The World Needs More Love

Assalamualaikum..



Ana tahu ana sepatutnya belajar sekarang tapi sesuatu telah membantutkan niat ana tersebut.

Sewaktu sarapan sebentar tadi, ana duduk di hadapan TV dengan adik dan ana tak percaya dengan kewujudan rancangan seperti yang adik sedang tunjukkan kepada ana ketika itu.

It was unbelievable.. 



Tajuk rancangan realiti tersebut adalah BULLY BEATDOWN..

Ana sebenarnya tak begitu kisah atau peduli sekiranya lelaki bertubuh sasa masuk WWE walaupun ana sangat tidak setuju dengan aksi ganas yang ditunjukkan melalui rancangan tersebut. Dan mungkin, kerana yang menyertai rancangan tersebut adalah lelaki jadi ana masih rasakan ada 'logik' di situ.

Berbeza sedikit dengan WWE, BULLY BEATDOWN membenarkan perempuan untuk turut menyertai rancangan tersebut. Jadi, sila bayangkan dua orang perempuan bergaduh seperti lelaki di dalam WWE.

Satu perkataan yang ana gunakan untuk menerangkan keadaan tersebut adalah, 'BURUK!'

Perempuan itu sifatnya lemah-lembut, penuh dengan kesopanan dan tatasusila. Mereka mudah menangis dan kecewa, tetapi ana tak pernah tahu pula, perempuan Amerika mudah bergaduh!

Mungkin ana terlepas pandang kerana selama ini, kebanyakan cerita Amerika yang ana tonton, berkisarkan ketabahan seorang perempuan, bagaimana seorang perempuan menjadi berani dan kuat secara emosi dan pelbagai lagi yang sewaktu dengannya. Sangat berbeza dengan rancangan realiti TV Amerika kali ini, BULLY BEATDOWN.



Dunia hari ini tidak perlu ditayangkan dengan seribu aksi ganas dan pergaduhan. Ia hanya akan membangkitkan rasa marah dan dendam. Bagi mereka yang menonton pula, menganggap ianya sebagai satu keseronokan melihat pergaduhan berlaku.

Secara logiknya, apa pengajaran yang boleh dikutip daripada rancangan-rancangan sedemikian? 



Adakah ianya hanya akan memuaskan hati orang yang menyertainya? Mereka dapat membalas dendam setelah dibuli selepas sedemikian lama?

Seperti episod yang ana tonton sebentar tadi, ia mengisahkan tentang Keiko yang sering dibuli oleh Amanda di tempat kerja. Amanda melakukan serangan secara fizikal dan emosi. Amanda pernah melanggar tangga yang pada ketika itu sedang digunakan oleh Keiko. Amanda juga pernah menolak Keiko sehingga terjatuh daripada tangga.

Jadi, Keiko bertindak memanggil Amanda ke BULLY BEATDOWN dan menyuruh Amanda supaya berlawan dengan Michelle (seseorang yang kononnya ditugaskan untuk membelasah Amanda sebagai balas dendam terhadap kelakuannya selama ini kepada Keiko). Dan yang ana tak fahamnya tu, kenapa Amanda tu sanggup berlawan dengan Michelle sedangkan dia tahu Michelle itu sudah bertahun-tahun dilatih menjadi seorang kaki lawan sedangkan Amanda sendiri hanyalah seorang perempuan yang jahat kelakuannya yang pada hakikatnya, tidak tahu berlawan.

Maka secara kesimpulannya, ana menganggap rancangan sedemikian diwujudkan hanyalah bagi memuaskan hati orang yang dibuli. 



Tak bolehkah mereka menyelesaikannya dengan cara yang lebih baik? Paling kurang pun la, tak perlulah menayangkan pergaduhan seperti itu! Buatlah di tempat lain, di mana tiada orang akan menontonnya. Apa yang cuba dikbuktikan oleh mereka ini sebenarnya?

Dunia memerlukan lebih banyak kasih sayang. Jiwa anak-anak muda seperti ana ini, harus diberitahu apa itu kasih sayang dan bagaimana kasih sayang itu dapat diserap masuk ke dalam kehidupan.

Sebagai contoh, ana namakan beberapa filem yang menjadi kegemaran ana kerana ia telah berjaya memancing hati dan perasaan ana, seterusnya membuatkan ana lebih banyak berfikir.


  • 3 Idiots.. 
    • Ana tahu ramai yang dah menonton cerita ni jadi ana rasa ramai juga yang dapat lihat keunikan cerita ini dan mengutip pengajaran daripadanya. Contohnya seperti menghormati persahabatan, keikhlasan dalam menuntut ilmu, pengorbanan, ketabahan menghadapi dugaan hidup dan elakkan perbuatan membunuh diri

  • Taree Zameen Paar
    • Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang mempunyai sejenis penyakit yang membuatkan dia mengalami kesukaran untuk membaca dan belajar seperti kanak-kanak lain. Dan kemudian, munculnya seorang guru, yang turut pada zaman kecilnya, mengalami masalah yang sama. Guru tersebut mengambil tindakan untuk membantu kanak-kanak yang sakit itu. 
    • Kasih sayang antara guru dan pelajar, hormat pada ibu bapa, didikan kepada ibu bapa dan kasih sayang di dalam keluarga ditunjukkan secara jelas di dalam filem ini. 
  • Budoy
    • Sebuah drama Filipina yang mengisahkan kisah suka duka seorang kanak-kanak (Budoy) yang dikatakan terencat akal dan dibesarkan oleh sebuah keluarga yang penyayang tetapi miskin. Dan sebenarnya, Budoy adalah anak kepada sebuah keluarga yang terkaya di Filipina. 
    • Cerita ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan ana sendiri kagum dengan drama ini. Ana belajar banyak perkara contohnya seperti, hormat pada ibu bapa, tetapkan terus tersenyum, tabah menghadapi hidup dan hakikat bahawa kemiskinan tidak pernah menghalang kebahagiaan


Filem atau rancangan-rancangan seperti yang ana nyatakan di atas ternyata sangat susah untuk ditemui. Biasanya kita disajikan dengan rancangan-rancangan yang MEANINGLESS, yang hanya digunakan untuk hiburan semata-mata. Sedangkan, semua orang tahu, TV adalah sebuah medium pendidikan yang utama bagi masyarakat. 

Nampaknya, dunia hari ini memerlukan lebih ramai penulis skrip dengan idea-idea bernas untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kasih sayang itu lebih penting dan lebih perlu untuk ditayangkan berbanding keganasan yang telahpun mengambil alih dunia pada saat ini. 

Sedangkan Islam sendiri melebihkan kasih sayang daripada peperangan. 

Dakwah Rasulullah saw dimulakan dengan kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi sebelum Allah memberi izin kepada umat Nabi Muhammad saw ketika itu untuk berperang. Berperang pun tidak boleh dilakukan secara sesuka hati tanpa sebab-sebab kukuh yang dibenarkan oleh syara'. Semasa dalam peperangan juga, tentera-tentera Islam masih perlu untuk berkasih sayang dan mempunyai perasaan simpati terhadap kanak-kanak, orang tua dan juga wanita yang tidak turut serta di dalam peperangan. 



See?? 

Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." (Riwayat Muslim)


[+] Setelah lama tidak menulis, sekali start, serius betul! Hehehe.. Ianya hanya sekadar perkongsian dan pendapat seorang ana. Dibenarkan mengkritik dan menyuarakan pendapat masing-masing. Jazakumullahu khairan dan semoga bermanfaat. ^-^



Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.