Sila Abaikan Saya



Ada titisan air mata di sebalik setiap kata yang sebenar tidak pernah kamu fahami. Ada bahagia pada wajahmu..dan aku kini seolah bertambah yakin, cintamu bukan lagi buatku. Hati..bersediakah kamu untuk kuatkan diri sendiri?? Bakal menangiskah kamu kerana telah dilupakan oleh segenap manusia yang dulunya sangat merinduimu. Hati...ada kalanya Dia mahu menguji sejauh mana pergantungan kamu terhadapNya.

Aku senyum di atas bahagia wajah seorang gadis. Terasa hati ditusuk dengan semacam alat tajam yang luar biasa tajamnya. Pedih..namun aku tak menangis kerana yakin..ini takdir susunan jalan dariNya dan pasti satu hari nanti..tusakan ini akan pulih sendiri.

Pedih..bakal hilangkah kau dari hati? Sekiranya hilang sekalipun masihkah akan ada parutnya di situ?

Tangis..dengar sini..mulai saat ini..aku pinta kamu untuk berhenti mengalir.. Cakap pada retina di dalam soket mata itu untuk berhenti fahami hati dan otak.

Hati..kamulah yang paling derita saat ini.. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Berhentilah berharap kerana harapan hanya akan tinggal untuk dirobohkan.. Berdoalah terus sayang..agar dikuatkan diri..

Aku akan paksa bibir ukir senyum walau dunia cuba jatuhkan aku.

Cuma..ada kalanya..aku tersungkur sendiri dalam khayalan mimpi yang membunuh sakit.

Tuhan..beri aku kekuatan..

[Dah pukul 0230.. mata masih tak nak lelap.. hati pulak semacam.. dan..sila abaikan saya]

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.