Titik Mula tanpa Titik Noktah

Assalamualaikum...



Kita masih belajar. Masih belajar tentang apa itu hidup dan ke mana kita menuju sebenarnya.

Betul kata dia! Ada kalanya kami akan jatuh. Ada kalanya kami tak mampu berdiri lagi. Dan ada kalanya kami lemah sendiri. Tanpa ada sebab kukuh!

Namun aku beruntung..

Allah izinkan aku bertemu dengan mereka ini.. Penghijrah-penghijrah baru yang sedang cuba memperbaiki diri.

Kami tak sempurna, tak mungkin akan pun!

Tetapi, ini langkah kami. Titik permulaan kami. Kami mungkin jatuh. Kami mungkin tak mampu berdiri. Kami mungkin lemah. Tapi kami tak akan berhenti sebelum mencuba sampai ke hembusan nafas terakhir.



Kata dia, DR. Nisa', JIHAD SAMPAI MATI..

Tambah aku dalam diam, MOGA BERTEMU DI FIRDAUSI..

Susah bergerak sendiri,bimbang tiada yang memperingatkan.

Mari kita berdiri lebih kukuh, melangkah dengan langkah yang lebih pasti.
Mari kita kuatkan diri, bernafas dengan tenang dan penuh makna.

Sudah tiba masanya, kita lakukan perubahan ini.
Mungkin ini revolusi peribadi yang bakal menjadi saham ukhrawi nanti.

JIHADians..
Aku doakan ini titik mula kita
Dan biar tiada titik noktahnya.


Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.