Akan Fahamkah Dia??



Hati terasa hiba.. Apatah lagi selepas pertengkaran itu berlaku..

Akan fahamkah dia??

Diceritakan kepada dia..apa yang berlaku..
Katanya..orang tu kolot.. Bla..bla..
Ikut hati mahu sahaja aku hempap muka kamu..

Kamu takkan faham..kenapa dia tulis begitu..
Kamu takkan mengerti..kenapa dia berbicara seperti itu..
Kamu takkan pernah dapat fahami..ikatan antara kami..

Aku tunjukkan pada kamu..gambar mereka yang sedia berbakti pada masyarakat..
Kamu tanya.."Kenapa mereka buat begitu? Menyusahkan mak cik tu lagi adalah." 
Dan pelbagai lagi soalan yang kamu tanya..

Wahai manusia..kenapa tidak pernah kamu cuba mengerti?? Apa yang kamu mahu hanyalah jawapan sedangkan kamu tidak pernah mahukannya pun! Kamu berlagak seolah-olah kamu mahukan jawapan..persoal itu ini..sedangkan yang kamu mahu hanyalah MEMPERTIKAIKAN SETIAP TINDAKAN KAMI!!



Kamu tak faham..kenapa kami begini.. Kenapa ini cara kami..
Yang kamu tahu..kami ini manusia-manusia kolot yang tak faham cara hidup kamu itu.. Kata kamu..kami ini manusia-manusia yang tidak mengerti..

Sayang..akukah yang tidak mengerti atau kamu yang sebenarnya tidak mengerti??

Sayang..lembutkanlah hati kamu..dengarlah seruanNya..


".....Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu adalah mata hati yang ada dalam dada."
Surah Al-Hajj [22:46]

Apapun..itu bukan salahnya apabila dia tidak mengerti.. Kerana sesungguhnya aku yang bersalah.. Aku yang terlalu lemah dari sudut ilmu..aku yang terlalu lemah dari sudut istiqamah..aku yang lemah dari sudut ketakwaan..aku yang lemah dari sudut kasih sayang.. Sesungguhnya..aku masih terlalu lemah.. 

Ya Allah..bukalah hatinya kerana sesungguhnya..Kaulah yang memegang hati-hati manusia ini.. 


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.