Archive for September 2012

Jihad Sampai Mati





Nurin..ambil satu dan jangan lupa rate... :) 

Posted in , | Leave a comment

Memorabilia...

Memorabilia... = Kenangan yang tidak dapat dilupakan..

[+] Maaf.. Ini sahaja yang termampu.. Tu pun sakit hati jugak tengok gambar-gambar ni.. Macam lack of something yang ana sendiri pun tak tahu apa dia..

Maaf..






Leave a comment

Perjuangan SPM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk update blog walaupun dalam keadaan masa yang sangat sempit..

Hari ini..hari yang agak tegang kerana kami mula mendapat keputusan bagi paper trial yang lepas..

La haula wala quwata illa billah.. :)

Tough..

Mula-mula tu rasa biasa ja.. Tak tension sangat pun..tapi bila masuk paper kedua.. Dan lebih kurang sama ja keputusannya..hati rasa lain.. Sense of 'putus asa' dan 'tak mahu belajar'..mula menyusup dalam diri..

Astaghfirullah.. 



Kemudian..pujuk hati sendiri..

Allah dah bagi yang terbaik untuk kamu, tahu kan tu?? 
Mungkin..Allah nak kamu berusaha lebih lagi..supaya kejayaan nanti lebih manis dari sekarang.. 
Dalam masa yang sama..Allah tahu kamu belum bersedia untuk dapat kejayaan tu sebab mungkin dengan kejayaan tu..kamu akan lagi jauh dari Dia..
Dan dengan kegagalan ni kamu akan jadi lebih dekat dengan Dia.. 

Jadi..renung balik apa yang salah.. 
Rancang balik strategi..
Tengok semula mana yang perlu baiki.. 

Perjuangan ni bukan hanya untuk SPM..
Hidup bukan semata-mata untuk SPM.. 

Ini hadiah buat Mama dan Baba..
Ini anugerah buat guru-guru..
Ini pengorbanan buat ummah.. 

Insyaallah..masih ada masa..
Kuatkan diri..

Jom...
Sambung perjuangan ini.. 

Dengan kekuatan yang lebih lagi..
Dengan mujahadah yang hebat lagi.. 
Dengan sepenuh kekuatan pada diri. .

Jadikan ini sebagai jihad..
Moga bertemu dengan syahid di jalanNya.. ^^ 

To my JIHAD-MATES..wherever you are..SELAMAT BERJUANG! :)


Leave a comment

Betul cakap seorang hamba Allah tu pada ana sebelum ni..

Sangat sedih apabila orang yang kita sayang (in this case..my JIHAD MATE)..cakap yang dia rasa diri dia tak cukup baik untuk kita..
Seolah-olah dia sedang mencari alasan untuk tidak berkawan dengan kita..
Sedangkan kita teramat sayangkan dia..insyaallah..Lillahitaala!!

(sebak sebentar)

Lebih baik kita dengar dia cakap yang kita ni sendiri yang tak layak untuk berkawan dengan dia daripada dia cakap dia yang tak layak berkawan dengan kita..

Moga Allah permudahkan jalinan ukhuwah ni..

Leave a comment

Bersahabat Hingga ke Syurga

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Masih lagi bernyawa dan berpeluang untuk update blog hari ni.. Moga Allah permudahkan..

Terjadi sebuah kisah.. (yang tak adalah penting/menarik/bermakna sangat pun..tapi..kalau ada pengajaran darinya..maka dialu-alukan untuk dibaca dan diiklankan.. ) :)



Hari ini berlalu dengan cukup bermakna.. Seolah-olah satu nafas baru diberikan pada diri.. Rasa lemah diatasi dengan rasa yakin padaNya..alhamdulillah..

Sejak pagi..Mirah tak rasa bermaya sangat. Mungkin sebab pada malam sebelumnya..Mirah hanya sempat untuk tidur selama 3 jam.. Mata agak berpinar namun diingatkan pada diri.. "Diri..tarbiyah hati!"

Maka..diri dikuatkan..

Pagi berlalu seperti biasa.. Cuma yang luar biasanya..ketika di dalam kelas.. Waktu pertama..iaitu semasa waktu Pendidikan Syariah.. Ustaz memanggil seorang demi seorang ke hadapan untuk diberi sedikit teguran berkaitan dengan paper trial masing-masing..

Sementara menunggu giliran..ustaz meminta mereka sekelas untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan sebelum itu..

Sahabat Mirah..DR Nisa' tiba-tiba hulurkan buku catatan hariannya dari belakang.. Mirah menyambut.. Dilihat pada muka surat yang dibuka oleh DR untuk dibaca olehnya..

Tajuk : JIHAD SAMPAI MATI 

Mirah tersenyum.. Itu hasil video yang Mirah share di FB pada hari sebelumnya.. Video khas dari Usrah Canada..dan penyampainya ialah Aiman Azlan.. :)

Banyak yang ditulis oleh DR pada buku catatannya dan buatkan Mirah rasa 'lebih terisi'.. Mirah serahkan semula buku catatan tersebut pada DR dan mulakan fokus pada buku latihan Add Maths di atas meja..

Dan pada waktu yang sama..Mirah terdengar DR sedang memulakan 'tazkirah dhuha' bersama sahabatnya di sebelah..Wina Najwa.. Mirah terdiam sebentar.. Kemudian..Mirah memusingkan kerusinya menghadap meja milik DR dan Wina..

"Nak join jugak." 

Dan..di situ..sambil tangan menulis pada buku latihan Add Maths..sambil itu juga hati dibuka untuk mendengar pengisian yang disampaikan oleh DR.. Mungkin tak banyak tapi tetap ada isi..tetap boleh dijadikan santapan rohani..

Hari berlalu...

DR berdiri di sebelah Mirah.. Dan pada ketika itu juga Mirah terpandang pada majalah Gen-Q miliknya edisi yang entah ke-berapa..bertajuk BERSAHABAT SAMPAI KE SYURGA..

Kemudian Mirah cakapkan pada DR sambil jarinya ditunjukkan kepada tajuk yang ditulis besar-besar pada kulit majalah tersebut.."DR..sanggup tak bersama-sama dengan Mirah macam ni?" 

Jawab DR sambil wajah mengukir senyum.."Insyaallah.." 



Indahnya dunia..sekiranya dipenuhi dengan cinta..cinta yang tulus..cinta yang hakiki..cinta yang ingin dibawa sehingga ke syurga..cinta yang berpaksikan cinta pada Yang Maha Mencintai..

Hati berdegup senang hari ini.. Menyanyikan lagu-lagu ceria..

Inilah ukhuwah..

Sahabat ialah apabila kita melihat padanya maka kita ingat pada Allah.. -Bro Hamzah-

Posted in , , , , , | Leave a comment

An Endless Happiness.. Insyaallah..

Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. After a while..dapat jugak update blog ni.. Tadi macam ada masalah sikit.. Tak apa..tadi Allah tak izinkan..sekarang Allah dah izinkan..

Alhamdulillah once again..
Semalam hari yang sangat indah dan sangat membahagiakan..insyaallah..with blessings from Him.. :)

Mungkin ada yang tahu kenapa..mungkin ada yang tak.. Apa pun..ana rasa macam jadi satu kemestian bagi ana untuk share cerita tu di sini.. Kalau ada pengajaran yang boleh diambil..dipersilakan.. Dan niat ana bercerita pasal hal ni adalah untuk mencatat kenangan terindah tu di sini memandangkan ana tak ada ambil gambar pun untuk dijadikan kenang-kenangan..



Bermula kisah dari hati yang sebenarnya tak mahu dirai.. Tak nak ingat pun keistimewaan tarikh 'keramat', 22 September tersebut.. Bukannya apa..hari lahir kita sepatutnya disambut dengan kita sendiri menghargai nyawa yang diberi bukan minta untuk dihargai.. The problem with me adalah...kadang-kadang..pada hari lahir ni la..rasa nak diri dihargai walaupun I did not deserve it..

Kalau nak hargai..it should be Mama yang perlu dihargai.. Sebab by that day..dialah yang telah bersusah payah..berjuang di medan kesakitan untuk melahirkan seorang Mimi Farah.. Other than that..ana sepatutnya menghargai Allah (bersyukur dengan nikmat pemberianNya yang berkehendak memanjangkan umur ana dan memberi peluang kepada ana untuk mencapai usia 17 tahun..)..



Dipendekkan cerita..pada pagi 22 September 2012..ana mesej pada Helmet Baek (one my jihad fisabilillah-mate..).."Lupakan yang hari ni hari lahir kite..boleh??"

Mungkin sebab dah pagi dan kami semua ada sekolah ganti..jadi..Helmet Baek tak balas..

Alhamdulillah.. Sebaik sahaja sampai di sekolah.. Terus ke surau sebab ada bacaan Yassin dan solat dhuha.. Dan..tiba-tiba terserempak pula dengan also my other jihad mate..Lyana B.. Dekat depan pintu surau tu..dia terus nyanyikan lagu Selamat Hari Lahir pada ana.. Er.. Sebenarnya..ana tak berapa ingat lagu apa yang dia nyanyikan tapi memang berbentuk wish selamat hari lahir..

Ana beri isyarat suruh diam.. Mujur..tak ramai yang perasan.. Dalam hati terdetik.."How can she remember my birthday when I never know hers?" 



Kemudian..selesai bacaan Yassin..ana naik ke kelas.. A few of my other jihad mates dah pun ada dalam kelas masa tu.. Sementara budak lelaki belum masuk..mereka ni bising-bising ucap selamat hari lahir dan nyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu..'

Dalam hati.."Mana depa tau pulak ni?!" 

Dalam keriuhan suasana..tiba-tiba ada pula tangan dari belakang datang dan tutup mata ana.. Bila mata ana dilepaskan..tangan tadi memeluk ana.. "Mimi!! Selamat hari lahir!!" Suara Syera Zam kedengaran.. Ana macam tak percaya tapi dalam hati rasa terharu.. Ingatan dia..cara dia..ucapan dia..buat ana terdiam.. Allahuakbar!

When love is shown to the world..

The day went fast.. But the happiness was endless.. :) 

Alhamdulillah..

Ramai orang wish walaupun ana tak nak pun ada orang ingat.. A lot of them..dan jidah mates yang sepatutnya ada pertalian keluarga sejak dulu tu baru semalam ana perasan..kami ada 'pertalian' tu sebenarnya..

Indah rasanya apabila Ateh (saudara sampai mati walaupun DNA tidak mengesahkannya..)..ucapkan selamat hari lahir pada ana dengan surat ucapan dan biskut.. :) So sweet.. I kissed her hand..dalam hati berdoa.."Jangan lupa doakan Angah!" 



Nadiah bersalaman dan ucapkan selamat hari lahir.. Ramai juga yang buat begitu.. Antaranya..Ain Izzati..Zirahmi..Siti Afifah..Ily Imanina..Nurin Azmina..Farhana..Ain Syaqira..Nurul Nabihah.. dan ramai lagi la.. (maaf tak ingat semua..tapi seingat ana..rasanya semua buat macam tu..)



Waktu rehat..ada sedikit kek dan sedikit keraian untuk ana walaupun ana rasa kek tu memang bukan untuk ana pun.. Mungkin sekadar kebetulan dan ana bersyukur Allah aturkan kebetulan tu.. The moment was unforgetable!! Ada beberapa orang suap ana..

Dan..waktu ana duduk di meja ana..kawan belakang ana (orang yang ana sangat-sangat-sangat rindu sebenarnya) suakan tangan dan ucap selamat hari lahir pada ana.. Ana cepat-cepat sambut tangan Awin.. sebab..hati rasa seronok sangat dapat salam dengan dia lagi..

"Awin,doakan kite!" Ana minta.

Dengan tangan yang masih bersalaman..Awin doakan ana.. Dan satu doa dia yang buat ana rasa macam nak nangis ialah when she prayed.."Moga Allah kekalkan persahabatan ni sampai bila-bila.." 

Allahuakbar!! Amin.... Moga Allah kekalkan rasa ni sampai bila-bila..

And I kissed her hand..so as she..



Dalam kelas..ana banyak berdiam..sampai ada kawan-kawan yang rasa seolah-olah ana ada masalah.. No..!

Sebenarnya..ana sedang menghayati kebahagiaan hari tu.. Ana rasa bahagia sampai ana tak rasa nak bercakap pun.. Seolah-olah ana rasa..kalau ana bercakap..mungkin rasa bahagia tu akan hilang.. Jadi..I kept quiet..

The day went on.....



Dan..ana tak ada terima hadiah (alhamdulillah!) melainkan dari dua orang jihad-mates ana (Helmet Baek dan Siti Afifah) yang sangat baik hati dan sangat sayangkan ana.. :)

Mereka belikan buku SEBELUM AKU BERNIKAH karya HILAL ASYRAF.. (Insyaallah..ada masa nanti ana akan ulas sikit pasal buku ni..)

Memang dah lama ana cari buku tu..dan apabila mereka hadiahkan..ana rasa seolah-olah Allah dah bagi ana nikmat persahabatan yang sangat indah......

Ana tak tau macam mana nak cakap tentang perasaan ana apabila ana nampak buku ni diserahkan oleh Helmet Baek kepada ana.. Jazakumullahu khairan..



Dan apabila balik..Baba dan Mama bawak pergi makan di tepi pantai..(alhamdulillah!) It was a nice memory too.. :)

Waktu tengah makan tu..tiba-tiba cakap dekat Mama.."Dah 17 tahun dah pun kakak ni.." Lebih kepada diri sendiri sebenarnya.. Mama dengan Baba senyum je..

Then..tertanya-tanya jugak..apa yang Mama dan Baba rasa bila ana dah capai usia 17 tahun ni??

Their first daughter dah besar..dah 17 tahun..dah nak habis sekolah dah pun.. Nak tanya jugak..tapi malu.. ^^  Hehe..



Biarlah apa yang mereka rasa tu tersimpan dalam hati mereka.. Dan all I want from both of them is du'a.. Insyaallah..I will try my best to be a better daughter for both of them.. Kakak sayang Mama dan Baba!!

Sebagai kesimpulan..ana nak beritahu pada semua..
Ana dah diberi satu nikmat dengan wujudnya orang-orang yang sayangkan ana..

Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang ingat pada hari lahir ana dan telah menjadikan semalam..22 September 2012 sebagai hari yang indah dalam ingatan ana..

Alhamdulillah and barakallahufikum..


Terima kasih juga kepada 3 orang sahabat ana di Sungai Petani yang juga tak pernah lupa hari lahir ana sejak kami berkawan.. :) 
Thanks to Gie..Nurul..Zanariah.. 
Terima kasih sebab masih ingat.. ^^ 



Leave a comment

Biarkan doa jadi pengubat segala keresahan,
Biarkan pergantungan keoada Allah teras dalam setiap perkara yang telah diikhtiarkan..
23092012


Leave a comment

When a pencil can be find..and not a friendship..
Pensil boleh dicari..tapi bukan persahabatan..

To my dear..who gave me this pencil just because I like it hers.. I thought she had bunch of it at her home.. Then..she said, "Sorry,I only have that one."

Owh.. Ok.. I dont really mind..

But then..you said, "Take it as my present to you."

Hm.. I refused..then you sent me that sentence..
Subhanallah.. I hope this FEELINGS OF RAHMAH stays here..between us..till forever..
Jazakillahu khairan..

[+] mungkin boleh jd pemangkin semangat untuk dapatkan A+ dalam Add Maths macam orang yang bagi pensel ni.. ^^


2 Comments



Its ok..
Kalau ada ketentuan drNya..pasti segalanya akan tetap jua berlaku..
With who??
It is His secret..
Insyaallah.. You are not flying with a single wing..

2 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.