Mencari Erti Hidup...

Aku duduk di tepi katil. Allahuakbar..! Phone di tepi katil dicapai. Pukul 3 pagi?

Seketika, aku mengimbas kembali mimpi tadi. Allah... Alangkah indahnya hidup andai aku tak perlu bangun dari mimpi dan terus tertidur.. Hm.. Tidur selamanya, bermaksud mati. Dan mati, doesn't comes with nice dreams unless for a real MUKMIN. 

Dalam mimpi tadi, aku berenang. Sesuatu yang dah lama sangat aku tinggal. Berenang dari dasar laut ke atas. Kemudian dari atas, kembali ke bawah. Aku tak pasti tentang mimpi tu. Aku tak faham pun jadi aku rasa Allah nak hadiahkan aku hiburan sikit di atas kesedihan yang aku sedang alami sekarang ni. 



Kakak baru balik ke Florida semalam. Jadi, aku sekali lagi, left alone behind sementara yang lain, sibuk dengan life masing-masing. Who cares? Kata dia, aku dah immune jadi nak rasa sedih sangat pun, entahlah.. Aku dah malas nak fikir semua ni. Kalau ada sesuatu yang boleh aku buat, aku akan buat. The thing is, aku tak boleh buat apa-apa pun melainkan berdoa pada Allah, Dia tentukan apa sahaja yang terbaik untuk aku.

Nak buat apa pagi-pagi buta ni? Hm.. Tak payah tunggu pagi macam ni sebenarnya. Tiap-tiap hari pun, tak kira masa, itulah soalan aku.

Entah kenapa, life semakin lifeless sekarang. Aku tak ada benda nak dibuat. Tak ada benda nak diseronokkan atau disedihkan. Kadang-kadang, aku tahu ja yang aku sepatutnya baca buku atau buat sesuatu, tapi, aku tak buat sebab aku tak ada hati nak buat benda tu. Hm.. Complicated.. Aku tahu as a MUSLIM yang nak jadi REAL MUKMIN, life tak sepatutnya jadi se'lifeless' ni. 



Aku menuju ke bilik air, berwudhu'. Mungkin Allah akan beri aku petunjuk.

"........... Ya Allah,lapangkan dadaku. Tunjukkan jalanMu yang terbaik untukku. Isilah hidupku dengan sesuatu yang bermanfaat untuk diriku sendiri dan juga orang-orang di sekelilingku. Amin...."

Aku capai laptop. Sementara menunggu laptop, aku capai iPod, hadiah pemberian kakak sempena hari lahirku yang ke18. Aku tersenyum seketika mengingatkan kakak. "Tengah cari erti hiduplah ni," beritahu dia pada aku masa aku tengah bual-bual tentang hidup kami.

Aku Ingin MencintaiMu - Devotees #np

Laman YouTube dibuka. Taip di searchbox..ENTER..skrol..klik..

There you go.. 


Allah shows me the way.. 

[+] Banyak medium yang disediakan pada hari ini, membolehkan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semua orang dok sibuk bising, Facebook tu tak bagus, Twitter tu merosakkan and macam-macam lagilah. Sebenarnya, semua benda-benda tu, bersifat neutral. Hati manusia yang bersifat baik atau buruk.

Jadi, yang penting tu hati. Kalau hati baik, insyaAllah, semua yang dibuat pun baik. ^-^
So..daripada kita asyik isi hati dengan benda-benda pelik, apa kata kita isi dengan perkara baik?? Allah tengah tengok dan InsyaAllah..tak rugi dunia, untung di akhirat.. :)


Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Mencari Erti Hidup...

Annur Izz said...

salam adik MJ..dirimu bakal melangkah ke medium yang lebih tinggi..apakah persediaan anda?tuin2.. mimi duk kat mana ea?..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.