Matikan Aku Sebagai Masa Silammu



Aku tidak hidup dalam kenangan
Aku hanya hidup dalam masa silam..

Untuk kamu..
Biar aku hidup dalam masa silammu
Dan bukan sebagai kenanganmu..

Kerana..
Hidup sebagai kenangan..
Aku ternyata lebih menyakitkan..

Kamu berhak miliki setiap kebahagiaan di dunia..
Kamu insan baik yang tidak pernah aku sesali perkenalannya..
Kamu manusia yang tidak ingin aku kecewakan sepanjang hayatku..

Pernahkah kamu terfikir..
Mengapa aku benci untuk bergambar?
Kerana hidupku tidak ingin di dalam kenangan sebenarnya..

Aku tidak mahu kamu kenal siapa di sebalik pakaian-pakaian itu..
Aku tidak mahu kamu ingat siapa di sebalik wajah itu..
Aku tidak mahu kamu sakit saat sedar aku di sebalik wajah itu..di sebalik pakaian-pakaian itu..

Aku cuba..
Dan aku yakin..
Aku pasti gagal..

Biar masa silam tenggelam ditelan arus masa..
Biar wajah itu hanyut entah ke mana..
Biar sakit itu bukan kamu yang rasa..

Sakit..aku tahu kamu sakit..
Walau aku tak tahu sakit apakah kamu..

Aku yakin..
Aku tidak membantu meredakan kesakitan itu..
Malah..menambah-nambah rasa sakit yang memeritkan itu..

Bahagia ini milik kamu..
Milik kamu semua ini..
Kamu lebih berhak..

Matikan aku sebagai masa silammu..
Kerana aku tak sanggup hidup sebagai kenanganmu..

MimiJazman
29062012


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Matikan Aku Sebagai Masa Silammu

Rizal Sadiman said...

A very good writing mimi..really love it. maybe u can do the same to support my campaign ? http://igossiprizal.blogspot.com/2012/06/jom-berkempen-hentikan-penderaan.html Lets speak for the animal!

Mimi Jazman said...

Rizal Sadiman ...
terima kasih.. ^^
insyaallah.. :)

mohamad zaki said...

Assalamualaikum kak. Apa maksud puisi di atas?

Mimi Jazman said...

mohamad zaki ...
Waalaikumussalam warahmatullah..
kak tulis utk kwan kak..

hehe.. nak bg tau dekat sini, macam x sesuai ja.. nnt la kita sembang lain.. lepas spm..insyaallah.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.