Archive for July 2012

Rahsia Sebuah Kelas Kecil

Kita bersama-sama ketawa dan tersenyum
Perit di dada dibiar sepi tak berusik
Mana mungkin segalanya diungkap di bibir
Namun biar cerita peribadi kekal milik peribadi

Mungkin ingin sekali kita berada di rumah
Melepaskan lelah yang tak terungkap
Mana mungkin segalanya ditanggung terus
Namun keinginan ini belum tentu hakikat yang pasti

Aku juga merasakannya
Derita khas hadiah Sang Pencipta untuk yakinkan aku cintaku hanya milikNya

Memang malas menatap papan putih
Memang jemu mengadap buku
Memang bosan kepanasan dalam bilik kecil yang dikongsi seramai 31 orang itu

Tetapi..di situlah berlakunya sebuah escapisme
Cerita di rumah
Cerita hal keluarga
Bukan difikir di dalam kelas kecil itu

Dan...rahsia yang dibawa oleh penghuni-penghuni kelas kecil tetap kekal rahsia
Kerana di kelas kecil itu..hanya tawa,usik-mengusik yang kedengaran
Sebaliknya, diamnya rahsia ditutup kemas..

Inilah rahsia kelas kecil ini..

2 Comments

AKU BERPUASA dan TENGOK TV??

Assalamualaikum..


Hari berlalu dan yes.. Here we are.. 9th Ramadhan.. 

So..dah sembilan hari umat Islam seluruh dunia berpuasa.. Insyaallah..

Berpuasa tu insyaallah..ana yakin pasti ramai yang tak tinggal..

Berlapar dan dahaga sebaik sahaja terbit fajar hingga terbenamnya matahari.. Insyaallah.. Mudah sekali bagi orang awam macam ana..tapi jauh lebih mudah sebenarnya..buat mereka yang beriman.. :)



Bukan nak cakap banyak-banyak sangat pun.. Just..dalam bulan Ramadhan ni.. Ana nak ajak kalau boleh..setiap yang membaca post ni merenung diri kembali bersama ana..

Dah sembilan hari pun berpuasa.. Sejauh mana sebenarnya..AKU BERPUASA?? 



Ana bukanlah orang yang berilmu sangat.. Tapi..ana pernah terdengar..

Bagi ORANG AWAM (including me)..BERPUASA hanya untuk menahan lapar dan dahaga..
Bagi ORANG BERIMAN (orang hebat2..seperti alim ulama'..para sahabat..and etc)..BERPUASA adalah menahan diri daripada nafsu.. 

Nafsu yang macam mana??

Bukan sekadar lapar dan dahaga sahaja yang kita panggil nafsu..

Tapi..banyak lagi benda-benda yang berasal dari keinginan manusia..benda yang tak berapa nak baik..yang sebenarnya juga turut digelar nafsu..

:)



Contoh pertama... TENGOK TV CERITA TAK BERFAEDAH.. 
Bagi orang awam macam ana..TV adalah sesuatu yang WAJIB setiap hari.. Bagi orang awam yang tak minat tengok TV..bagus.. Tapi..untuk orang yang macam ana ni..sukasangattengoktv..rasanya..TV adalah di antara penggoda utama..

I love movies..and that's the problem..

Bagi orang lain..yang masih tak faham kenapa tengok tv tu adalah satu masalah..let me explain..



TV tak jadi masalah kalau yang kita tengok tu adalah benda berfaedah..macam TANYALAH USTAZ..SINGGAH SAHUR..30 MINIT BERSAMA USTAZ DON..EMPAYAR ISLAM..and etc..

TV menjadi masalah kalau apa yang kita tonton tu tidak memberi faedah buat kita.. This is month of barakah..RAMADHAN.. Datangnya 30 hari sahaja dalam masa setahun.. Sepatutnya..bulan ini adalah bulan tarbiyah.. Bulan mendidik hati manusia mendekati Allah.. 

Explain to me..macam mana nak dekat dengan Allah kalau tengok tv cerita tak berfaedah..?? 

Er..faham kan??



Kalau dalam masa kita hanya dipenuhi dengan imej-imej yang mendedahkan aurat..yang boleh membangkitkan syahwat..macam mana kita nak rasa dekat dengan Allah..??

Just think it back..



Untuk dekat dengan Allah..untuk mendapatkan rahmatNya..dapatkan keampunanNya..wajarkah lagi bagi kita..untuk pergi menonton TV yang tak tahu apa kena mengenanya yang boleh dekatkan kita dengan Allah??

Analogi mudahnya begini.. 

Katakanlah..esok ada exam SEJARAH.. Untuk dapatkan A+..semua orang tahu malam sebelumnya kena baca buku..bukannya tengok TV.. 

Agak-agaknya..kalau kita memilih untuk tengok TV (yang tak ada kena mengena dengan sejarah) pada malam sebelum exam tu..adakah esok tu..kita dapat jawab exam SEJARAH tu dengan baik?? 

Mungkin akan ada yang bernasib baik..but..HOW MUCH?? 

So..faham kan??

Sama jugalah..

Kalau kita nak redha Allah..keampunan Allah..logik ke kita menghabiskan masa dengan menonton perkara yang tak berfaedah?? 

Kalau kita nak A+ Sejarah..logik ke kita menghabiskan masa dengan menonton benda yang tak ada kena mengena dengan sejarah?? 

Kalau tak dicari..macam mana nak dapat??



Ini bulan yang penuh rahmat..keampunan buat mereka yang benar-benar memburunya..

Ana hanya berkongsi..satu daripada kelemahan ana sendiri dalam menghadapi bulan Ramadhan kali ini..

We all normal human beings..bukannya sehebat Rasulullah saw..
Tapi..tak salah kan kalau kita cuba dan berusaha untuk menjadi sehebat baginda??
Walaupun tak mampu..paling kurang kita BERUSAHA..

Buat masa sekarang..after reading this..mungkin..kita masing-masing..sudah boleh start jauhkan diri dari TV..

Amek buku-buku agama..ataupun bahan bacaan ilmiah banyak-banyak (as for me,Gen-Q la)..bawak masuk bilik..and baca.. Biarlah sampai tertidur pun..insyaallah..tak rugi tertidur semasa cuba menimba ilmu..untuk menggapai redhaNya..

:)

Sharing only..

Posted in , | 2 Comments

Takkan Nak Rugi Kot??

Assalamualaikum..


Ana tak sepatutnya bukak blog waktu-waktu sekarang ni.. Tapi..dah alang-alang terlajak ni..terasa nak update pulak..

Alhamdulillah.. Dah masuk Ramadhan pun kita..



Hari tu..pergi shopping..jalan-jalan cari baju raya..(Baba suruh beli awal-awal sebab rest of the Ramadhan should not be spent for raya anymore..)

Sambil jalan-jalan tu..terdengar lagu raya yang dipasang dekat dalam kompleks tu.. Waktu tu baru 1 Ramadhan..

Lagu Raya?? On the very first Ramadhan..??



Satu rasa pelik timbul..

Dan kata hati.."Tak payah nak pelik sangat..tengoklah kita dekat shopping mall mana pulak?" 

Hm.. Yeah..

The Curve kan?? Pas tu..Sunway Pyramid?? Then..Mid Valley..

Sambung hati lagi.."Lagi nak pelik ke??"

Berbeza dengan tempat-tempat lain.. Yang lebih menghormati Ramadhan.. Dipasangnya..lagu-lagu nasyid.. Atau paling kurang..dah xde lagu lagi dah..



Hati tanya lagi..

"Memanglah tak semua confirm 'suci' lepas Ramadhan.. 
Ramadhan kan bulan suci.. 
Penghulu segala bulan.. 
Bulan di mana di dalamnya ada sebuah malam yang lebih baik dari malam seribu bulan.. 
Bulan inilah di mana Al-Quran diturunkan.. 
Dan bulan inilah, satu-satunya bulan yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran dan bulan inilah yang paling dirindui Rasulullah saw.. 
But..actually what do THEY THEMSELVES..WE OURSELVES..ME MYSELF understand about this Ramadhan??" 

Takkan sekadar 'raya-dah-nak-dekat'..??
Takkan sekadar 'tak makan atau minum'..??

Mesti ada sesuatu yang istimewa dalam Ramadhan ni kan sampai Rasulullah saw pun merinduinya..

Adakah kita nak lepaskan bulan Ramadhan..bulan istimewa..bulan rahmat ni macam tu je??

Rugi namanya tu..

Di bawah ni ada beberapa perkara yang KENA BUAT dan JANGAN BUAT dalam bulan Ramadhan.. Mungkin boleh membantu..Insyaallah... :)

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat ana dan para pembaca sekalian.. ^^

Posted in , , , , | 3 Comments

Termangu sendiri di rumah..
Ada satu rasa sunyi lain macam..

Kemudian..mungkin kerana bosan..
Nama SMKA SHAMS ditaip di ruangan carian di laman YOU TUBE..

Macam-macam yang dijumpai..
Tak sangka..

Dan..dalam hati..terbit rasa rindu..
Untuk berada dalam kelas..
Menghirup satu semangat yang tak didapati di mana-mana..

Nak bercakap dengan mereka..
Tak juga sebenarnya..
Nak dengar mereka ketawa..
Nak dengar mereka berbicara..
Mesra sekali..sambil tangan sibuk memegang buku..
Tengok dari jauh pun tak pa..
Asalkan nampak mereka bahagia..

Tengah angau sebenarnya ni..
Angau dengan kelas sendiri..
Baru jatuh cinta barangkali..
Sedangkan selama ini hati susah menerima hakikat yang pasti..
Bahawa kami ini mungkin tak serasi..
Tapi siapa sedar sebenarnya..
Antara kami masih ada sekeping hati yang masih sedang mencari..

:)

Leave a comment



Too much of things..
Banyak sangat halnya kebelakangan ni..
Jiwa pun tak dapat break dan asyik nak hangin ja..
Sikit-sikit naik suara..Sikit-sikit tarik muka..
Kadan-kadang rasa macam nak tampar diri..

Tengok itu tak kena..
Tengok ini tak kena..

Semuanya serba tak kena..

Mungkin kerana cemburu??
Mungkin..
Selalunya cemburu..sakit hati..dengki..dengan kebahagiaan orang lain ni dah jadi sebahagian dari diri..

Then..I sit..
Thinking of what had happened..



Kenapa aku nak cemburu tengok gambar-gambar tu??
Kenapa aku nak sakit hati baca semua tu??
Kenapa aku nak dengki dengan kebahagiaan dyeorang semua tu??

Bila fikir-punya-fikir-punya-fikir..

Then..
Barulah tahu..

Hati semakin lemah dan tak cukup zat..
Hati semakin mudah diserang penyakit-penyakit berbahaya yang mungkin boleh bagi kesan seumur hidup nanti..
Hati hanya makan seperti biasa..
Tanpa ada peningkatan dalam menambahkan perkara-perkara yang lebih berkhasiat ke dalamnya..


Tak perlulah cemburu melihat gambar-gambar mereka..
Bukankah itu tanda mereka bahagia??
Dan bukankah hati sepatutnya suka melihat kebahagiaan orang lain..

Tak perlulah sakit hati membaca semua itu..
Bukankah itu luahan mereka??
Dan bukankah hati sepatutnya belajar membezakan mana yang baik mana yang buruk..

Duduk terperuk dalam bilik..
I wish there is someone who care enough to talk to me about all of these..

Then..
Allah kan ada?? ^^

Posted in , , , | 1 Comment

Tak Suka...

Entah kenapa.. Hati pun x ada jawapannya..

Tapi..hati tak suka memorable pictures..

Except when it comes to my family's..

It is hurting to look at those pictures..

3 Comments

Bermula dari Diri Sendiri Dulu..



Suruh orang pergi solat awal..
Check diri..
'Selama ni' aku solat awal tak??

Suruh orang stop dengar lagu yang tak berfaedah..
Check diri..
'Selama ni' aku tak dengar ke lagu-lagu tu??

Suruh orang baca Al-Quran..
Check diri..
'Selama ni' aku baca Al-Quran tak??

Suruh orang istiqamah..
Check diri..
'Selama ni' aku istiqamah tak??

Mungkin orang susah nak terima dakwah kita..
Mungkin orang susah nak faham cara kita..
Mungkin orang susah nak ambil nasihat kita..

Mungkin bukan salah mereka..
Mungkin salah kita..

Mungkin kita yang sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh..

A man always thinking about changing the world but he forgets to change himself.. 

Posted in , , | Leave a comment

Dugaan

Semua orang tahu, hati mudah dijangkiti virus. Hati mudah teralpa. Cuma..kadang-kadang, kita sahaja yang tidak tahu sama ada hati kita masih bersih atau sudah dijangkiti kuman pembawa penyakit.

Tapi..dalam masa yang sama..mudah sahaja mulut mengatur bicara. Lupa bahawa kita juga manusia biasa.



KAKAK : Hello!

ADIK : Assalamualaikum..

(kakak terkedu dengan balasan suara adik yang kedengaran begitu tenang.)

ADIK : Hukum jawab salam tu wa...

KAKAK : Waalaikummussalam..

ADIK : Tahu pun.. Ni pehal pulak ni? Angin je..

KAKAK : Siapa tak bengang kalau mulut orang asyik nak cakap pasal kita je.. Sakit hati la macam ni. Dia fikir dia bagus sangat ke sampai boleh cop orang ni riya', takbur bagai. Macamlah dia tu malaikat sangat. Itu tak kena, ini tak kena. Habis semua benda dalam dunia ni serba tak kena depan mata dia.

ADIK : Er.. Kurang fahamlah..

(adik aku ni pun tak kurang jugak sengal dia.. haish..)

KAKAK : This one girl..my senior.. She said I am such an arrogant person..like to show off and stuff.. Apehal dengan dia ha??!

ADIK : Hoi!! Kot ye pun nak jerit..jauhlah sikit dari telefon tu..sakit telinga orang tau tak?

KAKAK : Sorry.. Tengah bengang ni.

(memang mudah naik angin betullah kakak ni.. tak de istilah 'sabar' ke dalam kamus hidup dia?)

ADIK : Spill..tapi tolonglah bagi clear sikit and tolong tambah dose sabar sikit.. Ini belum habis cerita lagi dah hangin.. Sampai bila pun takkan habis cerita tu.

KAKAK : Okla..

(tarik nafas..lepas..bismillah..)

KAKAK : Tak.. Ada seorang akak senior ni cakap kakak sombong. Puncanya hanya satu, time junior tanya satu soalan tu, dia tak dapat jawab, kebetulan kakak ada sebelah dia, kakak tolonglah terangkan sebab dah kakak faham. Then, tiba-tiba pulak keluar cerita dari mulut ahli usrah kami, yang kakak ni kurang ajar sebab tak hormat senior tu. Katanya, kakak tak minta izin pun nak tolong explain dekat budak tu.

(aku salah dengar ke? usrah?? kakak aku pergi usrah?? tahu ke dia pasal benda ni semua?)

ADIK : Sekali lagi..boleh?? I heard that you were saying something like 'ahli usrah'..but maybe salah dengar kot..

(kot ye pun nak sindiri aku, tak yah la sampai macam tu sekali. betullah aku join usrah. so kenapa??)

KAKAK : Mana ada salah. Betulla tu.. I had joined an usrah here.. Ok?? Puas hati?

ADIK : Really?? Sejak bila??

(suara adik kedengaran luar biasa bahagia..hampir separuh menjerit juga suaranya ketika itu.)

KAKAK : Tapi rasa macam dah nak keluar ni. Lepak dengan geng usrah pun kena cop kurang ajar. Dulu, tak ada pulak sesiapa nak peduli kakak kurang ajar ke tak. Anyway..nak tolong explain pun kena mintak permission ke?? Tak tahu pun. Dah tak tahu, bukan nak ajar. Ni pergi cakap belakang. Baik kakak kawan dengan minah saleh sebelah bilik tu. Tak ada pulak dia nak cakap kurang ajar.

(wo! this is wrong. mana boleh macam tu!)

ADIK : Wait! Apehal nak keluar pulak?? Kan dah okey dekat situ?

KAKAK : Tak ada yang ok. Ajar orang pasal adab.. Jangan mengumpat atau mengutuk.. Lebih baik jujur sebab Allah sayang then, what the hell is this 'kurang ajar'??



Mereka yang baru..masih perlu dibimbing dengan penuh kasih sayang. Di mana kita letakkan kasih sayang di dalam hati bagi memujuk mereka yang cuba lembutkan hati?? Rasulullah saw..sekalipun disakiti..dilukai..belum pernah baginda menge'cop' seseorang sesuka hati melainkan dengan wahyu Allah..

Kita pula..siapa nak 'cop' orang itu begini begitu??
Kita bukannya manusia yang dijamin syurga pun..kenapa sesuka hati nak 'cop' orang itu dan ini?? Bukankah Islam itu AMAN dan SELAMAT..
Bagaimana nak AMAN dan SELAMAT..kalau kita sendiri tidak wujudkan suasana itu..?




ADIK : Kakak..kakak benci senior tu sebab dia cakap kakak kurang ajar kan??

KAKAK : Em..

ADIK : Jadi, takkanlah kakak nak jauhkan diri dari ALLAH semata-mata hanya kerana seorang manusia yang lemah?

(hm?? tak paham!)

ADIK : ALLAH hantar senior tu just nak uji kakak.. Nak tengok sejauh mana kakak cuba untuk dekati DIA.. Kalau kakak bersungguh-sungguh nak dekati dia..pasti apa yang senior tu cakap takkan mempengaruhi kakak untuk meninggalkan usrah.. Dalam usrah..kita ada talk..sesi sharing stories..dan sambil-sambil tu diselitkan dengan unsur-unsur tarbiyah..yang insyaallah boleh mendekatkan diri kepada ALLAH.. ALLAH just nak tengok kakak kuat atau tak.. Percayalah cakap aku. Aku dah lebih dulu melangkah ke arah tu sebelum kakak.

KAKAK : Are you sure??

ADIK : Completely..

KAKAK : Tapi..mana tahan.. Sakit hati tau orang cop macam tu!!

ADIK : Bukak emel..

(adik melarikan jari-jemarinya laju di atas keyboard.. mengharap emel ini dapat membantu..)



Kasih, Sayang, Itu
 rahmat itu. tak semudahnya, tak juga sesukarnya. 

dulu sangat janggal dengan pengertian rahmat itu sendiri,
dahulu kala, tak pernah faham kenapa rahmat pula yg perlu diminta?
tapi suatu masa, ada yg memerhati,
ada yg ingin nasihatkan diri, 
"Kamu berdoalah pada AllahuRobbi... mintalah rahmatNya, tanpa henti. syurga hanya boleh didapati jika dapat rahmat-Nya, maka pintalah, bukan hanya meminta. abdikanlah diri, bukan hanya ucap di bibir dan berjanji."
aku terkilan. 
tak pernah ada orang menyarankan sesuatu perkara macam tu, sekali pun. 


masa tu hanya pernah memahami doa ni sahaja, 
rabbanatinafiddunyahasanahwafilakhirotihasanahwaqinaa'zabannar..

 dan selepas minta dan pinta, 

kerana inginkan syurgaNya, 

aku mula memahami erti keredhaanNya. 

tanpa redha, juga tiada syurga. 

dan tanpa redha, semuanya jadi sia-sia. 

tanpa kerelaan, tanpa kebanggaan, tanpa kegembiraan, 

maka semuanya jadi kesengsaraan. 

dan lama-lama, terdetik di hati, 

"Engkau yg sedang berusaha sungguh-sungguh sangat ni.. kenapa, in the first place? nak sangat ke syurga? maka kenapa masih berbuat dosa?"

itulah persoalan yg tak henti bermain di fikiran, 

"layakkah engkau dapat syurgaNya? sudah terhapuskah segala dosa? kalau ya, kenapa hati masih tak tenang semasa abdikan diri kepadaNya? kenapa tak boleh henti sebak di dada?"

buat itu, buat ini, 

sabar menanti, 

tapi dalam setiap langkah yg inginku cuba dekati,

pasti ada halangan. 

kemalasan. 

tengkingan. 

herdikan. 

ke-tidak peduli-an. 

dan disisihkan, semestinya. 

itu belum aku ajak mereka bersama. 
hanya aku bermula sendirian sahaja. 


jadi diri mula mencari, mencari jawapan untuk menenagkan hati, 

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

dah ingat.

mana tenangnya?

dan sebut, 

mana bahagiannya?

jahilnya aku waktu tu, Dia sahaja yg tahu. 


jadi aku bangkit dan cuba menaip apa yg mampu.
cuba menekan tetikus itu walaupun dalam keadaan buntu. 

jumpa ini, jumpa itu, 

alhamdulillah,

dengan izin yg Maha Tahu, aku juga dapat 'tahu'. 


dengan izin yg Maha Pengasih, aku juga dapat 'kasih'. 


dengan izin yg Maha Pemberi, aku juga dapat hidayah. 


bukan nak bangga atau cakap aku jadi baik-baik sahaja, 


tapi nak kata dengan bangganya, aku ada Dia sentiasa bersama

aku ada Dia menyaksikan hati yg masih mencuba untuk disucikan,

aku ada Dia yg sentiasa mendengar segala rintihan, 

aku ada Dia, yg sentiasa buatku diasyikkan. 


dan sejak aku dapat tahu, 

aku tidak kisah kalau mereka tak tahu hijrahku yg itu

kerana yg penting Allah sahaja tahu. 

yg penting, kena ada hala tuju, matlamat yg satu. 

dan paling penting, kena harapkan hanya pada Dia, yg Satu. 


jadi aku rindukan pertemuan itu, suatu masa dahulu.

aku rindu, nak mati dulu.

haha, rasa macam bodoh je kan?

sedangkan, dengan 'hidup' itulah cara kita mendapat kematian,

jadi kenapa mahu mati dahulu? sedang semasa hidup kita perlu tahu, 

semua MILIKNya, yg Maha Berkuasa.

Innasolatiwanusukiwamahyayawamamatilillahirobbila'lamiin..


ibadahku, hidupku, matiku, kerana Allah Ta'ala.

jadi aku mula 'hidup' dgn kehidupan yg baru, 

aku mula bangkit dan buka mata & hati selalu. 

aku mula memerhatikan lakaran Dia yg lagi tahu, 

aku mula jiwai dengan ayat-ayat suci, 

aku mula lunakkan diri dengan kesepian ini, 


aku mula amalkan 'alhamdulillah', bukan hanya 'tahu' 




jadi sekarang boleh kau saksikan, 
sebenarnya Dia sayang dekat aku?

boleh kau bicarakan, 
sejujurnya Dia lagi tahu apa yg terbaik untukku?

boleh kau izinkan, 
seeloknya, Dia mengisi ruang hatiku?

boleh kau benarkan, 
seikhlasnya, Dia pasti akan membahagiakan, menenangkan, memelihara aku? 

boleh kau peringatkan
selalu, Dia setiap masa 'ada' di depan, di belakang, di sisi, dekat bersamaku? 


 [+] ditulis oleh seorang sahabat ana yang menulis di sini : http://sshhhhh.blogspot.com/ .. er.. ana amek separuh sahaja.. separuh lagi boleh baca di blog tuan punya karya sendiri.. :) 

Posted in | Leave a comment

Sekiranya Anda Diberi Peluang Untuk.....

Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama ana nak buat satu benda ni.. Just..banyak sangat benda sampaikan ana tak sempat nak buat aya ana teringin sangat nak buat tu.. Hehehe..

Sebenarnya..ana nak tanya..

IF U R GIVEN THIS ONE LAST CHANCE.. 
WHAT WILL BE UR ONE LAST QUESTION FOR ME??

Kalau tak kisahlah..boleh beri soalan anda?? Boleh tekan komen di bawah post ni dan terus tanye THAT ONE LAST QUESTION.. :) 

Just wanna know.. :) 

8 Comments

To think back those few days..

Sakit rasanya.. Sudah.. Aku benar-benar sudah jauh.. Sudah jauh dari landasan yang ingin aku lalui..tersasar dari destinasi yang aku tujui..

Moga Allah beri aku peluang lagi..

Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.