Perjuangan SPM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk update blog walaupun dalam keadaan masa yang sangat sempit..

Hari ini..hari yang agak tegang kerana kami mula mendapat keputusan bagi paper trial yang lepas..

La haula wala quwata illa billah.. :)

Tough..

Mula-mula tu rasa biasa ja.. Tak tension sangat pun..tapi bila masuk paper kedua.. Dan lebih kurang sama ja keputusannya..hati rasa lain.. Sense of 'putus asa' dan 'tak mahu belajar'..mula menyusup dalam diri..

Astaghfirullah.. 



Kemudian..pujuk hati sendiri..

Allah dah bagi yang terbaik untuk kamu, tahu kan tu?? 
Mungkin..Allah nak kamu berusaha lebih lagi..supaya kejayaan nanti lebih manis dari sekarang.. 
Dalam masa yang sama..Allah tahu kamu belum bersedia untuk dapat kejayaan tu sebab mungkin dengan kejayaan tu..kamu akan lagi jauh dari Dia..
Dan dengan kegagalan ni kamu akan jadi lebih dekat dengan Dia.. 

Jadi..renung balik apa yang salah.. 
Rancang balik strategi..
Tengok semula mana yang perlu baiki.. 

Perjuangan ni bukan hanya untuk SPM..
Hidup bukan semata-mata untuk SPM.. 

Ini hadiah buat Mama dan Baba..
Ini anugerah buat guru-guru..
Ini pengorbanan buat ummah.. 

Insyaallah..masih ada masa..
Kuatkan diri..

Jom...
Sambung perjuangan ini.. 

Dengan kekuatan yang lebih lagi..
Dengan mujahadah yang hebat lagi.. 
Dengan sepenuh kekuatan pada diri. .

Jadikan ini sebagai jihad..
Moga bertemu dengan syahid di jalanNya.. ^^ 

To my JIHAD-MATES..wherever you are..SELAMAT BERJUANG! :)


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.