Penyayangkah Ana??

Assalamualaikum.. 




Sekadar perkongsian.. 

Tadi..MJ pergi tuisyen..dan hari ni..MJ duduk belakang.. Perggh!! Dah lah tak bawak spect tadi..memang kabur je la depan tu.. Nak cari jawapan ape pun sumenye tersangkut.. Hm.. Itulah rasanya apabila satu nikmat yang ALLAH berikan pda kita ditarik.. Nikmat penglihatan yang baik itu adalah satu nikmat yang besar..sedikit sahaja rabun..boleh menyebabkan kesengsaraan yang teramat.. (er..hiperbola yang tak berapa hyper sangat..but..yes..do trust me..it is hard to survive a class without my spectacles..)



Anyway..that's not the real point.. 

Masa MJ dok dekat belakang tu.. Mata MJ terpandang gelagat dua orang budak lelaki ni.. Salah seorang dari mereka..MJ kenal..yang lagi sorang tu MJ tak kenal.. 

Dan baru MJ macam tersedar sikit..budak-budak laki dekat tempat tuisyen MJ ni sangatlah sopan dan baik.. 

MJ tak pernah nampak dyeorang cube kacau budak-budak perempuan.. 
Dyeorg tak pernah buat lawak yang tak berapa cerdik masa cikgu mengajar.. 
Dyeorg tak de bising-bising.. 
Kalau tak faham dyeorg tanye.. 

Bukan start dari tahun ni je..memang dari tahun lepas lagi.. 
Dan hubungan dyeorg sesama budak lelaki terasa macam sangat erat.. 

Dua orang budak lelaki tadi tengah berbual dan cara salah seorang dari mereka memandang ke arah yang seorang lagi..membuatkan MJ terharu.. Pandangan itu seolah-olah sebuah pandangan tanda perhatian dan tanda prihatin.. Mulut mengukir senyum jika salah seorang dari mereka menceritakan sesuatu yang sangat menarik tetapi jarang sekali mereka tertawa dengan kuat..jauh sekali berdekah-dekah.. 

Apabila nak balik..mereka saling bersalaman walaupun dengan budak di meja belakang.. 

Budak Melayu dan budak India boleh naik motosikal bersama..balik ke rumah bersama-sama.. Terasa harmoni.. 

Mungkin..MJ yang 'jakun' sebab baru first time nampak benda-benda macam ni..

Dulu..masa MJ di Kedah..jarang nampak budak Melayu dan budak India duduk bersama..berbincang tentang pelajaran.. 

Maybe..MJ sekolah agama kot so memang tak pernah nampak persefahaman antara dua kaum ini.. 

Dan mungkin juga..Kedah tu majoritinya Melayu..sedangkan di Seremban ni..Cina..Melayu dan India terasa macam sama banyak.. 

Dalam hati terdetik..budak-budak lelaki sangat mesra antara satu sama lain..walaupun datang dari background yang berbeza.. 

MJ pulak..lebih senang mengasingkan diri di suatu sudut di tempat tuisyen itu dan mengelakkan perbualan dengan sesiapa pun.. 

Adakah ini suatu kelemahan dakwah pada hari ini?? 
Ada kesedaran tapi takut untuk tampil bersuara..memulakan perbicaraan mesra antara kawan?? 

Sedangkan dakwah Islam itu berdirinya atas dasar kasih sayang yang mendalam sesama insan.. 

Rasulullah saw sendiripun apabila diceritakan mengenai dakwahnya yang begitu berkesan..ia adalah kerana Rasulullah saw itu sendiri seorang insanyang sangat penyayang..lembut lagi mesra tidak kira terhadap siapa..

Penyayangkah ana?? Soalan yang perlu dijawab dengan tindakan.. ^-^



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Penyayangkah Ana??

budak baikk!~ said...

wah video ape tu dik?

belajar elok2 ye :)
yg penting kena paham kan ape yg di baca... once dah paham, senang sket nak igt.. ;)

gadisBunga said...

sebenarnya awak pemalu, sopan dn pandai menjaga diri. keep it up. :)

*

tapi bab muhibah tu, i've witnessed it even since i was 7. sweet but often ruined by corrupted hands.

Mimi Jazman said...

budak baikk!~ ...
video dakwah untuk sekolah.. :)

insyaallah.. ana buat apa yg mampu.. ^^

gadisBunga ...
why??

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.