Hadiah buat Semua Blogger.. ^^

Assalamualaikum..



Wahai blogger-blogger sekalian.. 

Minat kita berdua sama.. Menulis itu minat kita..

Orang baca pendapat kita..itu adalah satu kelebihan..

Tak ramai orang pandai menulis..tak ramai orang juga yang pandai menarik orang lain untuk baca blog kita..

Tapi kita berdua..ada persamaannya..

Tiada salah dalam menceritakan cerita-cerita peribadi kamu di laman kamu sendiri..

Tapi wahai saudara bloggerku sekalian..
Mari..kita lihat ke arah sesuatu yang lebih besar..

Kata orang..blogging is a hobby..
Yes..as for me..


Kata orang..blogging is a freedom.. 
Yes..as for me.. 


Kata orang..blogging is a right.. 
Yes..as for me.. 


Tapi..hobi..kebebasan dan hak kita ini ke manakah kita salurkan??

Andai kata kita bercerita tentang kehidupan peribadi..tentang benda-benda kegemaran..tentang hobi..tentang keluarga..tentang study..tentang orang lain..tentang shopping..tentang makanan yang kita makan..



Tanyalah pada diri..
"Adakah aku dapat menyumbangkan sesuatu dengan menulis post ni??"


Kemudian..
"Siapakah yang mendapat manfaat dari post ni?? Adakah hanya aku atau semua pembaca??" 


Lagi..
"Adakah dengan post ini..Allah redha kepadaku??" 


Lagi..
"Adakah post ini akan membantu aku di padang mahsyar kelak atau sekadar pengisi masa lapang di dunia??" 


Lagi..
"Adakah aku saja-saja mahu menulis??" 



Saudara bloggerku..mari..
Ana baru sahaja nak bukak langkah..
Mencari erti berblogging yang sebenar..

Tak salah berblogging..tak salah bercerita..
Tapi jangan sia-siakan kemampuan itu..
Ambil pengajaran dari setiap sudut kehidupan..

Kalau pergi bercuti..ceritalah pada orang..tulislah di blog..
Tapi jangan lupa selitkan peringatan tanda kasih padaNya.. 


Kalau pergi makan yang best-best..ceritalah pada orang..tulislah di blog.. 
Tapi jangan lupa nyatakan rasa syukur kerana Dia masih mengizinkan kita merasa makanan-makanan yang best itu.. 
Moga di syurga..kita dapat yang lebih dari itu.. 


Kalau pergi kenduri kahwin..ceritalah pada orang..tulislah di blog..
Tapi jangan lupa doakan kebahagiaan mereka dan beritahu pada yang lain bahawa kita memang perlu bercinta..bercinta untuk meraih redha Allah.. 


Kalau benar kita ingin berada di syurgaNya..ingin bertemu dengan kekasihNya..ingin menatap wajahNya..
Maka..janganlah persiakan barang sesaat pun yang kita ada.. 


Ana bukan sempurna..
Masih lagi merangkak-rangkak mencari jalan..
Tapi..Imam Hassan al-Banna pernah berkata..

"Jika ditunggu sehingga seseorang itu sempurna terlebih dahulu barulah dia dibenarkan menegur seseorang nescaya dakwah itu hanya dapat dijalankan oleh bilangan yang sangat sedikit."

Kerana fitrahnya..manusia ini tidak lepas dari melakukan dosa..

Mari saudara bloggerku..
Sebarkan dakwah dalam setiap langkah perjalanan hidup kita..






Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Hadiah buat Semua Blogger.. ^^

gadisBunga said...

nice entry dear.

kita mmg harus menyatakan syukur dan memuji kebesaran Allah atas segala nikmat yg dikecapi, tak kira la dalam apa aktiviti sekalipun.

MamaEma said...

terima kasih di atas peringatan ini..akak sangat suka

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

thanx for sharing :)


dulu-dulu akak mmg niat nk tulis spy org dpt 'sesuatu' bila baca blog akak tp akak x pndi sgt nk tulis-tulis begitu..jd akak tulis jela kisah yg akak lalui hari-hari, yg baik org boleh jadikan teladan yg buruk org lain leh jadikan sempadan

Mimi Jazman said...

gadisBunga ...
em.. btul2.. ^^

MamaEma ...
jazakillah.. ^^

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty ...
em.. betul tu.. tp jgn lupe utk tulis pengajaran bg setiap entri..sbbade stgh org yg bce blog kite..dyeorg bce just for fun.. ^^

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.