Memori Makmal Pengajian Islam

Saat itu, aku tidak punya sesiapa..
Terfikir, adakah hari ini akan berakhir begini sahaja?
Aku lihat di sekeliling..
The time almost coming..
But its ok.. Im going to take care of myself..
Apapun..selepas berbual semalam, rasanya hati lebih kuat untuk hadapi kenyataan hari ini..
Ketawa dan senyum sendiri..
Macam-macam lagu menyanyi dalam hati..
Kemudian, sewaktu menuju ke musolla..
Terserempak dengan mereka..
Hanya sapaan yang bertukar..
Entah..
Aku berharap mereka tidak peduli..
Sedangkan aku lupa..pada hakikatnya mereka memang tidak peduli..
Haha!! :D
Aku terus meniti tangga-tangga itu..
Kemudian, ada orang menyapa..
Kupandang ke belakang..
"kadang-kadang tiada salah dengan menoleh ke belakang."
Aku kesat tangis dalam hati..
Seluas-luas senyuman aku buka..
It always had been only both of us..
:)
Ruang kecil yang aku pernah ceritakan dulu itu..
Membawa tangis dalam diri..
Semangat akan hilang sebaik aku berada di sana..
Maka, aku lari..
Ke sebuah bilik lain..
Yang ceritanya ternyata berbeza..
Di situ kita berkumpul..
Bersama belajar dan meneliti..
Dalam sambil hati membawa diri..
Merajuk dalam luka yang masih berbekas..
Maka di situ kita duduk..
Menjauh dari luka yang bakal menimpa..
Membawa hati agar jauh dari pedih..
Allah mengajar kita melalui kesakitan..
Radio dibuka..
Pelbagai lagu kedengaran memenuhi ruang itu..
Mengusik jiwa dengan melodi rindu..
Kita berbeza dan sentiasa begitu..
Dan aku tersangat baru dalam dunia kamu ini..
Ketawa terluah ikhlas..
Mata biarkan kelihatan memancar rindu..
Aku biar segalanya berlalu..
Terlalu tenang untuk diganggu..
Sudah banyak kita menyorok dan berpura bermanis muka..
Biarlah hari ini..kita ketawa pula..
Walau terpaksa menyorok dan bersembunyi di bawah meja sekalipun..
Asalkan tak sakit lagi..
Kekadang terluah sakit itu di bibir..
"ada macam tak ada, lebih baik tak ada."
Benar!
Di situ aku belajar mengenai duka dan tangismu..
Belajar akan senyum dan tawamu..
Kupujuk diri berkali-kali..
Dia pasti baik-baik sahaja nanti!
Allah akan jagakan dia untukku..
Apabila satu ketika kita terpaksa berpisah..
Aku berharap matamu itu masih rela menyembunyikan tangisnya..
Dan bibir itu akan tetap mengukir senyum walau sebeban dunia ditanggung di bahumu..
Sahabat..
Aku terluka seperti mana kamu..
Dan aku sedar..apa yang kamu lalui itu jauh lebih memeritkan..
Percayalah..membayangkan kamu menanggung sakitnya sahaja sudah membuatkan aku merasa sebak..
Hari ini,hari bersejarah ketawa dalam derita..
Allah menguji kita untuk kita sedar, hanya Dia yang benar-benar setia..
Kamu insan yang aku hargai..
Yang sampai habisnya waktuku nanti..akan aku cuba ingat tawa dalam tangismu itu..
Kerana senyummu ternyata bukan sebarang senyum..
Ia tanda teguh seorang pejuang untuk terus berjuang dalam luka berdarah..
Allah tetapkan kamu untukku..
Yang bermula pasti akan berakhir..
Begitu juga dengan perkenalan ini..
Moga bertemu kelak di syurga..
Dalam keadaan tiada terluka lagi..
Insyaallah..
Ana ithar anti..Syazwina..

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.