Dugaan

Semua orang tahu, hati mudah dijangkiti virus. Hati mudah teralpa. Cuma..kadang-kadang, kita sahaja yang tidak tahu sama ada hati kita masih bersih atau sudah dijangkiti kuman pembawa penyakit.

Tapi..dalam masa yang sama..mudah sahaja mulut mengatur bicara. Lupa bahawa kita juga manusia biasa.



KAKAK : Hello!

ADIK : Assalamualaikum..

(kakak terkedu dengan balasan suara adik yang kedengaran begitu tenang.)

ADIK : Hukum jawab salam tu wa...

KAKAK : Waalaikummussalam..

ADIK : Tahu pun.. Ni pehal pulak ni? Angin je..

KAKAK : Siapa tak bengang kalau mulut orang asyik nak cakap pasal kita je.. Sakit hati la macam ni. Dia fikir dia bagus sangat ke sampai boleh cop orang ni riya', takbur bagai. Macamlah dia tu malaikat sangat. Itu tak kena, ini tak kena. Habis semua benda dalam dunia ni serba tak kena depan mata dia.

ADIK : Er.. Kurang fahamlah..

(adik aku ni pun tak kurang jugak sengal dia.. haish..)

KAKAK : This one girl..my senior.. She said I am such an arrogant person..like to show off and stuff.. Apehal dengan dia ha??!

ADIK : Hoi!! Kot ye pun nak jerit..jauhlah sikit dari telefon tu..sakit telinga orang tau tak?

KAKAK : Sorry.. Tengah bengang ni.

(memang mudah naik angin betullah kakak ni.. tak de istilah 'sabar' ke dalam kamus hidup dia?)

ADIK : Spill..tapi tolonglah bagi clear sikit and tolong tambah dose sabar sikit.. Ini belum habis cerita lagi dah hangin.. Sampai bila pun takkan habis cerita tu.

KAKAK : Okla..

(tarik nafas..lepas..bismillah..)

KAKAK : Tak.. Ada seorang akak senior ni cakap kakak sombong. Puncanya hanya satu, time junior tanya satu soalan tu, dia tak dapat jawab, kebetulan kakak ada sebelah dia, kakak tolonglah terangkan sebab dah kakak faham. Then, tiba-tiba pulak keluar cerita dari mulut ahli usrah kami, yang kakak ni kurang ajar sebab tak hormat senior tu. Katanya, kakak tak minta izin pun nak tolong explain dekat budak tu.

(aku salah dengar ke? usrah?? kakak aku pergi usrah?? tahu ke dia pasal benda ni semua?)

ADIK : Sekali lagi..boleh?? I heard that you were saying something like 'ahli usrah'..but maybe salah dengar kot..

(kot ye pun nak sindiri aku, tak yah la sampai macam tu sekali. betullah aku join usrah. so kenapa??)

KAKAK : Mana ada salah. Betulla tu.. I had joined an usrah here.. Ok?? Puas hati?

ADIK : Really?? Sejak bila??

(suara adik kedengaran luar biasa bahagia..hampir separuh menjerit juga suaranya ketika itu.)

KAKAK : Tapi rasa macam dah nak keluar ni. Lepak dengan geng usrah pun kena cop kurang ajar. Dulu, tak ada pulak sesiapa nak peduli kakak kurang ajar ke tak. Anyway..nak tolong explain pun kena mintak permission ke?? Tak tahu pun. Dah tak tahu, bukan nak ajar. Ni pergi cakap belakang. Baik kakak kawan dengan minah saleh sebelah bilik tu. Tak ada pulak dia nak cakap kurang ajar.

(wo! this is wrong. mana boleh macam tu!)

ADIK : Wait! Apehal nak keluar pulak?? Kan dah okey dekat situ?

KAKAK : Tak ada yang ok. Ajar orang pasal adab.. Jangan mengumpat atau mengutuk.. Lebih baik jujur sebab Allah sayang then, what the hell is this 'kurang ajar'??



Mereka yang baru..masih perlu dibimbing dengan penuh kasih sayang. Di mana kita letakkan kasih sayang di dalam hati bagi memujuk mereka yang cuba lembutkan hati?? Rasulullah saw..sekalipun disakiti..dilukai..belum pernah baginda menge'cop' seseorang sesuka hati melainkan dengan wahyu Allah..

Kita pula..siapa nak 'cop' orang itu begini begitu??
Kita bukannya manusia yang dijamin syurga pun..kenapa sesuka hati nak 'cop' orang itu dan ini?? Bukankah Islam itu AMAN dan SELAMAT..
Bagaimana nak AMAN dan SELAMAT..kalau kita sendiri tidak wujudkan suasana itu..?




ADIK : Kakak..kakak benci senior tu sebab dia cakap kakak kurang ajar kan??

KAKAK : Em..

ADIK : Jadi, takkanlah kakak nak jauhkan diri dari ALLAH semata-mata hanya kerana seorang manusia yang lemah?

(hm?? tak paham!)

ADIK : ALLAH hantar senior tu just nak uji kakak.. Nak tengok sejauh mana kakak cuba untuk dekati DIA.. Kalau kakak bersungguh-sungguh nak dekati dia..pasti apa yang senior tu cakap takkan mempengaruhi kakak untuk meninggalkan usrah.. Dalam usrah..kita ada talk..sesi sharing stories..dan sambil-sambil tu diselitkan dengan unsur-unsur tarbiyah..yang insyaallah boleh mendekatkan diri kepada ALLAH.. ALLAH just nak tengok kakak kuat atau tak.. Percayalah cakap aku. Aku dah lebih dulu melangkah ke arah tu sebelum kakak.

KAKAK : Are you sure??

ADIK : Completely..

KAKAK : Tapi..mana tahan.. Sakit hati tau orang cop macam tu!!

ADIK : Bukak emel..

(adik melarikan jari-jemarinya laju di atas keyboard.. mengharap emel ini dapat membantu..)



Kasih, Sayang, Itu
 rahmat itu. tak semudahnya, tak juga sesukarnya. 

dulu sangat janggal dengan pengertian rahmat itu sendiri,
dahulu kala, tak pernah faham kenapa rahmat pula yg perlu diminta?
tapi suatu masa, ada yg memerhati,
ada yg ingin nasihatkan diri, 
"Kamu berdoalah pada AllahuRobbi... mintalah rahmatNya, tanpa henti. syurga hanya boleh didapati jika dapat rahmat-Nya, maka pintalah, bukan hanya meminta. abdikanlah diri, bukan hanya ucap di bibir dan berjanji."
aku terkilan. 
tak pernah ada orang menyarankan sesuatu perkara macam tu, sekali pun. 


masa tu hanya pernah memahami doa ni sahaja, 
rabbanatinafiddunyahasanahwafilakhirotihasanahwaqinaa'zabannar..

 dan selepas minta dan pinta, 

kerana inginkan syurgaNya, 

aku mula memahami erti keredhaanNya. 

tanpa redha, juga tiada syurga. 

dan tanpa redha, semuanya jadi sia-sia. 

tanpa kerelaan, tanpa kebanggaan, tanpa kegembiraan, 

maka semuanya jadi kesengsaraan. 

dan lama-lama, terdetik di hati, 

"Engkau yg sedang berusaha sungguh-sungguh sangat ni.. kenapa, in the first place? nak sangat ke syurga? maka kenapa masih berbuat dosa?"

itulah persoalan yg tak henti bermain di fikiran, 

"layakkah engkau dapat syurgaNya? sudah terhapuskah segala dosa? kalau ya, kenapa hati masih tak tenang semasa abdikan diri kepadaNya? kenapa tak boleh henti sebak di dada?"

buat itu, buat ini, 

sabar menanti, 

tapi dalam setiap langkah yg inginku cuba dekati,

pasti ada halangan. 

kemalasan. 

tengkingan. 

herdikan. 

ke-tidak peduli-an. 

dan disisihkan, semestinya. 

itu belum aku ajak mereka bersama. 
hanya aku bermula sendirian sahaja. 


jadi diri mula mencari, mencari jawapan untuk menenagkan hati, 

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

dah ingat.

mana tenangnya?

dan sebut, 

mana bahagiannya?

jahilnya aku waktu tu, Dia sahaja yg tahu. 


jadi aku bangkit dan cuba menaip apa yg mampu.
cuba menekan tetikus itu walaupun dalam keadaan buntu. 

jumpa ini, jumpa itu, 

alhamdulillah,

dengan izin yg Maha Tahu, aku juga dapat 'tahu'. 


dengan izin yg Maha Pengasih, aku juga dapat 'kasih'. 


dengan izin yg Maha Pemberi, aku juga dapat hidayah. 


bukan nak bangga atau cakap aku jadi baik-baik sahaja, 


tapi nak kata dengan bangganya, aku ada Dia sentiasa bersama

aku ada Dia menyaksikan hati yg masih mencuba untuk disucikan,

aku ada Dia yg sentiasa mendengar segala rintihan, 

aku ada Dia, yg sentiasa buatku diasyikkan. 


dan sejak aku dapat tahu, 

aku tidak kisah kalau mereka tak tahu hijrahku yg itu

kerana yg penting Allah sahaja tahu. 

yg penting, kena ada hala tuju, matlamat yg satu. 

dan paling penting, kena harapkan hanya pada Dia, yg Satu. 


jadi aku rindukan pertemuan itu, suatu masa dahulu.

aku rindu, nak mati dulu.

haha, rasa macam bodoh je kan?

sedangkan, dengan 'hidup' itulah cara kita mendapat kematian,

jadi kenapa mahu mati dahulu? sedang semasa hidup kita perlu tahu, 

semua MILIKNya, yg Maha Berkuasa.

Innasolatiwanusukiwamahyayawamamatilillahirobbila'lamiin..


ibadahku, hidupku, matiku, kerana Allah Ta'ala.

jadi aku mula 'hidup' dgn kehidupan yg baru, 

aku mula bangkit dan buka mata & hati selalu. 

aku mula memerhatikan lakaran Dia yg lagi tahu, 

aku mula jiwai dengan ayat-ayat suci, 

aku mula lunakkan diri dengan kesepian ini, 


aku mula amalkan 'alhamdulillah', bukan hanya 'tahu' 




jadi sekarang boleh kau saksikan, 
sebenarnya Dia sayang dekat aku?

boleh kau bicarakan, 
sejujurnya Dia lagi tahu apa yg terbaik untukku?

boleh kau izinkan, 
seeloknya, Dia mengisi ruang hatiku?

boleh kau benarkan, 
seikhlasnya, Dia pasti akan membahagiakan, menenangkan, memelihara aku? 

boleh kau peringatkan
selalu, Dia setiap masa 'ada' di depan, di belakang, di sisi, dekat bersamaku? 


 [+] ditulis oleh seorang sahabat ana yang menulis di sini : http://sshhhhh.blogspot.com/ .. er.. ana amek separuh sahaja.. separuh lagi boleh baca di blog tuan punya karya sendiri.. :) 

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.