An Endless Happiness.. Insyaallah..

Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. After a while..dapat jugak update blog ni.. Tadi macam ada masalah sikit.. Tak apa..tadi Allah tak izinkan..sekarang Allah dah izinkan..

Alhamdulillah once again..
Semalam hari yang sangat indah dan sangat membahagiakan..insyaallah..with blessings from Him.. :)

Mungkin ada yang tahu kenapa..mungkin ada yang tak.. Apa pun..ana rasa macam jadi satu kemestian bagi ana untuk share cerita tu di sini.. Kalau ada pengajaran yang boleh diambil..dipersilakan.. Dan niat ana bercerita pasal hal ni adalah untuk mencatat kenangan terindah tu di sini memandangkan ana tak ada ambil gambar pun untuk dijadikan kenang-kenangan..



Bermula kisah dari hati yang sebenarnya tak mahu dirai.. Tak nak ingat pun keistimewaan tarikh 'keramat', 22 September tersebut.. Bukannya apa..hari lahir kita sepatutnya disambut dengan kita sendiri menghargai nyawa yang diberi bukan minta untuk dihargai.. The problem with me adalah...kadang-kadang..pada hari lahir ni la..rasa nak diri dihargai walaupun I did not deserve it..

Kalau nak hargai..it should be Mama yang perlu dihargai.. Sebab by that day..dialah yang telah bersusah payah..berjuang di medan kesakitan untuk melahirkan seorang Mimi Farah.. Other than that..ana sepatutnya menghargai Allah (bersyukur dengan nikmat pemberianNya yang berkehendak memanjangkan umur ana dan memberi peluang kepada ana untuk mencapai usia 17 tahun..)..



Dipendekkan cerita..pada pagi 22 September 2012..ana mesej pada Helmet Baek (one my jihad fisabilillah-mate..).."Lupakan yang hari ni hari lahir kite..boleh??"

Mungkin sebab dah pagi dan kami semua ada sekolah ganti..jadi..Helmet Baek tak balas..

Alhamdulillah.. Sebaik sahaja sampai di sekolah.. Terus ke surau sebab ada bacaan Yassin dan solat dhuha.. Dan..tiba-tiba terserempak pula dengan also my other jihad mate..Lyana B.. Dekat depan pintu surau tu..dia terus nyanyikan lagu Selamat Hari Lahir pada ana.. Er.. Sebenarnya..ana tak berapa ingat lagu apa yang dia nyanyikan tapi memang berbentuk wish selamat hari lahir..

Ana beri isyarat suruh diam.. Mujur..tak ramai yang perasan.. Dalam hati terdetik.."How can she remember my birthday when I never know hers?" 



Kemudian..selesai bacaan Yassin..ana naik ke kelas.. A few of my other jihad mates dah pun ada dalam kelas masa tu.. Sementara budak lelaki belum masuk..mereka ni bising-bising ucap selamat hari lahir dan nyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu..'

Dalam hati.."Mana depa tau pulak ni?!" 

Dalam keriuhan suasana..tiba-tiba ada pula tangan dari belakang datang dan tutup mata ana.. Bila mata ana dilepaskan..tangan tadi memeluk ana.. "Mimi!! Selamat hari lahir!!" Suara Syera Zam kedengaran.. Ana macam tak percaya tapi dalam hati rasa terharu.. Ingatan dia..cara dia..ucapan dia..buat ana terdiam.. Allahuakbar!

When love is shown to the world..

The day went fast.. But the happiness was endless.. :) 

Alhamdulillah..

Ramai orang wish walaupun ana tak nak pun ada orang ingat.. A lot of them..dan jidah mates yang sepatutnya ada pertalian keluarga sejak dulu tu baru semalam ana perasan..kami ada 'pertalian' tu sebenarnya..

Indah rasanya apabila Ateh (saudara sampai mati walaupun DNA tidak mengesahkannya..)..ucapkan selamat hari lahir pada ana dengan surat ucapan dan biskut.. :) So sweet.. I kissed her hand..dalam hati berdoa.."Jangan lupa doakan Angah!" 



Nadiah bersalaman dan ucapkan selamat hari lahir.. Ramai juga yang buat begitu.. Antaranya..Ain Izzati..Zirahmi..Siti Afifah..Ily Imanina..Nurin Azmina..Farhana..Ain Syaqira..Nurul Nabihah.. dan ramai lagi la.. (maaf tak ingat semua..tapi seingat ana..rasanya semua buat macam tu..)



Waktu rehat..ada sedikit kek dan sedikit keraian untuk ana walaupun ana rasa kek tu memang bukan untuk ana pun.. Mungkin sekadar kebetulan dan ana bersyukur Allah aturkan kebetulan tu.. The moment was unforgetable!! Ada beberapa orang suap ana..

Dan..waktu ana duduk di meja ana..kawan belakang ana (orang yang ana sangat-sangat-sangat rindu sebenarnya) suakan tangan dan ucap selamat hari lahir pada ana.. Ana cepat-cepat sambut tangan Awin.. sebab..hati rasa seronok sangat dapat salam dengan dia lagi..

"Awin,doakan kite!" Ana minta.

Dengan tangan yang masih bersalaman..Awin doakan ana.. Dan satu doa dia yang buat ana rasa macam nak nangis ialah when she prayed.."Moga Allah kekalkan persahabatan ni sampai bila-bila.." 

Allahuakbar!! Amin.... Moga Allah kekalkan rasa ni sampai bila-bila..

And I kissed her hand..so as she..



Dalam kelas..ana banyak berdiam..sampai ada kawan-kawan yang rasa seolah-olah ana ada masalah.. No..!

Sebenarnya..ana sedang menghayati kebahagiaan hari tu.. Ana rasa bahagia sampai ana tak rasa nak bercakap pun.. Seolah-olah ana rasa..kalau ana bercakap..mungkin rasa bahagia tu akan hilang.. Jadi..I kept quiet..

The day went on.....



Dan..ana tak ada terima hadiah (alhamdulillah!) melainkan dari dua orang jihad-mates ana (Helmet Baek dan Siti Afifah) yang sangat baik hati dan sangat sayangkan ana.. :)

Mereka belikan buku SEBELUM AKU BERNIKAH karya HILAL ASYRAF.. (Insyaallah..ada masa nanti ana akan ulas sikit pasal buku ni..)

Memang dah lama ana cari buku tu..dan apabila mereka hadiahkan..ana rasa seolah-olah Allah dah bagi ana nikmat persahabatan yang sangat indah......

Ana tak tau macam mana nak cakap tentang perasaan ana apabila ana nampak buku ni diserahkan oleh Helmet Baek kepada ana.. Jazakumullahu khairan..



Dan apabila balik..Baba dan Mama bawak pergi makan di tepi pantai..(alhamdulillah!) It was a nice memory too.. :)

Waktu tengah makan tu..tiba-tiba cakap dekat Mama.."Dah 17 tahun dah pun kakak ni.." Lebih kepada diri sendiri sebenarnya.. Mama dengan Baba senyum je..

Then..tertanya-tanya jugak..apa yang Mama dan Baba rasa bila ana dah capai usia 17 tahun ni??

Their first daughter dah besar..dah 17 tahun..dah nak habis sekolah dah pun.. Nak tanya jugak..tapi malu.. ^^  Hehe..



Biarlah apa yang mereka rasa tu tersimpan dalam hati mereka.. Dan all I want from both of them is du'a.. Insyaallah..I will try my best to be a better daughter for both of them.. Kakak sayang Mama dan Baba!!

Sebagai kesimpulan..ana nak beritahu pada semua..
Ana dah diberi satu nikmat dengan wujudnya orang-orang yang sayangkan ana..

Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang ingat pada hari lahir ana dan telah menjadikan semalam..22 September 2012 sebagai hari yang indah dalam ingatan ana..

Alhamdulillah and barakallahufikum..


Terima kasih juga kepada 3 orang sahabat ana di Sungai Petani yang juga tak pernah lupa hari lahir ana sejak kami berkawan.. :) 
Thanks to Gie..Nurul..Zanariah.. 
Terima kasih sebab masih ingat.. ^^ 



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.