulannya..jgn pernah mengharapkan manusia..sebab..mereka xkn pernah selamanya akan bersama dgn kita..

ini didikan Allah.. Allah tinggalkan kita sendirian..sbb Allah nk kita sedar..yg ada Dia sentiasa ada untuk kita..

kita sepatutnya terus memberi walaupun x dapat balasan manusia..hanya harapkan balasan drpd Allah..sebab tu lah yg paling BERMAKNA dan paling BERNILAI sekalipun..

ok..

faham dah.. :)

ಠ_ಠ said...

alhamdulillah ^_^ Moga Allah redha :)

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ...

ameen.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.