Archive for December 2012

Mental Illness

Sudah bermalam-malam aku begini. Sudah hampir dua minggu perkara ni berlanjutan. Tiada yang berubah sejak aku kembali ke Florida.

Bermalam-malam sudah aku menangis tanpa sebab. Bermalam-malam sudah aku takut di tempat tidurku sendiri. Apabila tiba masanya, aku akan letih menangis dan tertidur dengan sendirinya. Kemudian, pastinya, aku akan mengalami mimpi-mimpi yang aku sendiri tidak begitu menggemarinya.

Aku masih ingat ketika aku kecil, aku begitu suka apabila dapat bermimpi. Aku akan ceritakan pada adik kerana kemudiannya, kami akan sama-sama tertawa.


Tapi..usiaku sudah jauh lebih tua. Tidur yang lena merupakan satu nikmat yang aku sendiri sudah lama tidak merasainya. Setiap kali tidur, aku pasti akan termimpikan perkara-perkara yang terjadi padaku dalam sebuah versi yang 'tak boleh blah'. Sekalipun mimpi itu mimpi yang baik, aku akan tetap menyampah. Dan mimpi, mereka biasanya akan menyebabkan aku terjaga di tengah malam dan menyebabkan tidur aku tidak pernah lena.

Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena denganku. I seem to be lost.


Aku mencapai iPod dan membuka laptop. Pasti ada sesuatu yang boleh membantu. Sudah berhari-hari aku memikirkannya. Walaupun kenyataan mungkin agak pahit, aku akan tetap cuba untuk menerimanya.

www.webmd.com > Search Box > Types of Mental Illness


"Mood disorders: These disorders, also called affective disorders, involve persistent feelings of sadness or periods of feeling overly happy, or fluctuations from extreme happiness to extreme sadness. The most common mood disorders are depressionmania, and bipolar disorder."


Hm.. Macam logik je. "Involve persistent feelings of sadness..." 

It does looks like my situation. 

Klik 'depression'.

Eh?? Ada soalan untuk aku jawab? Soalan apa ni? 

Er... Untuk pastikan aku ni depressed atau tak?? 

Ok.. Tak salah kalau mencuba. 




Aku menjawab 3 soalan yang tertera di skrin. 

Soalan pertama adalah mengenai apa yang aku rasa. 
Soalan kedua adalah apa yang berlaku pada aku (simptom-simptom). 
Soalan ketiga adalah apa yang aku lakukan untuk mengurangkan depression. 

Jawapan bagi ketiga-tiga soalan yang aku jawab itu sedang dianalisis. Seketika kemudian, tertera sebesar-besar tulisan di skrin..



"Healing Depression : Taking the First Steps" 


Jadi, aku ni depressed?? 

Ok.. No wonder why.. 

Habis tu, nak buat apa??

Tapi.. Jap.. Ni kan website je?? There must be something else I can read. 






"What is Depression?"

"Everyone can feel blue or sad sometimes, but these feelings may only last for a short period of time. However, when a person has depression, it's more than just a feeling of being sad.
Depression is a mood disorder in which feelings of sadness, along with other symptoms, can interfere with a person's normal day-to-day activities for a long period of time."

Gulp! 
It is so true.. Itulah yang aku rasa sejak kebelakangan ni. 
No way! 

"What are the symptoms of depressions?"
"An episode of major depression lasts for at least 2 weeks. Symptoms include a depressed mood and/or a loss of interest or pleasure in daily activities, along with at least 4 of the following:
  • Increased irritability
  • Feelings of worthlessness or guilt
  • Agitation or restlessness
  • Fatigue and loss of energy
  • Trouble thinking, making decisions, or concentrating
  • Disturbed sleep, such as insomnia
  • Changes in appetite or weight
  • Thoughts of death or suicide, suicide attempts" 


Ok.. Kesemua ni aku lalui sepanjang dua minggu kebelakangan ni. 

Huh.. So is it true?? I am depressed? What should I do?? 

"VIIBRYD® (vilazodone HCl) Is Proven to Relieve Symptoms of Depression"

Ambil ubat? See the doctor?? Or else..therapist?? 

Biar benar! 

Mental illness.. 

The truth is..I am a person with mental illness.. Atau dalam bahasa mudahnya, gila? 

Takkan kot! 

Habis tu, kalau aku depressed macam ni, maknanya, aku kena jumpa doktor la? 
Tak ada cara lain?? 







Posted in | Leave a comment

Mencari Erti Hidup...

Aku duduk di tepi katil. Allahuakbar..! Phone di tepi katil dicapai. Pukul 3 pagi?

Seketika, aku mengimbas kembali mimpi tadi. Allah... Alangkah indahnya hidup andai aku tak perlu bangun dari mimpi dan terus tertidur.. Hm.. Tidur selamanya, bermaksud mati. Dan mati, doesn't comes with nice dreams unless for a real MUKMIN. 

Dalam mimpi tadi, aku berenang. Sesuatu yang dah lama sangat aku tinggal. Berenang dari dasar laut ke atas. Kemudian dari atas, kembali ke bawah. Aku tak pasti tentang mimpi tu. Aku tak faham pun jadi aku rasa Allah nak hadiahkan aku hiburan sikit di atas kesedihan yang aku sedang alami sekarang ni. 



Kakak baru balik ke Florida semalam. Jadi, aku sekali lagi, left alone behind sementara yang lain, sibuk dengan life masing-masing. Who cares? Kata dia, aku dah immune jadi nak rasa sedih sangat pun, entahlah.. Aku dah malas nak fikir semua ni. Kalau ada sesuatu yang boleh aku buat, aku akan buat. The thing is, aku tak boleh buat apa-apa pun melainkan berdoa pada Allah, Dia tentukan apa sahaja yang terbaik untuk aku.

Nak buat apa pagi-pagi buta ni? Hm.. Tak payah tunggu pagi macam ni sebenarnya. Tiap-tiap hari pun, tak kira masa, itulah soalan aku.

Entah kenapa, life semakin lifeless sekarang. Aku tak ada benda nak dibuat. Tak ada benda nak diseronokkan atau disedihkan. Kadang-kadang, aku tahu ja yang aku sepatutnya baca buku atau buat sesuatu, tapi, aku tak buat sebab aku tak ada hati nak buat benda tu. Hm.. Complicated.. Aku tahu as a MUSLIM yang nak jadi REAL MUKMIN, life tak sepatutnya jadi se'lifeless' ni. 



Aku menuju ke bilik air, berwudhu'. Mungkin Allah akan beri aku petunjuk.

"........... Ya Allah,lapangkan dadaku. Tunjukkan jalanMu yang terbaik untukku. Isilah hidupku dengan sesuatu yang bermanfaat untuk diriku sendiri dan juga orang-orang di sekelilingku. Amin...."

Aku capai laptop. Sementara menunggu laptop, aku capai iPod, hadiah pemberian kakak sempena hari lahirku yang ke18. Aku tersenyum seketika mengingatkan kakak. "Tengah cari erti hiduplah ni," beritahu dia pada aku masa aku tengah bual-bual tentang hidup kami.

Aku Ingin MencintaiMu - Devotees #np

Laman YouTube dibuka. Taip di searchbox..ENTER..skrol..klik..

There you go.. 


Allah shows me the way.. 

[+] Banyak medium yang disediakan pada hari ini, membolehkan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semua orang dok sibuk bising, Facebook tu tak bagus, Twitter tu merosakkan and macam-macam lagilah. Sebenarnya, semua benda-benda tu, bersifat neutral. Hati manusia yang bersifat baik atau buruk.

Jadi, yang penting tu hati. Kalau hati baik, insyaAllah, semua yang dibuat pun baik. ^-^
So..daripada kita asyik isi hati dengan benda-benda pelik, apa kata kita isi dengan perkara baik?? Allah tengah tengok dan InsyaAllah..tak rugi dunia, untung di akhirat.. :)


Posted in , | 1 Comment

Dah lama adik menanggung perasaan. Sejak kejadian tu berlaku, adik semakin pendiam dan tak banyak cakap. Malah dengan aku sendiri pun, dia dah tak banyak cakap sedangkan aku adalah satu-satunya manusia yang dia cakap selama ni. Seriously, aku tak tahu apa dah jadi pada dia.

Adik yang aku kenal selama ni, selalunya kuat. Tapi, dia nampak hopeless sekarang.



And now, after taking her medicine, she is far away in her dream, I hope. Aku ambil MP3 Player kesayangan adik yang dah lama aku tengok terbiar di hujung meja studinya. Aku menekan button 'PLAY' tapi malangnya, hanya suara seperti desiran angin puting beliung yang membingitkan kedengaran.

Oh.. Mungkin sebab tu adik dah tak gunakan MP3 Player ni. Dah rosak rupanya. Aku menarik ear pieces yang aku sumbatkan ke dalam telinga. Aku membelek MP3 Player itu dengan baik. 'Duraplus'?? Seriously?? Haha! Manalah aku dapat MP3 Player ni. Jenama pun tak pernah dengar. No wonder cepat benar rosaknya.

Aku masih ingat perubahan sikap adik pada awal tahun lepas. Dia minta aku belikan dia MP3 Player dan asyik berkepit dengan MP3 Player tu ja ke mana dia pergi. Then, I discovered it why. She can't bear this lonely life. 

Aku campakkan MP3 Player Duraplus itu ke dalam tong sampah. Maybe, I can take her somewhere. Dua atau tiga jam lagi, mungkin. Let her take her rest as it should be. 



"Kakak?"

"Yes. Oh! Dah bangun pun. Larat jalan tak?" aku bertanya laju.

"Larat ja. Bukannya mati lagi pun. Kenapa?" bibirnya separuh tersenyum.

"Sure?" aku bertanya meminta kepastian. Muka adik tak sihat macam selalu. Full of sorrow and misery. 

"Em." dia mengangguk dengan keningnya terangkat.

"Kenapa?" dia bertanya kembali.

"Jalan nak? Pergi mall?" aku duduk di sampingnya yang masih terbaring di atas katil.

Adik bangun perlahan-lahan. Cuba mendudukkan dirinya dan memandang aku dengan hairan. Seketika kemudian, dia mengangguk.

Aku meninggalkan biliknya untuk membiarkannya bersiap walaupun aku tahu, ia tidak akan mengambil masa yang lama. Aku bergerak sekencang mungkin ke bilik. Mencapai jeans dan peplum berwarna merah. Shawl yang sepadan aku kenakan dengan penampilan aku. Adik mesti dah siap pada saat aku melakukan sedikit touch-up pada pipi.

"Dah!" aku berdiri di hadapan bilik adik. Dia sedang merenung hampir tembus ke luar melalui tingkap biliknya.

"20 minutes, kak," dia menggeleng.

Aku melihat adik. Sangat berbeza dengan aku. T-shirt besar dan khaki pants for girls. Tudung dipin ke atas kedua-dua belah bahu. Tak harus berlayer-layer macam aku ni. Adik simple. Aku kompleks. Kami berbeza tapi kami tak anggap pun semua tu sebagai satu masalah. Adik terima aku apa adanya. Begitu juga aku.



Aku menghentikan kereta di hadapan sebuah mall besar yang terkenal dengan jualan bahan-bahan keperluan selain barang dapur. Biasanya, orang datang ke sini untuk shopping baju, make-ups, accessories atau mungkin phones, laptops and such things. 

"Sesaknya." adik mengeluh sebaik menutup pintu kereta.

"No worries,dear. Duduk lama-lama dalam bilik, tak bosan ke?" aku segera menarik adik masuk ke dalam mall tersebut.

"Nak buat apa kat sini?" adik bertanya sambil diheret oleh aku.

"Nak cari ganti untuk your beloved Duraplus," aku ketawa. Dan adik mengukir senyum separuhnya.

"Mana tau?"

"Kak nak pinjam tadi. Bila bukak, tak sangka akan dengar bunyi hurricane." aku menyindir adik. Adik segera menundukkan wajah dan tersenyum kecil.



Sebuah premis Apple kelihatan. Warna putih yang menjadi tema utama premis itu begitu menarik perhatian mataku. Apple.. Hm.. The best so far..

Aku membawa diri ke sebuah almari putih besar yang mempunyai cermin lutsinar sebagai pintu. Aku meneliti satu persatu MP3 Player yang ada dalam almari itu. Harganya..aku tak kisah sangat. Lagipun, kredit kad Daddy dengan Mummy ni dah lama tak melabur untuk kami adik-beradik.

Tiba-tiba, bahuku dicuit. Adik.

"Kak, kau agak-agak sikit, boleh? Mahallah!" adik merengus.

"Apanya? Tak adalah. Mahal sikit ja kot," aku kenal adik. Dia memang jenis yang tak pandang jenama punya orang. Bagi adik, jenama hanya akan buat separuh manusia terlebih bangga sementara manusia lain pula, terlebih rendah diri dan iri hati. Diskriminasi katanya.

"Can I help,miss?" seorang pekerja perempuan di dalam premis tersebut bertanya.

Tangan adik menarik lengan bajuku. Hampir terjatuh handbag di bahu dibuatnya budak tu. Aku mencubit tangan kanannya meminta untuk dia berhentikan perlakuannya yang sudah mula dipandang aneh oleh pekerja tadi.

"First, orang tengok la! Second, birthday present. Tomorrow, isn't it?" aku cuba menyakinkan adik.

"Bawak pergi makan pun cukuplah." adik menarik muncung. Dah fed-up dah muka dia.

"You never ask for anything. So, please, let me buy this thing for you. Anyway, ini ja benda yang kak rasa adik guna dengan sebaik mungkin." aku mencerun ke arahnya. Aku memang tak pernah garang dengan adik. Tapi, adik biasanya tahu batas kedegilan dia dengan aku.

"Ok.. Tapi, biar aku pilih." adik akhirnya mengalah.

"That's my girl!" aku ketawa sambil tanganku menepuk-nepuk kepalanya yang beralas kain tudung.

Adik..dia tahu apa yang dia buat. Dia biasanya buat keputusan sebaik mungkin.

Sebuah iPod Shuffle 4th Generation dipilih. Aku tersenyum. Itulah yang paling murah pun di premis tersebut. Adik memilih warna hitam. Suits her well. Apabila cermin kaca yang lutsinar itu hampir ditutup setelah adik membuat pilihannya, aku menghalang pekerja perempuan tadi.



"Saya nak yang pink ni." aku menunjukkan pada pekerja tersebut.

"Yang ni?" adik dan pekerja tersebut, kedua-duanya memandang aku dengan gaya tak puas hati.

"Itu adik saya punya. Yang pink ni untuk saya, boleh kan?" aku bertanya.

Pekerja tersebut mengangguk dan menarik iPod yang aku tunjukkan padanya lalu menuju ke kaunter.

"Aku tak ingat bila kau suka sangat dengar lagu. You used to your phone." kata adik perlahan sambil kami sama-sama bergerak ke kaunter. Aku menyuakan kredit kad Daddy kepada pekerja tadi.

"Time to change. Berjangkitla kot," aku membalas dengan senyuman.



Sebenarnya, apabila aku terfikirkan adik yang far far away better dalam mengendalikan emosi dengan muzik seperti nasyid, aku rasa, aku pun patut cuba cara tu. Studi memang best tapi hidup di Florida semakin lama semakin mencabar untuk aku. Dan sejak kebelakangan ni, aku pun sedar. Aku dah semakin ke arah menjadi  seperti 'adik'.

"Terima kasih," ucap pekerja tadi sambil menghulurkan bungkusan yang terkandung barang yang telah aku beli dengan kredit kad Daddy. Setelah dicuba, aku dan adik sama-sama puas hati.

Aku kemudiannya membawa adik ke sebuah premis yang menjual makanan Jepun. Adik agak pelik kenapa aku membawanya ke situ tetapi aku tak kira. Aku paksa juga dia makan sushi-sushi kat situ. Dan adik pun seems to enjoy the moments. 

We talked a lot about lots of thing. Perlahan-lahan, adik mula banyak ketawa dengan cerita-cerita aku. Aku tahu adik tak ada benda nak diceritakan dengan aku. Dia biasanya hanya ketawa dan senyum. Kami berbeza.

Selesai makan, aku bawa adik pusing-pusing di mall tersebut. Dah lama kami tak hang out bersama. Dan, sebelum aku kembali ke Florida, aku harap, aku boleh hadiahkan adik sesuatu untuk dipanggil sebagai memorabilia.



Kami tiba di sebuah premis yang menjual segala peralatan muzik. Adik dengan lajunya melangkah masuk ke dalam premis tersebut. Aku sendiri agak terpempan dengan tindakan drastik tersebut.

Adik bergerak ke arah sebuah rak yang menempatkan gitar-gitar yang aku sendiri tak berapa nak tahu jenisnya. Sebelum masuk tingkatan empat, adik habiskan masa dengan muzik. Dia ada seorang guru muzik sebelum aku ke Florida. Seingat aku, adik memang pandai dengan alat muzik. She know how to use them and she was extremely good with them. 

Tapi, sejak semuanya berubah, adik dah tak sentuh semua tu lagi. Piano dan gitar di rumah pun dah berhabuk sejak kali terakhir aku lihat.

Adik mengambil tempat di satu sudut yang membenarkan para pelanggan untuk bermain pelbagai jenis alat muzik dengan beberapa alatan muzik yang sememangnya tersedia di situ. Adik mencapai sebuah gitar. Adik cuba memainkan sebuah lagu yang aku rasa macam pernah dengar tapi sejujurnya, aku tak dapat ingat di mana aku pernah dengar lagu tersebut atau apa tajuknya.



"Kakak, balik jom. Aku ada sesuatu untuk kakak." adik menarik tanganku sebaik sahaja meletakkan semula gitar tersebut di tepi. Dia nampak macam tergesa-gesa. Aku hanya menurut.

Sebaik tiba di rumah, adik segera meluru masuk ke dalam bilik. Hm.. Lupa kot yang aku ada hadiah untuk dia. Aku kemudiannya, hanya menurut langkah ke bilik adik.

Adik sedang duduk sambil di ribanya sudah tersedia gitar lamanya. Dia menepuk-nepuk katilnya meminta aku untuk duduk menghadapnya yang sedang duduk di atas kerusi roda yang dihadapkan ke katil.

Dan..apa yang aku dengar membuatkan aku rasa sedih. She was happy. Very happy to be there. Singing a song for me. A song that I shared with her since we both were little. 



Macam mana aku nak cakap dekat dia ni? Sedih tak dia nanti? Keadaan baru nampak macam nak pulih tapi tiba-tiba aku pulak yang macam merosakkan keadaan.

"Adik...." aku memanggil lembut.

"Hm?" adik menoleh ke arahku.

"I'm going back to Florida. Tomorrow," aku memberitahu sambil mata menghala ke arah siling.

"You know what, dearest?" adik bersuara dengan senyuman lebar.

"It is ok. Let's spend good times before tomorrow comes." adik menarik tanganku. Aku membalas dengan senyuman.

Adik kemudian bergerak ke arah meja studinya. Dia segera mencoret sesuatu di atas sehelai kertas note.

"Tidak ada satu duri dan yang lebih daripadanya menimpa seorang Mukmin melainkan Allah mengangkat darjat baginya atau menghapuskan kesalahan disebabkan musibah yang menimpanya. HR Muslim." 

Posted in | 3 Comments

Kakak : Tell me about your life.

Adik : Aku? Life? Do I have one?

Kakak : Hm? Depends actually. Kalau adik rasa adik masih ada life, then you have it. Kalau tak ada, maknanya, tak adalah.


Dunia akan menghentam kita
Memberitahu kita pernah tersalah langkah dalam hidup
Jadi, kenapa?
Ianya satu didikan, bukan begitu?

Haha!

Hidup perlu diberi nafas baru
Perlu disertakan bersamanya keazaman dan cita-cita yang kukuh

Tiada cita-cita yang lebih kukuh dan hebat di zaman ini
Melainkan cita yang satu
Iaitu
Untuk bertemu dengan Yang Satu.

Kesakitan itu mengajar
Dendam takkan membantu
Membuka cerita lama, mengorek, menggali semula kisah silam
Bukan cara terbaik untuk hidup

Yang lepas, biarkan lepas.
Yang luka, biarkan berparut.

Allah tahu apa yang telah kita lalui.
Tak pa.

Allah tahu cara terbaik untuk membalasnya kelak.

Posted in | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.