I'll Do It As You Want..

"Mummy dah tolak!" Mummy menjerkah. Kakak yang sedang duduk di sofa hanya diam membatu. Daddy yang dari awal tidak memberi keputusan juga hanya diam.

Aku pula, hanya tunduk merenung karpet berbulu lembut itu. Memang terasa hangat dan lembutnya karpet itu tapi memandangkan Mummy seperti sudah sedia menelanku sementara kakak pula tidak langsung membelaku, aku jadi 'beku'.



Tidak sangka lelaki itu begitu cepat mengatur langkahnya. Setelah sebulan membuat pengakuan padaku, kini, dia beralih pula kepada Mummy dan Daddy. Membuat pengakuan kepada mereka dan bercerita kepada mereka. Katanya, ingin dirisik secara baik. Dia benar-benar ingin mengenaliku dengan lebih lagi setelah mendapat kebenaran dari orang tuaku. Menurutnya, itulah yang terbaik bagi menunaikan rasa yang dimilikinya itu.

Dia telah datang ke rumah, bersendirian. Sesuatu yang amat aku kagumi. Seberani itu dia. Dan aku sendiri hairan, bagaimana dia tahu Mummy dan Daddy ada di rumah hari itu sedangkan aku sendiri tidak dapat mengagak bila Mummy dan Daddy akan ada di rumah atau sebaliknya.



"Mummy tak tanya adik apa-apa pun?" aku bersuara keras. Agak kecewa dengan sikap Mummy yang dengan semudahnya membuat keputusan untukku tanpa sedikitpun menimbangkan perasaanku.

"Perlu ke Mummy tanya?! Agak-agak apa jawapan awak? Mestilah nak kan? Nak sangat kahwin... Ye tak?" Mummy menjawab - pedas!

"At least, we should all sit together and give me a chance to talk for myself!" aku membalas dengan suara yang sedikit tinggi.

"See! You never talk to me like that! Tengok apa lelaki tu dah buat! She made my daughter to go against me," Mummy membuat muka tidak percaya. Dahinya berkerut dan jelas, dia marah.



"Since when kita bercakap, Mummy? Since when, Mummy cakap dengan Adik?! Sejak dari awal, adik pernah buat keputusan sendiri ke? Tak kan? Tak pernah! All had been decided." dan tanpa sedar, cecair panas yang sudah lama bertakung di bibir mata itu akhirnya tumpah jua.

"Di mana adik nak sekolah. Di mana adik nak belajar. Jurusan apa adik nak ambil. Cita-cita apa adik perlu ada. Universiti mana adik perlu masuk. Semuanya Mummy dah tetapkan. Kata Mummy, anak Mummy perlu jadi someone untuk jaga nama baik Mummy."

"I agreed with every single word you say, berharap dengan cara itu, Mummy akan bangga dengan Adik dan semua yang Adik sedang lalui akan berubah. I lost my Mummy since she decided to give herself to her career more than her daughter. I lost my Daddy since he decided to cheat on my mother."

"For tears I had shed, pernah ke korang ada dekat sebelah? Pernah ke korang tanya apa Adik makan, apa Adik minum, sakit, sihat, sedih, bahagia? Pernah Mummy perasan kenapa Adik jadi kurus sejak tiga tahun kebelakangan ni? Pernah tak Mummy sedar yang Adik tak pernah makan makanan yang sedap-sedap sejak tiga tahun lalu? Pernah tak Mummy sekali peduli tangisan Adik bila Mummy dengan Daddy bertengkar macam nak mati kat dalam rumah ni?!" air mata tetap terus mengalir. Semakin lebat dan semakin dalam luka yang aku korek malam itu.

"I only have my sister, who shared with me my pains, my tears. And when she wasn't around, I had no one else to turn on. I wish Mummy is here. I wish Daddy can cheer me up. But then, you guys reached home fighting and shouting all over the house. I had no one else but Allah."

"Then, this man come, confessed to me that he had fall for me since I was a middle schooler. Dia beritahu secara berhadapan. Di hadapan seorang kawan kami yang dah lama sangat dah tahu tentang hal tu. Adik hanya diam. Adik beritahu dia, Adik masih ada Mummy dan Daddy. Adik masih ada kakak. I love you guys the most after Allah and Rasulullah saw. Then, he must meet both of you instead of meeting me at the first step."

"But then, everything turns upside down bila Mummy tak bagi dia peluang untuk menjelaskan apa-apa, tak tanya pendapat adik walau sepatah, dan buat keputusan tanpa perbincangan! Mummy tak ada untuk Adik pada saat-saat Adik perlukan Mummy dan sekarang, bila adik cakap pada orang lain yang Adik masih ada Mummy, Mummy halau orang tu macam tu ja!"

"Adik letih!" dan secara tiba-tiba, badanku jatuh terjelepok ke atas karpet yang gebu itu. Ketebalannya tiba-tiba buat aku rasa seperti ingin lena.



Ya.. Aku sudah letih dengan permainan ini. Allah.. Tangisan aku malam itu adalah tangisan terhebat setelah lama segalanya aku pendamkan. Aku pendamkan rasa geram dan sakit aku. Dan kini, aku lepaskan segalanya. Biar mereka tahu betapa banyak sudah aku menderita dan untuk kembali mengingatkan diriku sendiri bahawa yang menderita itu adalah aku, aku makin letih!

Tangisan yang selama ini tidak terpamer di hadapan mereka, kini aku pamerkan. Luluh dadaku setelah aku lepaskan segalanya. Kenapa tidak sekalipun mereka sedar yang aku juga mempunyai hati dan perasaan?

"Adik!!" suara kakak ialah suara yang terakhir yang aku dengar selepas itu.




"Awak!" tiba-tiba kedengaran suatu suara dari belakang memanggilku.

Kurenung setiap apa yang wujud di ruangan itu. Taman ini sungguh indah. Hijau dan mendamaikan. Aku boleh dengar bunyi hembusan angin yang meniup tubuhku. Air sungai yang terbentang di hadapanku berkocak perlahan. Sebuah pohon yang berdaun putih melindungi kulitku dari kilauan cahaya matahari. Kuhirup udara segar itu dalam-dalam. Terdapat kedamaian luar biasa padanya. Subhanallah.. Aku benar-benar tidak tahu ada tempat sebegini indah di muka bumi Allah ini.

"Awak, pandang sini!" aku merasakan baju putihku bagai ditarik-tarik oleh satu tangan yang sangat kecil. Aku mengalih pandanganku ke arah tangan itu dan apa yang aku lihat, adalah sebuah keajaiban.

Tangan itu milik seorang anak kecil. Anak perempuan yang bergaun putih yang sangat bersih. Matanya yang bulat merenung mataku dan kemudian baru aku sedar dengan siapa sedang aku berhadapan. Itulah rupaku semasa aku kecil. Itulah aku saat Mummy dan Daddy masih ada untukku. Itulah aku yang penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan satu ketika dahulu.

Ya Allah..aku ingin kembali pada saat itu! 



Aku berlutut di hadapan anak kecil itu. Aku renung wajahnya yang bahagia. Aku rindukan saat itu!

Tiba-tiba, kanak-kanak itu menghulurkan tangannya dan menyentuh lembut wajahku. Tangannya dingin tapi berbaur kemesraan.

"Apa yang awak buat tu salah. Awak tak sepatutnya marah. Awak tak sepatutnya tewas dengan emosi awak," kata kanak-kanak itu padaku. Wajahnya berunsur peringatan. Lembut tetapi tegas.

"Awak perlu perbaiki keadaan. Sejahat mana pun mereka, mereka tetap ibu dan ayah awak. Dan Allah sangat mencintai orang yang berlembut dan mencintai ibu bapa mereka."

"Tapi, saya letih dipermainkan sebegini. Saya sudah penat dengan keputusan hidup saya yang telah mereka tentukan. Saya sudah letih!" aku bersuara. Tangisan itu kembali mengusik pipi.

"Buatlah satu keputusan. Perbaikilah keadaan. Pilihlah jalan baru yang lebih baik untuk awak dan mereka. Awak akan tahu jalannya nanti. Ingat satu perkara, berjauhan mungkin lebih menyenangkan dan mungkin juga mewujudkan rasa rindu dan mungkin juga, mengeratkan yang jauh."

"Apa maksud awak?" aku bertanya kembali. Aku bingung dengan kata-kata itu. Apa maksudnya?

Mata bulat yang bahagia itu merenungku dengan begitu dalam sebelum aku mengerti apa yang dimaksudkannya. Ya.. Aku mula memahami.



Dia mengangguk dan terus berjalan ke satu arah. Kemudian, sebelum segalanya menghilang, aku terdengar suara kecil itu berkata, "Tentang dia.. Kalau benar jodoh, pasti tidak ke mana."



Cahaya lampu yang betul-betul tergantung di depan mataku mengganggu penglihatanku. Kepalaku terasa berat. Aku perlahan-lahan mendudukkan diriku dan kemudian, merenung ke arah sekeliling. Tiba-tiba, tiga susuk tubuh bergegas ke arahku - Mummy, Daddy, Kakak.

"Sayang, Mummy minta maaf di atas apa yang Mummy dah lakukan. Mummy minta maaf," Mummy tersengguk-sengguk menangis di bahuku. Tangannya mendakap tubuhku.

"Mummy, Mummy dah tolak dia kan? Mummy mahu Adik teruskan pelajaran di Australia kan seperti anak kawan Mummy tu?"

Mummy mengangguk. Aku memejamkan mata sebentar dan kembali meletakkan satu beban di bahuku.

"I'll do it as you want." 


[+] tiba-tiba terinspire dari cerita-cerita yang berlaku di dalam kehidupan. terasa nak menulis. anyway, this is just a story. perasaan cinta itu memang tidak boleh dipaksa, tidak boleh dibuang, ia hadir kerana kita membenarkan ia untuk hadir. tapi pasti ada ketikanya, kita perlu memilih. dan pilihlah jalan Allah, kerana di situ, akan ditemui kebahagiaan di sana kelak.. Amin... ^^

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to I'll Do It As You Want..

muhd farhan said...

:)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.