Jom Berkempen HENTIKAN PENDERAAN BINATANG! versi Mimi Jazman

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud,

“Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya. (Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.” Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?” Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” 

(Hadis riwayat Muslim)


Cube tengok gambar-gambar ni..comel kan??









Comel kan??? Em.. Ana pun suka sangat tengok haiwan-haiwan comel kat atas tu.. :) 

But..ade je hamba Allah yang masih tidak faham..atau masih kurang hati dan perasaan..melakukan perkara-perkara seperti yang di bawah.. 




“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.”

(Hadith riwayat Bukhari.)

Walaupun mereka ini tidak mempunyai akal seperti mana yang telah dianugerahkan kepada manusia..itu tidak bermakna mereka tidak punya perasaan.. 

Just think..kalau kita di tempat mereka..bagaimana?? 

Sanggup tengok ahli keluarga atau kawan-kawan kita jadi macam ni?? 

No kan??

Jadi..belajarlah berkasih sayang sekalipun terhadap binatang.. 

[+] tanda sokongan terhadap : 


boleh klik sini.. dan join kami dalam memberikan kesedaran terhadap orang ramai betapa penderaan binatang ini sebenarnya sangatlah kejam dan dilarang di dalam Islam.. ^^ 








Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Jom Berkempen HENTIKAN PENDERAAN BINATANG! versi Mimi Jazman

Rizal Sadiman said...

Salam..Thank you so much! Sama2 kita sedarkan org ramai sbb ramai yg pndang enteng ttg mslh ni

Mimi Jazman said...

Rizal Sadiman ...
:) insyaallah..

mohamad zaki said...

Assalamualaikum kak. Semoga ALLAH terima sebagai amal yang salih dengan membantu membuat kempen ni.

Mimi Jazman said...

mohamad zaki ...
amin... :)

p/s : bila pak ki start komen kt sini pulak ni?? ^-^

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.