Communication Skills

Media_http24mediatumb_cgdnq

 

I never know these skills are so important..

Baru balik dari sekolah.. Tadi..ada sedikit ceramah tentang COMMUNICATION SKILLS di sekolah.. Yela.. Untuk kami semua mengurangkan sedikit tekanan selepas berhari-hari berulang-alik ke sekolah..

Memang best.. Never had been in such a talk..

Tak tau pun yang selama ni..penampilan dan gaya tu sebenarnya memainkan peranan yang cukup besar..

Sebuah fakta..

Seorang pelajar berkelulusan hebat..SPMnya cemerlang..dihalau balik oleh penemuduga hanya kerana dia berpakaian selekeh..

For girls..

Siapa kata apa yang anda pakai itu tidak mempengaruhi keadaan sekeliling.. Semua pada diri anda melambangkan peribadi anda..

Penceramah tadi sangat best.. Alhamdulillah.. Banyak input yang ana dapat..

Bercakap..perlu dengar sebutan yang jelas..pastikan ada nada naik dan turun.. 

Pakaian..perlu ikut kesesuaian..

Berjalan..perlu tegak dan berkeyakinan.. Kaki jangan seret-seret.. Kasut bertumit setengah inci akan sangat membantu.. 

Dan..ana tak tahu pun ada bidang pengajian macam tu di universiti..

Dan..ana sangat berminat dengan bidang ni.. Pembentukan peribadi.. Pengembangan kemahiran bersosial dan sebagainya..

Sebenarnya..Baba sendiri adalah seorang trainer.. Jadi..apa yang ana dengar tu bukanlah kali pertama cuma..cara penyampaiannya begitu berbeza dan ana jadi semakin faham dengan bidang tugas Baba.. 

Every trainer..know it how.. 

Media_http24mediatumb_hqsbe

 

 

Baba sangat melarang kami adik-beradik dari berjalan seret-seret kaki.. Dan..Baba sendiri sangat suka beli kasut yang ada sedikit tumit untuk ana..katanya.."Biar betul sikit cara jalan tu." Ana ingat itu hanya protokol yang Baba cipta untuk kami sekeluarga but the truth is..IT IS A BIG PROTOCOL..in real life.. 

Mama sendiri seorang yang sangat mengambil berat dengan pemakaian kami.. Katanya orang yang bertudung bidang besar macam ana perlu sentiasa kelihatan kemas so that orang tak pandang rendah.. Mama tak boleh tengok ana pakai baju dengan tudung..tak match.. Katanya selekeh.. Bagi Mama..it is just very important about what you wear..and how you look..

Rasulullah saw tidak membenarkan sesiapa dari umatnya untuk berpakaian selekeh.. Rasulullah sendiri seorang yang sangat mementingkan kekemasan dan kebersihan.. Baginda sentiasa menguruskan janggut dan rambut baginda dengan baik.. 

 

Media_httpi690photobu_ffegx

Sebuah hadis Nabi Muhammad (SAW) riwayat Abu Daud dimana Baginda (SAW) bersabda kepada para sahabatnya berbunyi:
إِنَّكُمْ قَادِمُوْنَ عَلَى إِخْوَانِكُمْ فَأَصْلِحُوْا رِحَالَكُمْ وَأَصْلِحُوْا لِبَاسَكُمْ حَتَّى تَكُوْنُوْا كَأَنَّكُمْ شَامَةٌ فِي النَّاسِ فَإِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ الْفَحْشَ وَلاَ التَّفَحُّشَ

Maksudnya:
“Kamu akan berjumpa dengan sahabat-sahabat kamu maka perkemaskan peralatan dan pakaian kamu sehingga kamu dikenali dikalangan orang ramai. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada perkataan dan perbuatan yang keji dan keterlaluan”
See?? 
Sangatlah penting sebenarnya untuk kita menjaga kebersihan.. Allah sendiri sangat menyintai orang-orang yang menjaga kebersihan.. Ini samalah seperti kita menjaga maruah diri dan agama.. 
Orang Islam akan mudah dipandang rendah dengan kemampuan keterampilan yang rendah..
Namun..ini sama sekali tidak bermakna kita perlu atau boleh bermegah-megah (tabarruj).. Ianya tetap haram..
Untuk mencapai pemakaian terbaik seorang muslim..seseorang itu mestilah berpakaian kemas dan tidak terlalu menonjol.. Dan untuk para muslimat khususnya..kod pemakaian RASMI dan FORMAL antarabangsa juga ada menyatakan bahawa anda tidak sesuai menggayakan perhiasan yang berlebihan sebaliknya..sebarang perhiasan haruslah diminimakan..termasuklah make-ups..
Terasa terlebih panjang pulak entri kali ini.. Apa-apa pun..harap entri ini dapat memberi manfaat kepada semua.. ^^  

 

Media_http24mediatumb_ssyic

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Communication Skills

Anonymous said...

:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

betul tu..cara berpakaian mencerminkan peribadi..kenala ikut kesesuaian tempat kan

cikceriacorner said...

akak suka jln seret kaki..malas nak angkat kasut..pemalaskan..heheh..tp bile baca entri ni kene berubah la kan....heheheh

Mimi Jazman said...

anon ...
:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty ...
betul tu.. pemakaian kena ikut tempat dan jgn lupa panduan dr Allah pun kena ikut jugak.. :)

cikceriacorner ...
em.. betul2.. insyaallah.. Ada ganjaran baiknya nnt.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.