A Better Way of Life..

Assalamualaikum...



Alhamdulillah.. Sejak beberapa hari ini..terasa hidup begitu sibuk namun di sebalik kesibukan yang menggunung itu..terasa juga hidup sebenarnya semakin bermakna dan terisi dari hari ke hari..

Semalam adalah hari yang memenatkan..hari yang mencabar hati jugak sebenarnya..



Selama ini..ana selalu membawa kotak pensil yang sangat comel.. Ramai kawan-kawan ana puji kotak pensil ana tu.. Dan..ana sebenarnya sangat berbangga ketika menggunakan kotak pensil tu.. Yela.. Dah lawa kan??

Tapi..sebenarnya..ana tak sedar yang ana dah bawa bersama-sama ana..sebuah lambang kepada agama lain..

Lambang dekat kotak pensil ana tu lebih kurang macam ni la..lambang KNIGHTS of the TEMPLAR..
Boleh google di internet bagi sesiapa yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang hal ni.. 

Mujur..ada seorang cikgu yang menegur ana.. Cikgu tu siap tunjuk gambar lagi..

Dan katanya..ana dah tak boleh pakai kotak pensil tu lagi dah..

Entah kenapa..ana rasa tak berat hati langsung dan ana terus keluarkan barang-barang ana dari kotak pensil tu dan serahkan kotak pensil tu pada cikgu tu..

Dan..cikgu tu jugak berkongsi beberapa benda yang kami tak tahu yang melibatkan keselamatan akidah kami..

Hari yang muram..terus menjadi hari yang bermakna pada ana apabila cikgu tu tunjukkan pada ana..benda-benda yang ana tak tahu..

Dan ana terus rasa bersemangat! (Hehehe...)



Lepas kejadian tu..ana ada berbual dengan kawan ana.. HELMET BAEK!! hehehe..

Sebenarnya..HB tanya ana..apa perasaan ana??

Sejujurnya..ana rasa bahagia sangat.. Ana rasa seronok dan tenang sangat-sangat lepas ana bagi kotak pensil tu pada cikgu yang tegur ana tu.. Ana rasa lega sebab ana dah lakukan sesuatu yang ana rasa susah sebenarnya..

Kemudian..perbualan kami terlajak ke topik lain..

Rupa-rupanya..HB pun mengaku yang dia bukanlah baik sangat masa lower form dulu..

Banyak bende yang dye buat..tak langsung menepati cara hidup seorang muslim.. Mencarut..memaki..tidak jaga pergaulan itu terasa biasa baginya..

Ana merenung diri.. Ya.. Ana pun macam tu..mungkin versinya lain sikit..tapi lebih kuranglah..



Hati kami agak tersasar dari matlamat sebenar kehidupan kami..
Mungkin kami..di luarnya..bertudung labuh..membaca Al-Quran..menghadiri usrah dan bla bla..
Tapi..rasa nikmat di sebalik semua itu..kami tak pernah rasa pun..

Hati kami asyik ingat pada yang tak perlu..jiwa tersasar dari mengingatiNya..

Tapi..berpijak di bumi SHAMS ini..berikan kami satu semangat untuk mengubah cara hidup masing-masing.. Kami masing-masing berazam untuk berubah..

Di bumi SHAMS ini..kami belajar apa yang perlu dalam hidup sebenarnya..dan we became a better person who are having a better way of life.. 

Masing-masing sedar yang cinta hanya perlu ditanamkan buat Allah.. 

Hidup bukanlah sekadar bersuka-ria..budak lelaki..BFF..study.. 
Tapi hidup ini jauh lebih luas dari itu.. 

Hidup ini satu survival mendekatkan diri kepada Allah dan berusaha memperjuangkan nama Islam demi mencapai mardhatillah..

Bagaimana mahu hidup selagi tidak bergantung pada YANG TIDAK MATI??

Ana pernah mesej pada kawan ana..ana beritahu dia.."Allah dah aturkan untuk kita jalan yang terbaik dalam hidup ni." 

Dan kawan ana tu pun setuju dengan ana.. Dia pun mengaku yang dia rasa hidup dia sekarang lebih terarah dari dulu.. Kami masing-masing dah bijak memikirkan masa hadapan dan arah hidup sebenar yang kami mahukan..

Kalau dulu..kami asyik fikirkan hal cinta..hal budak laki..hal kawan..sekarang..tidak lagi..

Di fikiran kami ini terisi dengan hal agama..hal diri..hal ukhuwah..dan hal study..

Tiada lagi bual-bual kosong.. Biasanya bual-bual kosong itu dialihkan kepada bual-bual tazkirah yang jauh lebih indah dan sedap didengar..

HB ada cakap pada ana..

"We had found it..A BETTER WAY OF LIFE.."

Ana akui..jalan yang bakal ana tempuhi ini terlalu panjang dan diri ana sendiri masih banyak khilaf..tapi ana puas.. Dan..ana tahu..dakwah itu bukan untuk disimpan pada diri..untuk dikhabar ke seluruh manusia yang sudi mendengar.. Sebab tu la..ana tulis kat sini..

Mungkin..dengan izin Allah..akan ada yang terbuka hati untuk kembali padaNya..

:)

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to A Better Way of Life..

muhd farhan said...

cikgu sejarah ke yg tegur MJ tu??....tnye jer..haha

Mimi Jazman said...

muhd farhan ...
ye..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.