Dia Dah Hilang untuk Kita...

Hari ini dia ada...Kita sakitkan dia...Xpelah, dia maafkan..

Hari ini dia ada..Kita buat dia menangis..Xpelah, dia cuba pujuk diri..
Hari ini dia ada..Kita mainkan dia..Xpelah dia anggap kita nak uji dia..
Hari ini dia ada..Kita buat dia sampai jatuh sakit..Xpelah, dia cakap ubat ada...



Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tercari-cari dia.. Tapi tak jumpa..
Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tertunggu-tunggu dia..Tapi sia-sia..
Besok bila dia dah tak ada...Kita menyesal dengan perbuatan kita..Tapi terlambat

Masa itu....Dia mintak maaf sangat-sangat sebab...

Dia dah tak dapat teman kita.
Dia dah tak dapat hiburkan kita.
Dia dah tak dapat nak jaga kita.
Dia dah tak dapat nak usik-usik kita..

Dan kita dah tak dapat nak buat dia sakit hati,menangis,jatuh sakit dan mainkan dia..Dan kita mesti akan menyesal sebab kita dah buat macam-macam dekat dia dan tiba-tiba baru kita sedar, dia itu..ORANG YANG KITA CARI-CARI SELAMA INI..TAPI DIA DAH HILANG UNTUK KITA.



Assalamualaikum.. 


Agak banyak MJ mengupdate hari ni.. Almaklumlah..dah lame sangat dah tak update ape2 kat sini..sedangkan di sinilah tempat paling best nak bercerita.. Walaupun orang tak peduli sangat dengan apa yang ditulis..MJ tetap rasa seronok dapat menulis di sini.. Terasa macam ada satu kepuasan apabila dapat bercerita di ruangan kecil ini.. 


Sajak di atas telah MJ copy dari FB seseorang.. Dan..MJ copy balik pun sebab MJ rasa..ayat-ayat ni sangat menyentuh perasaan.. Mungkin sebab kena pada batang hidung sendiri kot.. Hehehe.. 


Cuba bayangkan kalau ibu bapa kita pada satu hari..telah pergi meninggalkan kita.. 
Bagaimana pula dengan adik-beradik kita yang lain??

Bagaimana sekiranya..seseorang yang amat kita sayangi..meninggalkan kita dalam keadaan kita tidak pernah menghargai keberadaan mereka di samping kita selama ini.. 

Maka..wahai pembaca yang MJ sangat-sangat disayangi..ambillah iktibar..dan insyaallah untuk MJ sendiri..kita sama-sama menghargai orang-orang kesayangan kita agar kelak tiada yang merasa sesal.. 

Dan..satu lagi..ingatlah..sekalipun kita ditinggalkan oleh semua orang di dunia ini..DIA..masih tetap ada.. :) 



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Dia Dah Hilang untuk Kita...

gadisBunga said...

adatnya..bila dah takde baru nak cari. baru nak hargai.

too late lorrr~

Mimi Jazman said...

gadisBunga ...
em.. betul tu.. nauzubillahiminzalik.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.