Back to Al-Quran

Cermin mata yang melekap di wajah dari tadi, ditanggalkan. Jari-jemari dilenturkan ke hadapan. Detak-detuk kedengaran dari tapak tangan. Buat seketika, mata dipejamkan. Buku di atas meja ditutup sedikit kasar, tanda letih menelaah. Tangan dikembalikan ke atas dahi, terasa berat sekali kepala. 


Jam dipandang penuh pengamatan. Masih terlalu awal.. Pukul 3 petang. Keadaan di luar juga masih belum terlalu gelap. Jaket dan tudung pantas disarung. Ipod dan headset lekas disambar dari atas meja. 



Bangku kayu yang menjadi alas duduk pada musim-musim sebelumnya, sekali lagi diduduki walau salji sudahpun hampir melitupi sebahagian besar dari permukaan bangku tersebut. 



Headset dilekapkan ke telinga. Lagu kegemaran, berputar satu demi satu menyusuri playlist 'favourite'. Dan tiba-tiba, 


Surah ali-'Imran...

She was not here but everything's here just like when she was around!!

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)."
[135:3]

Gambar yang adik kirimkan melalui WhatsApp direnung lama. 



Aku memang tak faham dengan apa yang adik cuba sampaikan tapi aku faham satu benda, ada sesuatu yang adik mahu aku fahamkan. Sesuatu yang aku tak pernah ambil peduli pun sebelum ni. Aku rasa aku tahu apa yang dia maksudkan tapi...?? 

Is there any way I can understand these things?? 




Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.