Kepada kamu..jom usaha!!

Assalamualaikum.. Kepada kamu..wahai perempuan..yang seagama denganku..yang sangat aku kasihi..
Tidak salah kalau kamu kata..
"tidak semestinya yang bertudung itu baik."
Tidak..
Tak salah..
Itu hakikat yang aku rasa seluruh dunia melihat..
Bertudung belum tentu baik..
Menutup aurat belum tentu baik..
Kalau di laman YouTube sekarang..memang ramai yang bertudung..melakukan perkara terkutuk..
Tidak kurang juga di Facebook..bertudung tapi dengan mudah menayang wajah hanya untuk mendapat kepujian dan dilihat ramai..
Dan lebih banyak lagi di Twitter..bertudung tapi mulut memang seolah-olah tak ada maruah walaupun sekelumit..
Tapi sayang..
Kamu perlu faham..
Islam bukan luar ke dalam..
Tetapi dari dalam ke luar..
Allah tidak melihat perubahan pada luaran sebelum melihat pada perubahan dalaman..
Sekiranya yang bertudung itu..yang menutup aurat itu masih berbuat maksiat..tidaklah Allah akan memberi ganjaran syurga kepadanya..
Allah melihat perubahan pada dalaman yakni niat yang ikhlas kemudian melihat pula kepada perubahan luaran..
Ini kerana..kalau yang dalam suci..pasti luarannya juga suci..insyaallah..
Allah menerima mereka yang menghadirkan hati dan fizikal untuk mengabdikan diri kepadaNya..
Untuk menutup aurat dan bertudung..niat mesti datang seiring..ikhlas menutup aurat..kerana nak capai keredhaan Allah..
Allah tengok hati yakni niat dan usaha..
Allah juga tengok fizikal yakni amalan dan istiqamah..
Bagi kamu..yang masih belum mengenal dunia menutup aurat..
Mari usaha..
Hidayah memang milik Allah..tapi kita sebagai manusia..memang kena usaha..
Jangan persoal terlalu banyak sebelum mengkaji dan melihat dengan mata hati..
Mari kenal Allah..pasti kamu akan jatuh cinta padaNya..
Pasti kamu akan terus sahaja tunduk dan mencintaiNya tanpa ada terlalu banyak persoalan..
Sepertimana kamu tunduk dan mencintai kekasih manusiawi kamu.. Malah,mungkin lebih dari itu!
Bagi kamu..yang masih belum mengenal dunia menutup aurat tetapi sangat kenal dengan dunia bertudung..
Kamu juga perlu usaha..
Allah telah memberi kamu jalannya..hanya kamu yang masih teragak-agak untuk terima atau menolak..
Bertudung tidak sama dengan menutup aurat..kamu tahu itu..
Mari kenal Allah dengan lebih mendalam..
Kamu pasti akan jatuh cinta padaNya dengan lebih dalam..
Dan..kamu pasti mengerti segalanya perlukan pengorbanan..
Tinggalkan yang pendek..dan mari labuhkan..
Bagi kamu..yang sudah mengenal dunia menutup aurat..
Kamu perlu usaha lebih lagi..
Jangan hanya tahu duduk dan menunding jari..
Sudah tiba masanya kamu bergerak seiring..dengan strategi dan persediaan yang lebih mantap lagi..
Mari kita perkenalkan Tuhan kita Yang Maha Hebat ini kepada semua..
Mari kita tunjukkan kepada mereka erti cinta yang sebenar..
Kerana agama tidak diikuti hanya pada luaran tetapi diikuti dengan hati..
Tak kenal maka tak cinta..
Mari jadi matchmaker..untuk adik-adik kita yang masih belum jumpa dengan cinta sejati mereka..
Lihat..
Semua orang perlu berusaha..
Sama ada yang belum bertudung..
Yang sudah bertudung..
Hatta yang sudah menutup aurat dengan sempurna sekalipun tetap perlu berusaha..
^^ aku tidak sempurna..tapi..aku nak bantu supaya aku boleh jadikan kamu lebih baik..begitu juga dengan diriku sendiri.. Moga bertemu di syurga.. :)

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Kepada kamu..jom usaha!!

ಠ_ಠ said...

yg bertudung tak semuanya baik, tapi yg baik semuanya, akan bertudung :) wallahua'lam ^^

Mimi Jazman said...

agreed.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.