Akhirnya...bertemu juga kita..

Bismillah.. 

Media_http24mediatumb_fetjx

 

I have this one man in my mind.. Yes.. I admit it.. 

Setelah sekian lama menatap wajahnya..timbul rasa di hati untuk bertemu.. Mendengar sendiri kata-katanya.. Merasakan sendiri kehadirannya.. 

Namun..terjadinya sebuah kisah..menyebabkan rasa itu pupus dan luput.. "Dengar kata..dia tu......" "Orang cerita..dia ni........" 

Pelbagai cerita yang ana dengar tentang dia dan ana jadi ragu-ragu dengan kesetiaan dia..

Kemudian..ana diajak oleh seseorang untuk merenung pada gayanya di luar.. Tidak sama seperti yang ana lihat secara kebiasaan.. Tetapi..entah mengapa..hati berasa kurang senang padahal itu bukan kali pertama ana melihat dia begitu..

Mungkin kerana ada orang yang membisikkan kata-kata ragu ke dalam hati..jadi..ana terikut-ikut sama berasa ragu.. 

Media_http25mediatumb_thjoa

Apabila Baba beritahu yang kami bakal dibawa untuk bertemu dengan lelaki ini.. Ana rasa seperti mahu beritahu Baba.."Baba,I would like to refuse the invitation." 

Tetapi..tiada kata yang terkeluar dari bibir.. Ana beritahu pada sahabat ana..

Katanya, "Tak apalah. Pergilah jumpa dia. Mungkin dengan perjumpaan ini dapat menyelesaikan kekusutan anti tu. Tengok dia macam mana." 

Maka..ana relakan hati untuk pergi bertemu dengannya.. Pada mulanya..tiada langsung rasa di hati.. Tiada rasa seronook atau teruja tetapi sebaliknya..ana tak rasa apa-apa.. 

Tetapi sebaik sahaja tiba di sana, apabila ada seseorang hadir memberitahu bahawa dia sudah ada di situ.. Hati terasa sedikit teruja..

Dan..apabila dia duduk..bergurau-senda dan berbicara..hati terasa tenang dan damai.. Mungkin kerana butir bicaranya itu yang indah atau mungkin kerana kelebihan hadiah Ilahi buatnya..

Entahlah.. Ana tak tahu.. 

Namun begitu..kelembutan dalam butir bicaranya itu buat ana tersentuh sehingga akhirnya..ana menitiskan air mata apabila dia membacakan doa..

Alhamdulillah.. Pertemuan petang itu tidak berlalu dengan sia-sia.. 

Ana mendapat satu pengajaran.. 

Sebenarnya..bukanlah hak kita nak menilai tahap iman seseorang.. Orang yang sudah terkenal memang bakal diuji kerana mereka sendiri bukanlah Nabi Muhammad saw yang maksum.. Mereka hanya insan biasa yang terkadang itu terkena tempias duniawi..

Ada yang memfitnah..ada yang memuja.. Kedua-duanya adalah dugaan buat mereka.. Namun begitu..bukan hak kita untuk menilai mereka.. Siapa mereka di sebalik tabir itu tidaklah begitu penting..namun apa yang mereka sampaikan itu cukup bermakna untuk diambil pengajaran..

Kata seorang sahabat ana.."Biarlah Allah yang menilai mereka kerana yang menguji itu adalah Dia.." 

Dan pada ana sendiri..biarlah masa menentukan segalanya.. Selagi apa yang dia sampaikan itu tidak bercanggah dengan syariah..ana terima.. Dan sekiranya satu hari nanti..dia juga bakal belot (nauzubillah minzalik)..ana akan menolak..

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah lelaki ini.. Alhamdulillah..petang itu..ana dapat bergambar bersama-sama keluarga ana dan juga dia..

 

Media_httpiytimgcomvi_cumjs

Kenal tak?? 

Er.. Kalau versi ni maybe tak clear sikit.. 

Kalau gambar ni..mungkin clear.. 

Media_httpa5sphotosak_apjcb

So..dah kenal kan?? 

Hehehe.. 

Alhamdulillah.. 

Ana tak ingat berapa hari bulan..but yes..atok sedara ana ajak kami sekeluarga ke majlis hi-tea bersama Ustaz Don.. 

Memang best dapat dengar ceramah dari dia yang bertajuk 'Keseimbangan Dunia dan Akhirat'. 

Daripada dia..ana dapat tahu tentang kisah seorang sahabat nabi yang bernama Qatadah yang telah meletakkan kepalanya sebagai pelindung Nabi Muhammad saw daripada terkena anak panah kafir quraisy.. Ana juga terkesan dengan pesanan Ustaz Don yang meminta kami semua..seisi dewan tu menyebarkan salam seperti mana yang Rasulullah saw ajarkan pada kita.. Kata beliau.."Sebarkan salam..tanda berkasih sayang." 

Ini semua ada dalam hadis..tapi ana tak pernah terkesan pun dan alhamdulillah..mendengarkan ceramah beliau dengan disertai dua orang artis jemputan (Nabil dan Angah Raja Lawak)..ana rasa ana patut berubah.. (Belajar bagi salam pada orang)

 

 

 

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Akhirnya...bertemu juga kita..

aliyah takiuddin said...

:) Ingat ana ?

Annur Izz said...

huhu..waaaaa...ustaz don rupanya... ustz don memang super... pandai tarikh jiwa remaja dengan penyampaian yang lembut...^^,..datang kuis bleh jumpa ustaz don lagi..hehe

Mimi Jazman said...

aliyah takiuddin ...
mestilah egt.. :)

Annur Izz ...
kak wana selalu jumpa dia ka??

hanya hamba Allah.. said...

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut."
(Surah al-Hujurat 49: Ayat 6)

Mimi Jazman said...

hanya hamba Allah ...
terima kasih atas peringatannya.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.