Archive for June 2012

Jom Berkempen HENTIKAN PENDERAAN BINATANG! versi Mimi Jazman

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud,

“Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya. (Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.” Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?” Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” 

(Hadis riwayat Muslim)


Cube tengok gambar-gambar ni..comel kan??









Comel kan??? Em.. Ana pun suka sangat tengok haiwan-haiwan comel kat atas tu.. :) 

But..ade je hamba Allah yang masih tidak faham..atau masih kurang hati dan perasaan..melakukan perkara-perkara seperti yang di bawah.. 




“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.”

(Hadith riwayat Bukhari.)

Walaupun mereka ini tidak mempunyai akal seperti mana yang telah dianugerahkan kepada manusia..itu tidak bermakna mereka tidak punya perasaan.. 

Just think..kalau kita di tempat mereka..bagaimana?? 

Sanggup tengok ahli keluarga atau kawan-kawan kita jadi macam ni?? 

No kan??

Jadi..belajarlah berkasih sayang sekalipun terhadap binatang.. 

[+] tanda sokongan terhadap : 


boleh klik sini.. dan join kami dalam memberikan kesedaran terhadap orang ramai betapa penderaan binatang ini sebenarnya sangatlah kejam dan dilarang di dalam Islam.. ^^ 








4 Comments

Matikan Aku Sebagai Masa Silammu



Aku tidak hidup dalam kenangan
Aku hanya hidup dalam masa silam..

Untuk kamu..
Biar aku hidup dalam masa silammu
Dan bukan sebagai kenanganmu..

Kerana..
Hidup sebagai kenangan..
Aku ternyata lebih menyakitkan..

Kamu berhak miliki setiap kebahagiaan di dunia..
Kamu insan baik yang tidak pernah aku sesali perkenalannya..
Kamu manusia yang tidak ingin aku kecewakan sepanjang hayatku..

Pernahkah kamu terfikir..
Mengapa aku benci untuk bergambar?
Kerana hidupku tidak ingin di dalam kenangan sebenarnya..

Aku tidak mahu kamu kenal siapa di sebalik pakaian-pakaian itu..
Aku tidak mahu kamu ingat siapa di sebalik wajah itu..
Aku tidak mahu kamu sakit saat sedar aku di sebalik wajah itu..di sebalik pakaian-pakaian itu..

Aku cuba..
Dan aku yakin..
Aku pasti gagal..

Biar masa silam tenggelam ditelan arus masa..
Biar wajah itu hanyut entah ke mana..
Biar sakit itu bukan kamu yang rasa..

Sakit..aku tahu kamu sakit..
Walau aku tak tahu sakit apakah kamu..

Aku yakin..
Aku tidak membantu meredakan kesakitan itu..
Malah..menambah-nambah rasa sakit yang memeritkan itu..

Bahagia ini milik kamu..
Milik kamu semua ini..
Kamu lebih berhak..

Matikan aku sebagai masa silammu..
Kerana aku tak sanggup hidup sebagai kenanganmu..

MimiJazman
29062012


4 Comments

I'm not Taking Your Friends!!

Assalamualaikum..

Ana tak pernah berniat nak ambil kawan sesiapa.. Ana rasa gembira dapat berkawan dengan semua dan ana sangat sayangkan kawan-kawan ana sekarang.. The world shines for me..

Dengan adanya kawan-kawan baru..ana sangat suka ke sekolah dan ana langsung tidak takut untuk ke sekolah.. Ana rasa occupied and happy..

Dan..ana tak tahu pun yang ana akan buatkan anti rasa macam tu.. Sebab anti pun salah seorang dari mereka..

Ana minta maaf sekiranya ana telah merampas sesuatu yang merupakan milik anti..
Ana tak pernah berniat pun..

Ana ingat ukhuwah kita ni bukanlah sekadar menanam harapan dan impian untuk mencapai cita-cita akademik..tetapi sebaliknya..ia membawa makna yang jauh lebih baik dari itu..

This is ain't a journey to achieve a better result in exams..
This is a journey to transform into a better me..

Ana ingat..dengan berkawan dengan anti dan kawan-kawan yang lain..akan kekalkan ingatan ana pada Dia..dan ana tak tahu pula..sesuatu seperti ini akan terjadi..

Because you're one of my friends..
You're one of them..
I just love you as much as them..

I'm Not Taking Your Friends!! Never!!

Please..come back.. Smile and shine just the way you used to be.. I miss you and I want you to be back..! We want you to be back..!!

Leave a comment

"Di Mana Kamu Letakkan Keyakinan Kamu?"

Assalamualaikum..

(updating and wearing spectacles..critical..)

Semalam..hari Jumaat.. Kak Afifah dan Kak Khalida datang ke SHAMS.. Dyeorg berdua ni sebenarnya ex SHAMS tahun lepas.. Walaupun ana tak pernah bercakap dengan dyeorg sebelum ni..tapi..pertemuan kali pertama ini..tak langsung menjadikan ana kekok untuk tersenyum.. :)



Kak Afifah dan Kak Khalida juga adalah bekas EXCO BADAR jadi dyeorg pun turut melawat BADAR sekali sebab dah tiba masanya..BADAR 2011/2012 beralih puncak kepimpinan yang baru..

Dalam masa yang sama..ana pun sedang mengalami konflik dalaman.. Yela.. Baru lepas dapat result exam.. Masa dirasakan semakin suntuk dan ana rasa macam dah tak nak buat kerja-kerja lain selain mengadap buku.. (Inilah akibatnya tak belajar sungguh-sungguh time form 4..)



Dan semasa dalam perjumpaan di bilik BADAR bersama Kak Afifah dan Kak Khalida..Kak Afifah ada sebut..

Masa dia SPM dulu..ada ketikanya..dia terpaksa memilih antara LIQA' BADAR (meeting) atau KELAS TAMBAHAN ADD MATHS.. Konflik punya konflik..akhirnya..Kak Afifah memilih untuk menghadiri LIQA' BADAR..sebab katanya..ADD MATHS tu nanti boleh belajar dengan kawan-kawan.. Dan..kehadiran dia ke LIQA' juga sangat penting sebenarnya..(sebab dia naib presiden BADAR)



Then..Kak Afifah keluarkan satu ayat ni (ana tak ingat sangat ayat sebenarnya tapi lebih kurang macam ni la ayat tu..)..

Masa memang terasa sangat singkat sebenarnya.. Tapi..ia bergantung pada kita.. Jadikan satu jam untuk mengulangkaji itu cukup lama.. Sementara tiga jam di dalam kelas itu cukup pendek.. Berharaplah pada Allah.. Yakinlah pada Allah.. Masa tu milik Allah.. Minta pada Allah agar masa kita cukup.. Itulah yang dinamakan keyakinan.. Yakin yang Allah itu berkuasa untuk mencukupkan masa kita.. Jadi..sebenarnya..di mana kamu meletakkan keyakinan kamu??

Barulah ana tahu apa rahsia kejayaan STRAIGHT 11A(s) Kak Afifah.. She believe in HIM..and also in the same time..trying all the best she could ever done.. 

Bila difiikirkan balik.. Betul cakap Kak Afifah..

Masa tu milik Allah.. 
Mintalah pada Allah..
Yang sikit tu dipanjangkan..yang panjang tu disikitkan.. 
Kan Allah Maha Berkuasa?? 
Dan aku kan..seorang muslim..beriman padaNya..
Pastilah aku kena yakin pada kuasaNya yang tiada bandingan.. 




Selamat berkongsi.. ^^

Posted in , , , | 5 Comments

Johor Premium OutletsBeautiful

Beautiful Tasbih



Beautiful Tasbih 2 
Brooks Brothers 

Esprit

Johor Premium Outlets

Vincci

Vincci


G2000



Coach

Michael Kors

Burberry

Flow

Coach

Model : MimiMiaJazman
Products : Longchamp
^^

[Dengan Izin]
Some of my 'captured'..
ENJOY !!

at Johor Premium Outlets..
the photos are edited and captured by me..MimiJazman..

tell me your suggestions by posting some comments.. :)

Posted in , | 8 Comments

Untitled

Pernah tak rasa uninvited?? 

I am.. :( 

4 Comments

Akhirnya...bertemu juga kita..

Bismillah.. 

Media_http24mediatumb_fetjx

 

I have this one man in my mind.. Yes.. I admit it.. 

Setelah sekian lama menatap wajahnya..timbul rasa di hati untuk bertemu.. Mendengar sendiri kata-katanya.. Merasakan sendiri kehadirannya.. 

Namun..terjadinya sebuah kisah..menyebabkan rasa itu pupus dan luput.. "Dengar kata..dia tu......" "Orang cerita..dia ni........" 

Pelbagai cerita yang ana dengar tentang dia dan ana jadi ragu-ragu dengan kesetiaan dia..

Kemudian..ana diajak oleh seseorang untuk merenung pada gayanya di luar.. Tidak sama seperti yang ana lihat secara kebiasaan.. Tetapi..entah mengapa..hati berasa kurang senang padahal itu bukan kali pertama ana melihat dia begitu..

Mungkin kerana ada orang yang membisikkan kata-kata ragu ke dalam hati..jadi..ana terikut-ikut sama berasa ragu.. 

Media_http25mediatumb_thjoa

Apabila Baba beritahu yang kami bakal dibawa untuk bertemu dengan lelaki ini.. Ana rasa seperti mahu beritahu Baba.."Baba,I would like to refuse the invitation." 

Tetapi..tiada kata yang terkeluar dari bibir.. Ana beritahu pada sahabat ana..

Katanya, "Tak apalah. Pergilah jumpa dia. Mungkin dengan perjumpaan ini dapat menyelesaikan kekusutan anti tu. Tengok dia macam mana." 

Maka..ana relakan hati untuk pergi bertemu dengannya.. Pada mulanya..tiada langsung rasa di hati.. Tiada rasa seronook atau teruja tetapi sebaliknya..ana tak rasa apa-apa.. 

Tetapi sebaik sahaja tiba di sana, apabila ada seseorang hadir memberitahu bahawa dia sudah ada di situ.. Hati terasa sedikit teruja..

Dan..apabila dia duduk..bergurau-senda dan berbicara..hati terasa tenang dan damai.. Mungkin kerana butir bicaranya itu yang indah atau mungkin kerana kelebihan hadiah Ilahi buatnya..

Entahlah.. Ana tak tahu.. 

Namun begitu..kelembutan dalam butir bicaranya itu buat ana tersentuh sehingga akhirnya..ana menitiskan air mata apabila dia membacakan doa..

Alhamdulillah.. Pertemuan petang itu tidak berlalu dengan sia-sia.. 

Ana mendapat satu pengajaran.. 

Sebenarnya..bukanlah hak kita nak menilai tahap iman seseorang.. Orang yang sudah terkenal memang bakal diuji kerana mereka sendiri bukanlah Nabi Muhammad saw yang maksum.. Mereka hanya insan biasa yang terkadang itu terkena tempias duniawi..

Ada yang memfitnah..ada yang memuja.. Kedua-duanya adalah dugaan buat mereka.. Namun begitu..bukan hak kita untuk menilai mereka.. Siapa mereka di sebalik tabir itu tidaklah begitu penting..namun apa yang mereka sampaikan itu cukup bermakna untuk diambil pengajaran..

Kata seorang sahabat ana.."Biarlah Allah yang menilai mereka kerana yang menguji itu adalah Dia.." 

Dan pada ana sendiri..biarlah masa menentukan segalanya.. Selagi apa yang dia sampaikan itu tidak bercanggah dengan syariah..ana terima.. Dan sekiranya satu hari nanti..dia juga bakal belot (nauzubillah minzalik)..ana akan menolak..

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah lelaki ini.. Alhamdulillah..petang itu..ana dapat bergambar bersama-sama keluarga ana dan juga dia..

 

Media_httpiytimgcomvi_cumjs

Kenal tak?? 

Er.. Kalau versi ni maybe tak clear sikit.. 

Kalau gambar ni..mungkin clear.. 

Media_httpa5sphotosak_apjcb

So..dah kenal kan?? 

Hehehe.. 

Alhamdulillah.. 

Ana tak ingat berapa hari bulan..but yes..atok sedara ana ajak kami sekeluarga ke majlis hi-tea bersama Ustaz Don.. 

Memang best dapat dengar ceramah dari dia yang bertajuk 'Keseimbangan Dunia dan Akhirat'. 

Daripada dia..ana dapat tahu tentang kisah seorang sahabat nabi yang bernama Qatadah yang telah meletakkan kepalanya sebagai pelindung Nabi Muhammad saw daripada terkena anak panah kafir quraisy.. Ana juga terkesan dengan pesanan Ustaz Don yang meminta kami semua..seisi dewan tu menyebarkan salam seperti mana yang Rasulullah saw ajarkan pada kita.. Kata beliau.."Sebarkan salam..tanda berkasih sayang." 

Ini semua ada dalam hadis..tapi ana tak pernah terkesan pun dan alhamdulillah..mendengarkan ceramah beliau dengan disertai dua orang artis jemputan (Nabil dan Angah Raja Lawak)..ana rasa ana patut berubah.. (Belajar bagi salam pada orang)

 

 

 

5 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.