Kembali Jatuh Cinta



Ini pasal perasaan
Yang tak mudah nak diungkap dengan kata-kata menawan
Di situ, dalam hebat rasa itu
Pasti akan menitis barang satu atau dua butir mutiara dari bibir mata
Paling tidak, pasti hati terasa sebak dan sesak
Akibat kekuatan rasa yang begitu menusuk jiwa.
Biar mengalir air mata di pipi
Biar perih rasa di hati
Asal aku tahu
Rasa ini tiada salah di mana pun.
Dia buatkan aku kembali jatuh cinta
Dalam derai tangis
Dan sebaknya hati.
Dia buatkan aku kembali mengingati
Ingat bahawa ada kehidupan yang lebih indah di Sana
Sekiranya aku benar-benar ikhlas ingin bahagia di Sana.
Dia buatkan aku kembali merindui
Rindu untuk kembali menghambakan diri di hadapan Ilahi
Setelah seketika aku hanyut dalam alam mimpi yang tak pasti.
Dia...insan anugerah Yang Maha Kuasa buatku..
Menarik aku untuk kembali jatuh cinta
Kembali mengingati
Kembali merindui
Pada Dia, Yang Maha Sempurna.
Dan..wahai Tuhan,Pemilik Hati,
Kau lebih mengerti apa yang kurasakan di hati
Setelah kembali jatuh cinta
Aku sedar..aku sudah jatuh cinta..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Kembali Jatuh Cinta

ಠ_ಠ said...

barakallah. hehe, mimi ;;)

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ...

waiyyakum.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.