Dah lama adik menanggung perasaan. Sejak kejadian tu berlaku, adik semakin pendiam dan tak banyak cakap. Malah dengan aku sendiri pun, dia dah tak banyak cakap sedangkan aku adalah satu-satunya manusia yang dia cakap selama ni. Seriously, aku tak tahu apa dah jadi pada dia.

Adik yang aku kenal selama ni, selalunya kuat. Tapi, dia nampak hopeless sekarang.



And now, after taking her medicine, she is far away in her dream, I hope. Aku ambil MP3 Player kesayangan adik yang dah lama aku tengok terbiar di hujung meja studinya. Aku menekan button 'PLAY' tapi malangnya, hanya suara seperti desiran angin puting beliung yang membingitkan kedengaran.

Oh.. Mungkin sebab tu adik dah tak gunakan MP3 Player ni. Dah rosak rupanya. Aku menarik ear pieces yang aku sumbatkan ke dalam telinga. Aku membelek MP3 Player itu dengan baik. 'Duraplus'?? Seriously?? Haha! Manalah aku dapat MP3 Player ni. Jenama pun tak pernah dengar. No wonder cepat benar rosaknya.

Aku masih ingat perubahan sikap adik pada awal tahun lepas. Dia minta aku belikan dia MP3 Player dan asyik berkepit dengan MP3 Player tu ja ke mana dia pergi. Then, I discovered it why. She can't bear this lonely life. 

Aku campakkan MP3 Player Duraplus itu ke dalam tong sampah. Maybe, I can take her somewhere. Dua atau tiga jam lagi, mungkin. Let her take her rest as it should be. 



"Kakak?"

"Yes. Oh! Dah bangun pun. Larat jalan tak?" aku bertanya laju.

"Larat ja. Bukannya mati lagi pun. Kenapa?" bibirnya separuh tersenyum.

"Sure?" aku bertanya meminta kepastian. Muka adik tak sihat macam selalu. Full of sorrow and misery. 

"Em." dia mengangguk dengan keningnya terangkat.

"Kenapa?" dia bertanya kembali.

"Jalan nak? Pergi mall?" aku duduk di sampingnya yang masih terbaring di atas katil.

Adik bangun perlahan-lahan. Cuba mendudukkan dirinya dan memandang aku dengan hairan. Seketika kemudian, dia mengangguk.

Aku meninggalkan biliknya untuk membiarkannya bersiap walaupun aku tahu, ia tidak akan mengambil masa yang lama. Aku bergerak sekencang mungkin ke bilik. Mencapai jeans dan peplum berwarna merah. Shawl yang sepadan aku kenakan dengan penampilan aku. Adik mesti dah siap pada saat aku melakukan sedikit touch-up pada pipi.

"Dah!" aku berdiri di hadapan bilik adik. Dia sedang merenung hampir tembus ke luar melalui tingkap biliknya.

"20 minutes, kak," dia menggeleng.

Aku melihat adik. Sangat berbeza dengan aku. T-shirt besar dan khaki pants for girls. Tudung dipin ke atas kedua-dua belah bahu. Tak harus berlayer-layer macam aku ni. Adik simple. Aku kompleks. Kami berbeza tapi kami tak anggap pun semua tu sebagai satu masalah. Adik terima aku apa adanya. Begitu juga aku.



Aku menghentikan kereta di hadapan sebuah mall besar yang terkenal dengan jualan bahan-bahan keperluan selain barang dapur. Biasanya, orang datang ke sini untuk shopping baju, make-ups, accessories atau mungkin phones, laptops and such things. 

"Sesaknya." adik mengeluh sebaik menutup pintu kereta.

"No worries,dear. Duduk lama-lama dalam bilik, tak bosan ke?" aku segera menarik adik masuk ke dalam mall tersebut.

"Nak buat apa kat sini?" adik bertanya sambil diheret oleh aku.

"Nak cari ganti untuk your beloved Duraplus," aku ketawa. Dan adik mengukir senyum separuhnya.

"Mana tau?"

"Kak nak pinjam tadi. Bila bukak, tak sangka akan dengar bunyi hurricane." aku menyindir adik. Adik segera menundukkan wajah dan tersenyum kecil.



Sebuah premis Apple kelihatan. Warna putih yang menjadi tema utama premis itu begitu menarik perhatian mataku. Apple.. Hm.. The best so far..

Aku membawa diri ke sebuah almari putih besar yang mempunyai cermin lutsinar sebagai pintu. Aku meneliti satu persatu MP3 Player yang ada dalam almari itu. Harganya..aku tak kisah sangat. Lagipun, kredit kad Daddy dengan Mummy ni dah lama tak melabur untuk kami adik-beradik.

Tiba-tiba, bahuku dicuit. Adik.

"Kak, kau agak-agak sikit, boleh? Mahallah!" adik merengus.

"Apanya? Tak adalah. Mahal sikit ja kot," aku kenal adik. Dia memang jenis yang tak pandang jenama punya orang. Bagi adik, jenama hanya akan buat separuh manusia terlebih bangga sementara manusia lain pula, terlebih rendah diri dan iri hati. Diskriminasi katanya.

"Can I help,miss?" seorang pekerja perempuan di dalam premis tersebut bertanya.

Tangan adik menarik lengan bajuku. Hampir terjatuh handbag di bahu dibuatnya budak tu. Aku mencubit tangan kanannya meminta untuk dia berhentikan perlakuannya yang sudah mula dipandang aneh oleh pekerja tadi.

"First, orang tengok la! Second, birthday present. Tomorrow, isn't it?" aku cuba menyakinkan adik.

"Bawak pergi makan pun cukuplah." adik menarik muncung. Dah fed-up dah muka dia.

"You never ask for anything. So, please, let me buy this thing for you. Anyway, ini ja benda yang kak rasa adik guna dengan sebaik mungkin." aku mencerun ke arahnya. Aku memang tak pernah garang dengan adik. Tapi, adik biasanya tahu batas kedegilan dia dengan aku.

"Ok.. Tapi, biar aku pilih." adik akhirnya mengalah.

"That's my girl!" aku ketawa sambil tanganku menepuk-nepuk kepalanya yang beralas kain tudung.

Adik..dia tahu apa yang dia buat. Dia biasanya buat keputusan sebaik mungkin.

Sebuah iPod Shuffle 4th Generation dipilih. Aku tersenyum. Itulah yang paling murah pun di premis tersebut. Adik memilih warna hitam. Suits her well. Apabila cermin kaca yang lutsinar itu hampir ditutup setelah adik membuat pilihannya, aku menghalang pekerja perempuan tadi.



"Saya nak yang pink ni." aku menunjukkan pada pekerja tersebut.

"Yang ni?" adik dan pekerja tersebut, kedua-duanya memandang aku dengan gaya tak puas hati.

"Itu adik saya punya. Yang pink ni untuk saya, boleh kan?" aku bertanya.

Pekerja tersebut mengangguk dan menarik iPod yang aku tunjukkan padanya lalu menuju ke kaunter.

"Aku tak ingat bila kau suka sangat dengar lagu. You used to your phone." kata adik perlahan sambil kami sama-sama bergerak ke kaunter. Aku menyuakan kredit kad Daddy kepada pekerja tadi.

"Time to change. Berjangkitla kot," aku membalas dengan senyuman.



Sebenarnya, apabila aku terfikirkan adik yang far far away better dalam mengendalikan emosi dengan muzik seperti nasyid, aku rasa, aku pun patut cuba cara tu. Studi memang best tapi hidup di Florida semakin lama semakin mencabar untuk aku. Dan sejak kebelakangan ni, aku pun sedar. Aku dah semakin ke arah menjadi  seperti 'adik'.

"Terima kasih," ucap pekerja tadi sambil menghulurkan bungkusan yang terkandung barang yang telah aku beli dengan kredit kad Daddy. Setelah dicuba, aku dan adik sama-sama puas hati.

Aku kemudiannya membawa adik ke sebuah premis yang menjual makanan Jepun. Adik agak pelik kenapa aku membawanya ke situ tetapi aku tak kira. Aku paksa juga dia makan sushi-sushi kat situ. Dan adik pun seems to enjoy the moments. 

We talked a lot about lots of thing. Perlahan-lahan, adik mula banyak ketawa dengan cerita-cerita aku. Aku tahu adik tak ada benda nak diceritakan dengan aku. Dia biasanya hanya ketawa dan senyum. Kami berbeza.

Selesai makan, aku bawa adik pusing-pusing di mall tersebut. Dah lama kami tak hang out bersama. Dan, sebelum aku kembali ke Florida, aku harap, aku boleh hadiahkan adik sesuatu untuk dipanggil sebagai memorabilia.



Kami tiba di sebuah premis yang menjual segala peralatan muzik. Adik dengan lajunya melangkah masuk ke dalam premis tersebut. Aku sendiri agak terpempan dengan tindakan drastik tersebut.

Adik bergerak ke arah sebuah rak yang menempatkan gitar-gitar yang aku sendiri tak berapa nak tahu jenisnya. Sebelum masuk tingkatan empat, adik habiskan masa dengan muzik. Dia ada seorang guru muzik sebelum aku ke Florida. Seingat aku, adik memang pandai dengan alat muzik. She know how to use them and she was extremely good with them. 

Tapi, sejak semuanya berubah, adik dah tak sentuh semua tu lagi. Piano dan gitar di rumah pun dah berhabuk sejak kali terakhir aku lihat.

Adik mengambil tempat di satu sudut yang membenarkan para pelanggan untuk bermain pelbagai jenis alat muzik dengan beberapa alatan muzik yang sememangnya tersedia di situ. Adik mencapai sebuah gitar. Adik cuba memainkan sebuah lagu yang aku rasa macam pernah dengar tapi sejujurnya, aku tak dapat ingat di mana aku pernah dengar lagu tersebut atau apa tajuknya.



"Kakak, balik jom. Aku ada sesuatu untuk kakak." adik menarik tanganku sebaik sahaja meletakkan semula gitar tersebut di tepi. Dia nampak macam tergesa-gesa. Aku hanya menurut.

Sebaik tiba di rumah, adik segera meluru masuk ke dalam bilik. Hm.. Lupa kot yang aku ada hadiah untuk dia. Aku kemudiannya, hanya menurut langkah ke bilik adik.

Adik sedang duduk sambil di ribanya sudah tersedia gitar lamanya. Dia menepuk-nepuk katilnya meminta aku untuk duduk menghadapnya yang sedang duduk di atas kerusi roda yang dihadapkan ke katil.

Dan..apa yang aku dengar membuatkan aku rasa sedih. She was happy. Very happy to be there. Singing a song for me. A song that I shared with her since we both were little. 



Macam mana aku nak cakap dekat dia ni? Sedih tak dia nanti? Keadaan baru nampak macam nak pulih tapi tiba-tiba aku pulak yang macam merosakkan keadaan.

"Adik...." aku memanggil lembut.

"Hm?" adik menoleh ke arahku.

"I'm going back to Florida. Tomorrow," aku memberitahu sambil mata menghala ke arah siling.

"You know what, dearest?" adik bersuara dengan senyuman lebar.

"It is ok. Let's spend good times before tomorrow comes." adik menarik tanganku. Aku membalas dengan senyuman.

Adik kemudian bergerak ke arah meja studinya. Dia segera mencoret sesuatu di atas sehelai kertas note.

"Tidak ada satu duri dan yang lebih daripadanya menimpa seorang Mukmin melainkan Allah mengangkat darjat baginya atau menghapuskan kesalahan disebabkan musibah yang menimpanya. HR Muslim." 

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to

Kakcik Nur said...

Kakcik baca kata demi kata, baris demi baris...

Mimi Jazman said...

Kakcik Nur ...
hehe.. any comment??

ateh said...

angah... ateh copy gambar bilik ngan ada doa tu ea... time kasih!

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.