Diam..Tanya Pada Diri..



Hidup tak selalunya indah.. Langit tak selalu cerah.. 

Er.. Tak ingat lirik sebenar but I know the song.. Lukisan Alam.. Penyanyi dia..tak ingat jugak. 

Ada kalanya..hidup terasa begitu menyesakkan.. Sempit dada kadang-kadang rasa seperti tak mampu nak tanggung.. 

Bangun pagi je..hati dah rasa sesak.. Kerja itu ini..memenuhkan kepala yang sedia berselirat.. 

Dan apabila terlihat orang lain..yang jauh lebih sibuk dari kita..dan jauh lebih berjaya dari kita..membuatkan kita merasa tertekan.. 

Mana tidaknya..dia sentiasa sibuk tetapi sentiasa sahaja dia tersenyum dan paling mengejutkan..keputusan peperiksaannya sentiasa bagus malahan yang terbaik dalam keseluruhan tingkatan.. 

Kadang-kadang terasa nak tanya pada mereka-mereka yang berjaya ini..apa rahsia mereka sebenarnya?? Bagaimana dalam aktiviti seharian yang padat..mereka masih boleh tersenyum?? Bagaimana mereka masih boleh tenang?? Bagimana mereka masih boleh cemerlang??

DIAM.... TANYA LAGI PADA DIRI.. 

Apa yang kamu kurang?? Apa yang mereka lebih??

Kenapa mereka boleh kelihatan begitu tenang??

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." 
(Ar-R'ad:28)

Mungkin..itulah jawapan yang terbaik.. 

Bila hati sudah diserahkan segalanya pada Allah masakan hati akan merasa bimbang??

Allah pemilik segalanya..segalanya.. Apa sahaja minta pada Allah..pasti dapat selagimana niatnya betul.. Kalau tak dapat..yakin yang Allah akan beri sesuatu yang lebih baik.. 

Jadi..untuk apa lagi rasa bimbang?? Allah kan ada?? 

Mungkin hari ini..jiwa terasa serabut sebab kurangnya pergantungan pada Allah.. 

Lapangkanlah dada pada saat diri menyedari bahawa ada sesuatu Yang Maha Berkuasa..Yang Maha Hebat menggenggam setiap sesuatu yang ada di muka bumi.. 

Yang penting berusaha.. 

Berusaha jadikan hidup ini lebih baik..demi mencapai keredhaanNya.. 



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.