Save Me from Myself



Dah lama tak diberi peluang untuk memilih.. 
Memilih mana yang lebih aku suka..

Dan..apabila didesak untuk menyukai sesuatu yang dibenci..
Dan..membenci sesuatu yang disukai.. 

Harus bagaimana aku sembunyikan rasa di jiwa?? 

Atau ini sekadar tanda..hatiku yang semakin gelap??
Dek kerana terlalu memikirkan peperiksaan..aku tinggalkan Dia.. 

Lagu-lagu Inggeris yang tidak membawa faedah kembali diputarkan.. 
Lagu-lagu nasyid tidak lagi aku layan.. 

Solat laju..
Tangan tidak ditadahkan.. 
Kononnya..terlalu sibuk dengan urusan dunia.. 

Makin lama..
Terasa semakin hanyut dibawa perasaan.. 

Sudah tiba masanya aku kembali.. 
Kembali memperbaiki diri.. 

Jihad ini bukan sekadar berjihad dalam mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan.. 
Tetapi juga jihad melawan nafsu yang asyik sangat memikirkan peperiksaan.. 

Hidup tidak memberi kita pilihan tetapi kita masih perlu buat pilihan.. 
Itu hakikat yang perlu diterima bukan dipertikai.. 

Terimalah apa yang telah diaturkan untukmu.. 



Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Save Me from Myself

ಠ_ಠ said...

hmm.. semoga berjaya mimi, dalam SPM(sijilpadangmahsyar) dan SPM dkt dunia ni.. :) jgn tension sgt yeh psl xm2 ni.. org beriman pasti berjaya dalam exam 'dunia' juga kan? jd percayalah, Allah akan bg kejayaan tu klu sungguh2 <3 pasti akan bgi berjaya pada yg percaya! ^^ minta doa byk2, jgn lupa solat hajat mcm nti wat dlu2.. ;>

Mimi Jazman said...

org beriman pasti berjaya..
dan..ana tertanya pulak..
ana mungkin seorang muslim tapi bab beriman tu??
allahuakbar!!

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.