Too much of things..
Banyak sangat halnya kebelakangan ni..
Jiwa pun tak dapat break dan asyik nak hangin ja..
Sikit-sikit naik suara..Sikit-sikit tarik muka..
Kadan-kadang rasa macam nak tampar diri..

Tengok itu tak kena..
Tengok ini tak kena..

Semuanya serba tak kena..

Mungkin kerana cemburu??
Mungkin..
Selalunya cemburu..sakit hati..dengki..dengan kebahagiaan orang lain ni dah jadi sebahagian dari diri..

Then..I sit..
Thinking of what had happened..



Kenapa aku nak cemburu tengok gambar-gambar tu??
Kenapa aku nak sakit hati baca semua tu??
Kenapa aku nak dengki dengan kebahagiaan dyeorang semua tu??

Bila fikir-punya-fikir-punya-fikir..

Then..
Barulah tahu..

Hati semakin lemah dan tak cukup zat..
Hati semakin mudah diserang penyakit-penyakit berbahaya yang mungkin boleh bagi kesan seumur hidup nanti..
Hati hanya makan seperti biasa..
Tanpa ada peningkatan dalam menambahkan perkara-perkara yang lebih berkhasiat ke dalamnya..


Tak perlulah cemburu melihat gambar-gambar mereka..
Bukankah itu tanda mereka bahagia??
Dan bukankah hati sepatutnya suka melihat kebahagiaan orang lain..

Tak perlulah sakit hati membaca semua itu..
Bukankah itu luahan mereka??
Dan bukankah hati sepatutnya belajar membezakan mana yang baik mana yang buruk..

Duduk terperuk dalam bilik..
I wish there is someone who care enough to talk to me about all of these..

Then..
Allah kan ada?? ^^

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to

Rizal Sadiman said...

Allah ada..sentiasa ada

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.