Assalamualaikum awak..
Kita mungkin berbeza tapi bebanan kita sama
Kita mungkin berlainan tapi kesakitan kita sama..
Awak anak bongsu..
Penutup kegemilangan..
Saya anak sulung..
Pemula kecemerlangan..
Itu beban serta tanggungjawab yang terletak di bahu kita berdua..
Sedikit berbeza tapi hakikatnya serupa..
Awak masih baru belajar..
Saya masih baru berjinak-jinak..
Semuanya tampak baru dan begitu berat buat kita..
Tetapi..kita miliki matlamat yang jelas..
Ada benda dan destinasi yang harus dicapai..
Kita sama-sama pendiam..
Walau dalam hati banyak cerita..
Bukan nak menyombong diri..
Tapi memang kita tak pandai bercanda!
Tapi..kita punya senyuman dan ketawa untuk dilemparkan..
Walau hati terukir sakit dan pedih..
Sahabat..
Sakit awak itu sakit saya juga..
Senyum awak itu senyum saya juga..
Tangis awak itu tangis saya juga..
Biar awak jauh tapi dengan senyum bahagia awak
Saya sudah cukup bahagia..
Tak perlu dekat tapi dengan hanya mendengar tawa awak
Saya sudah cukup senang..
Diberi peluang untukku bermimpi dan berangan hari nanti
Akan kuimpikan sebuah syurga bersama mereka yang aku cinta
Dan sahabat..kamu juga salah seorang daripada mereka..
^^
Moga ALLAH berikan awak kekuatan untuk menghadapi segalanya di jalan jihad ini..
Moga bertemu di Firdausi..

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.