Laporan AIMEEN 12..



Assalamualaikum.. Di sini ada sedikit laporan tentang Hari Guru SMKA SHAMS ataupun lebih dikenali sebagai AIMEEN 12 (AIDUL MUALIMEEN)..

Sebab ana salah seorang AJK (tolong buat risalah je pun)..jadi..ana rasa macam seronok jugaklah nak share tentang sambutan AIMEEN ni..

Pagi-pagi lagi, rehearsal dibuat di dewan.. Semuanya melibatkan pelajar tingkatan 5 sahaja..

Pukul 10.30 pagi..para guru dan para pelajar mula memenuhi ruangan dewan.. Para guru memasuki dewan menggunakan laluan tengah yang telah dihiasi dengan karpet merah dengan diiringi oleh para Ketua Pelajar muslimat.. (i'm one of them.. yg paling depan sekali pulak tu.. ^^ )

Majlis dimulakan dengan ucapan demi ucapan.. Nyanyian guru and all la.. Asalnya..kami semua nak dengar ucapan dari TPM secara siaran langsung dari PERAK..tapi..dekat radio tak de pun.. Maka..kami semua agak bersenang hati sebab kalau ucapan ni mesti semua nanti menguap je.. Hee.. ^^

Gimik dimulakan sebaik sahaja Bonda iaitu Tuan Pengetua Cemerlang kami merasmikan majlis..

Sebuah banner yang tertulis perkataan MAHAGURU ditarik..dan banner yang tertulis perkataan AIMEEN 12 muncul di sebalik perkataan MAHAGURU tadi..
Ini menunjukkan kepada semua warga SMKA SHAMS..batch form5 2012 telah membuat satu perubahan besar pada nama tradisi sambutan hari guru di SMKA SHAMS selama ini..iaitu MAHAGURU.. Dan mulai tahun ini dan INSHAALLAH sehingga tahun-tahun yang akan datang..sambutan AIMEEN akan dikekalkan namanya..

Selepas Bonda menarik banner tersebut..seorang pelajar lelaki tingkatan 5 naik ke pentas dengan diiringi oleh dua orang pelajar lelaki lain.. Di tangan pelajar lelaki tersebut adalah sebuah kotak berisi kek yang akan dipotong oleh Bonda sebagai tanda perasmian.. Wajah pelajar lelaki tersebut kelihatan begitu bangga sekali kerana telah diberi penghormatan sedemikian.. Namun..segalanya menjadi kejadian tragis apabila pelajar lelaki tersebut, jatuh bersama dengan kek yang dibawa.. (Memang memalukan betullah budak-budak ni..)

Suasana panik memenuhi dewan.. Dewan mulai sunyi.. Cikgu Fatimah yang berada berhampiran pentas kelihatan agak panik dan cuba membantu pelajar lelaki yang terjatuh tersebut.. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang lain menimbulkan kekecohan dengan menjerit.."APAHAL DENGAN KAU??" Nadanya agak keras dan mengancam..

Pelajar lelaki yang terjatuh cuba membela diri dan hampir bangun untuk bergaduh.. Bonda pun kelihatan agak panik.. Namun..belum sempat apa-apa berlaku, bunyi siren memenuhi dewan.. Suara seorang pelajar lelaki kedengaran melalui corong speaker.."Beri laluan..beri laluan..!"

Kemudian..pintu dewan dibuka dan empat orang pelajar lelaki masuk ke dalam dewan dengan berpakaian merah dan sedia mengambil tempat di hadapan Bonda..

Kemudian..HERO OF THE DAY..Ketua Umum Asrama melangkah masuk ke dalam dewan dengan berkemeja putih dan berseluar slack hitam serta berblazer dan di tangannya, terdapat pulut kuning sebenar yang sepatutnya dipotong oleh Bonda sebagai tanda perasmian..

Beliau melangkah dengan penuh gaya ke pentas dengan diiringi oleh empat orang pelajar lelaki (macam bodyguard aje gayenye..) yang turut berkemeja putih dan berseluar slack hitam.. Pulut kuning di tangan diletakkan di atas troli dan disorong ke hadapan Bonda dan empat orang ahli pentadbiran tinggi sekolah..



Haha!! Actually..itu semua hanyalah gimik..! Lakonan tu memang betul-betul menjadi dan menyebabkan hampir semua orang berpuas hati (tambahan lagi yang asyik sangat dok buat benda tu)..

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan agak lancar.. Pelajar tingkatan 5 mempersembahkan sebuah sajak buat guru-guru dan mereka telah menghadiahkan setiap guru CUP-PULUT KUNING.. So sweet.. ^^ Ada guru yang menyuap kembali pulut kuning tu pada pelajar yang telah menghadiahkannya..

^^



The day went beautifully..Alhamdulillah..

Persembahan dari pelajar-pelajar form lain pun sangat-sangatlah bagus.. Especially form 3 dan form 2.. Sangat best!!

INSHAALLAH.. Kalau video gimik tu dah ada dekat FB..ana post dekat sini sekali..

P/S : Share la pengalaman sambutan hari guru antum pulak.. Boleh tukar-tukar idea.. Manalah tahu nanti-nanti antum pulak yang jadi AJK-AJK sambutan hari guru.. :)

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Laporan AIMEEN 12..

kami mgnz said...

best lah mie punya sambutan dkt sekolah...gie punya semua ckgu yg handle..pelajar tengok ja..haha.

Mimi Jazman said...

kami mgnz ...
kami berbulan-bulan kot prepare utk buat satu majlis ni.. huh.. lega dah habeh..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.