Archive for April 2012

Gen-Q

Assalamualaikum..



Semalam..semasa berjalan-jalan di bazaar sempena PERMATA SHAMS, ana dan Adik Su singgah di booth yang menjual buku-buku agama.

Memang niat di hati nak mencari sesuatu yang dapat mengubat kekosongan pada jiwa. Banyak buku jugak sebenarnya kat situ. Bagus-bagus semuanya.

Pada mulanya, ana tertarik pada U-Turn ke Jalan Lurus oleh Zul Ramli M. Razali.

Tapi bila tengok harganya, terus tak jadi nak beli sebab duit dalam poket memang tak cukup.

So..ana teruskan dengan melihat buku-buku lain.

Tiba-tiba terjumpa, GEN-Q.. Sebuah majalah yang ana tak pernah baca atau sentuh pun sebelum ni walaupun ana sendiri tahu kandungannya cukup hebat.

Entahla.. Biasanya kalau ana terjumpa dengan majalah ni, ana tak ada keinginan langsung nak baca.

Tapi..kali ni..ana rasa tertarik sangat nakbeli dan baca majalah ni.. Er.. Sebelum tu..ana tengok harga dia dulu.. Alhamdulillah..ana berkemampuan.. Hehehe.. ^^

Ada dua edisi di situ..memang tak mampu kalau nakbeli kedua-duanya sekali jadi ana putuskan untukbeli salah satu je.

Dan salah satu dari dua edisi tersebut adalah EDISI MENGUBAT JIWA KOSONG..

Alhamdulillah.. Nampaknya Allah telah aturkan perjumpaan ana dengan majalah ni supaya ana dapat isi semula jiwa yang terasa kosong..

Dan setakat ni..ana rasa sangat bahagia bila dapat baca Gen-Q ni.. Terasa jauh lebih bersemangat..lebih insaf dan tak rasa membuang masa bila mama dengan adik sibuk window shopping while me sitting..waiting for them..

Saiz dye sederhana besar dan bagi ana, handy jugaklah buku ni.. Saiz Galaxy Tablet yang first edition tu.. Hehehe.. :D
Agak ringan dan isinya padat..
Menarik jugak sebab ayat dye tak dela berbelit-belit sangat..

Kalau nak bawak gi jalan-jalan,boleh je sumbat dalam beg.. ^^

Kalau SOLUSI tu kan saiz dye agak besar so bawaklah yang ni..senang sikit..

"Adakah orang yang dilapangkan oleh Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap dalam cahaya dari Tuhannya, sama seperti orang yang tertutup hatinya? Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya dari mengingati Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. "
[Surah az-Zumar 39:22]


Jom baca Gen-Q.. Esok nak pergi PWTC..hehe.. Nak cari lapan edisi Gen-Q yang sebelum ni.. Boleh buat koleksi.. ^^

2 Comments

Di Sebuah Majlis Anugerah Cemerlang...

Assalamualaikum..



Di sebuah majlis anugerah cemerlang di sebuah sekolah..

A : Weyh..susah betul nak jaga pandangan!
B : Kenape?? Ramai sangat yang handsome ke??
A : Seriously..tak de yang handsome pun. Yang dok tengok ni pun tak handsome tapi mate entah kenape asyik je nak pandang.. Hmm..

Betapa susahnya nak menjaga pandangan.. Bukan nak pandang sangat pun..tapi lebih kepada mata yang tak nak melepaskan pandangan tu..

Allahuakbar!! 

Tak rasa pun sebarang perasaan suka apatah lagi cinta.. Tapi mata masih tetap susah nak beralih dari apa yang dipandang..

"Perasaan suka adalah fitrah, manusia yang menjadikannya fitnah." 

Cepat lafazkan istighfar.. Astaghfirullah..

Ya Allah..jauhkan aku dari perasaan suka andai kata aku hanya tahu menjadikannya fitnah.. 



Leave a comment

Now..I am imagining myself..



When my beautiful classmates are being busy for uploading their pics into the websites..
I am the one who is looking up to this big black PC I am using..
Within a smile..I kept all the pictures of myself in an unknown folder..
Hoping that one day..those pictures will be lost on their owns..

Well yes!!
Those pictures had been attacked by some viruses and all of it was damaged to somewhere (deep inside..trust me..I like it to happened)..

Once..I was a girl who like it make-ups and dress-ups..
Haha!!
Shame on me..

I just like to have a picture of myself..
Everywhere and anywhere..

Time comes and goes..
Now..I am just a different girl..
From love it make-ups..to NO WAY make-ups!!
From enjoy it dress-ups..to YUCKS dress ups!!

I can't stand within make-ups on my face..
I don't wanna feel like plastics are pasted on my face..

I can't stand within overloads dress-ups on my body..
I don't wanna feel like a plastic superstar dreamin' of false dreams..

Now..I am imagining myself..
Sitting all alone..
On a wooden bench with beautiful scenery surrounds me..
And sing with me..

The beautiful rhythm of ayat-ayat cinta from HIM..the ONE who guides me..to this path I never discover before..

Alhamdulillah..





Leave a comment

Jalan-Jalan di Suatu Petang
























captured n edited on my own.. :) alhamdulillah..

2 Comments

Tidak Dipersiakan..

Assalamualaikum.. 



Alhamdulillah.. Setelah begitu lama meminati subjek Biology..hari ni..ana diberi peluang menjadi mentor kepada beberapa orang sahabat ana yang lain..

Walaupun perlu bersusah-payah sikit (ana hanya dapat markah cukup-cukup makan tahun lepas jadi,kenalah usaha lebih sikit), ana memang tak kisah sangat kena study BIO sebab BIO adalah favourite subject..

Tapi..tak adalah ana berniat untuk menjadi seorang doktor pun.. (sebab ana ada masalah dengan darah manusia)..

Dan ana mengucapkan JAZAKUMULLAH sangat-sngat dekat kawan-kawan ana yang sekumpulan dengan ana tadi.. Memang dyeorg best sangat2.. Banyak support and cool jugak.. Ready to listen and able to ask.. And bila suruh jawab soalan..ana sangat-sangat suka time dyeorg jawab soalan tanpa melihat buku atau kertas jawapan..

Satu kepuasan bagi ana melihat apa yang ana ajarkan tu dapat difahami oleh semua walaupun apa yang ana ajarkan tu semuanya benda-benda kecik sahaja..

Tak pe.. Dari semalam lagi ana dah azam.."MANTAP WALAUPUN SIKIT!"

Ana tak nak berkejar, nak cepat-cepat habiskan soalan.. Sikit pun tak pe asalkan semuanya kukuh.. ^^

Alhamdulillah.. Usaha bangun pagi dan tidur lewat ana tidak dipersiakan begitu sahaja.. :)




2 Comments

Back to Al-Quran

Cermin mata yang melekap di wajah dari tadi, ditanggalkan. Jari-jemari dilenturkan ke hadapan. Detak-detuk kedengaran dari tapak tangan. Buat seketika, mata dipejamkan. Buku di atas meja ditutup sedikit kasar, tanda letih menelaah. Tangan dikembalikan ke atas dahi, terasa berat sekali kepala. 


Jam dipandang penuh pengamatan. Masih terlalu awal.. Pukul 3 petang. Keadaan di luar juga masih belum terlalu gelap. Jaket dan tudung pantas disarung. Ipod dan headset lekas disambar dari atas meja. 



Bangku kayu yang menjadi alas duduk pada musim-musim sebelumnya, sekali lagi diduduki walau salji sudahpun hampir melitupi sebahagian besar dari permukaan bangku tersebut. 



Headset dilekapkan ke telinga. Lagu kegemaran, berputar satu demi satu menyusuri playlist 'favourite'. Dan tiba-tiba, 


Surah ali-'Imran...

She was not here but everything's here just like when she was around!!

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)."
[135:3]

Gambar yang adik kirimkan melalui WhatsApp direnung lama. 



Aku memang tak faham dengan apa yang adik cuba sampaikan tapi aku faham satu benda, ada sesuatu yang adik mahu aku fahamkan. Sesuatu yang aku tak pernah ambil peduli pun sebelum ni. Aku rasa aku tahu apa yang dia maksudkan tapi...?? 

Is there any way I can understand these things?? 




Posted in , , , | Leave a comment

Hadiah buat Semua Blogger.. ^^

Assalamualaikum..



Wahai blogger-blogger sekalian.. 

Minat kita berdua sama.. Menulis itu minat kita..

Orang baca pendapat kita..itu adalah satu kelebihan..

Tak ramai orang pandai menulis..tak ramai orang juga yang pandai menarik orang lain untuk baca blog kita..

Tapi kita berdua..ada persamaannya..

Tiada salah dalam menceritakan cerita-cerita peribadi kamu di laman kamu sendiri..

Tapi wahai saudara bloggerku sekalian..
Mari..kita lihat ke arah sesuatu yang lebih besar..

Kata orang..blogging is a hobby..
Yes..as for me..


Kata orang..blogging is a freedom.. 
Yes..as for me.. 


Kata orang..blogging is a right.. 
Yes..as for me.. 


Tapi..hobi..kebebasan dan hak kita ini ke manakah kita salurkan??

Andai kata kita bercerita tentang kehidupan peribadi..tentang benda-benda kegemaran..tentang hobi..tentang keluarga..tentang study..tentang orang lain..tentang shopping..tentang makanan yang kita makan..



Tanyalah pada diri..
"Adakah aku dapat menyumbangkan sesuatu dengan menulis post ni??"


Kemudian..
"Siapakah yang mendapat manfaat dari post ni?? Adakah hanya aku atau semua pembaca??" 


Lagi..
"Adakah dengan post ini..Allah redha kepadaku??" 


Lagi..
"Adakah post ini akan membantu aku di padang mahsyar kelak atau sekadar pengisi masa lapang di dunia??" 


Lagi..
"Adakah aku saja-saja mahu menulis??" 



Saudara bloggerku..mari..
Ana baru sahaja nak bukak langkah..
Mencari erti berblogging yang sebenar..

Tak salah berblogging..tak salah bercerita..
Tapi jangan sia-siakan kemampuan itu..
Ambil pengajaran dari setiap sudut kehidupan..

Kalau pergi bercuti..ceritalah pada orang..tulislah di blog..
Tapi jangan lupa selitkan peringatan tanda kasih padaNya.. 


Kalau pergi makan yang best-best..ceritalah pada orang..tulislah di blog.. 
Tapi jangan lupa nyatakan rasa syukur kerana Dia masih mengizinkan kita merasa makanan-makanan yang best itu.. 
Moga di syurga..kita dapat yang lebih dari itu.. 


Kalau pergi kenduri kahwin..ceritalah pada orang..tulislah di blog..
Tapi jangan lupa doakan kebahagiaan mereka dan beritahu pada yang lain bahawa kita memang perlu bercinta..bercinta untuk meraih redha Allah.. 


Kalau benar kita ingin berada di syurgaNya..ingin bertemu dengan kekasihNya..ingin menatap wajahNya..
Maka..janganlah persiakan barang sesaat pun yang kita ada.. 


Ana bukan sempurna..
Masih lagi merangkak-rangkak mencari jalan..
Tapi..Imam Hassan al-Banna pernah berkata..

"Jika ditunggu sehingga seseorang itu sempurna terlebih dahulu barulah dia dibenarkan menegur seseorang nescaya dakwah itu hanya dapat dijalankan oleh bilangan yang sangat sedikit."

Kerana fitrahnya..manusia ini tidak lepas dari melakukan dosa..

Mari saudara bloggerku..
Sebarkan dakwah dalam setiap langkah perjalanan hidup kita..






4 Comments

Jangan Jadi 'TAK BIJAK LA!!"

Assalamualaikum.. 


Tak bosankah kamu diperbodohkan sepanjang masa?? 
Tidakkah kamu mengambil iktibar wahai manusia??
Kenapa kamu biarkan emosi kamu menguasai diri??
Kamu biarkan mereka memperbudakkan kamu??
Tidak sedarkah kamu mereka hanya memancing kamu??
Mereka hanya ingin mainkan perasaan kamu!! 
Saya ingin sekali jerit pada anda..
Mempersoalkan anda apa yang sedang anda lakukan??
Sejujurnya..apa yang anda lakukan itu sebenarnya untuk apa??
Untuk Allah??
Untuk Islam??
Malahan..untuk diri sendiri pun tidak berguna!! 

Ya.. Aku bukan manusia sempurna tapi tidaklah aku biarkan diriku diperbodohkan sedemikian rupa! 


Leave a comment

A Better Way of Life..

Assalamualaikum...



Alhamdulillah.. Sejak beberapa hari ini..terasa hidup begitu sibuk namun di sebalik kesibukan yang menggunung itu..terasa juga hidup sebenarnya semakin bermakna dan terisi dari hari ke hari..

Semalam adalah hari yang memenatkan..hari yang mencabar hati jugak sebenarnya..



Selama ini..ana selalu membawa kotak pensil yang sangat comel.. Ramai kawan-kawan ana puji kotak pensil ana tu.. Dan..ana sebenarnya sangat berbangga ketika menggunakan kotak pensil tu.. Yela.. Dah lawa kan??

Tapi..sebenarnya..ana tak sedar yang ana dah bawa bersama-sama ana..sebuah lambang kepada agama lain..

Lambang dekat kotak pensil ana tu lebih kurang macam ni la..lambang KNIGHTS of the TEMPLAR..
Boleh google di internet bagi sesiapa yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang hal ni.. 

Mujur..ada seorang cikgu yang menegur ana.. Cikgu tu siap tunjuk gambar lagi..

Dan katanya..ana dah tak boleh pakai kotak pensil tu lagi dah..

Entah kenapa..ana rasa tak berat hati langsung dan ana terus keluarkan barang-barang ana dari kotak pensil tu dan serahkan kotak pensil tu pada cikgu tu..

Dan..cikgu tu jugak berkongsi beberapa benda yang kami tak tahu yang melibatkan keselamatan akidah kami..

Hari yang muram..terus menjadi hari yang bermakna pada ana apabila cikgu tu tunjukkan pada ana..benda-benda yang ana tak tahu..

Dan ana terus rasa bersemangat! (Hehehe...)



Lepas kejadian tu..ana ada berbual dengan kawan ana.. HELMET BAEK!! hehehe..

Sebenarnya..HB tanya ana..apa perasaan ana??

Sejujurnya..ana rasa bahagia sangat.. Ana rasa seronok dan tenang sangat-sangat lepas ana bagi kotak pensil tu pada cikgu yang tegur ana tu.. Ana rasa lega sebab ana dah lakukan sesuatu yang ana rasa susah sebenarnya..

Kemudian..perbualan kami terlajak ke topik lain..

Rupa-rupanya..HB pun mengaku yang dia bukanlah baik sangat masa lower form dulu..

Banyak bende yang dye buat..tak langsung menepati cara hidup seorang muslim.. Mencarut..memaki..tidak jaga pergaulan itu terasa biasa baginya..

Ana merenung diri.. Ya.. Ana pun macam tu..mungkin versinya lain sikit..tapi lebih kuranglah..



Hati kami agak tersasar dari matlamat sebenar kehidupan kami..
Mungkin kami..di luarnya..bertudung labuh..membaca Al-Quran..menghadiri usrah dan bla bla..
Tapi..rasa nikmat di sebalik semua itu..kami tak pernah rasa pun..

Hati kami asyik ingat pada yang tak perlu..jiwa tersasar dari mengingatiNya..

Tapi..berpijak di bumi SHAMS ini..berikan kami satu semangat untuk mengubah cara hidup masing-masing.. Kami masing-masing berazam untuk berubah..

Di bumi SHAMS ini..kami belajar apa yang perlu dalam hidup sebenarnya..dan we became a better person who are having a better way of life.. 

Masing-masing sedar yang cinta hanya perlu ditanamkan buat Allah.. 

Hidup bukanlah sekadar bersuka-ria..budak lelaki..BFF..study.. 
Tapi hidup ini jauh lebih luas dari itu.. 

Hidup ini satu survival mendekatkan diri kepada Allah dan berusaha memperjuangkan nama Islam demi mencapai mardhatillah..

Bagaimana mahu hidup selagi tidak bergantung pada YANG TIDAK MATI??

Ana pernah mesej pada kawan ana..ana beritahu dia.."Allah dah aturkan untuk kita jalan yang terbaik dalam hidup ni." 

Dan kawan ana tu pun setuju dengan ana.. Dia pun mengaku yang dia rasa hidup dia sekarang lebih terarah dari dulu.. Kami masing-masing dah bijak memikirkan masa hadapan dan arah hidup sebenar yang kami mahukan..

Kalau dulu..kami asyik fikirkan hal cinta..hal budak laki..hal kawan..sekarang..tidak lagi..

Di fikiran kami ini terisi dengan hal agama..hal diri..hal ukhuwah..dan hal study..

Tiada lagi bual-bual kosong.. Biasanya bual-bual kosong itu dialihkan kepada bual-bual tazkirah yang jauh lebih indah dan sedap didengar..

HB ada cakap pada ana..

"We had found it..A BETTER WAY OF LIFE.."

Ana akui..jalan yang bakal ana tempuhi ini terlalu panjang dan diri ana sendiri masih banyak khilaf..tapi ana puas.. Dan..ana tahu..dakwah itu bukan untuk disimpan pada diri..untuk dikhabar ke seluruh manusia yang sudi mendengar.. Sebab tu la..ana tulis kat sini..

Mungkin..dengan izin Allah..akan ada yang terbuka hati untuk kembali padaNya..

:)

Posted in , , | 2 Comments

Dia Dah Hilang untuk Kita...

Hari ini dia ada...Kita sakitkan dia...Xpelah, dia maafkan..

Hari ini dia ada..Kita buat dia menangis..Xpelah, dia cuba pujuk diri..
Hari ini dia ada..Kita mainkan dia..Xpelah dia anggap kita nak uji dia..
Hari ini dia ada..Kita buat dia sampai jatuh sakit..Xpelah, dia cakap ubat ada...



Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tercari-cari dia.. Tapi tak jumpa..
Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tertunggu-tunggu dia..Tapi sia-sia..
Besok bila dia dah tak ada...Kita menyesal dengan perbuatan kita..Tapi terlambat

Masa itu....Dia mintak maaf sangat-sangat sebab...

Dia dah tak dapat teman kita.
Dia dah tak dapat hiburkan kita.
Dia dah tak dapat nak jaga kita.
Dia dah tak dapat nak usik-usik kita..

Dan kita dah tak dapat nak buat dia sakit hati,menangis,jatuh sakit dan mainkan dia..Dan kita mesti akan menyesal sebab kita dah buat macam-macam dekat dia dan tiba-tiba baru kita sedar, dia itu..ORANG YANG KITA CARI-CARI SELAMA INI..TAPI DIA DAH HILANG UNTUK KITA.



Assalamualaikum.. 


Agak banyak MJ mengupdate hari ni.. Almaklumlah..dah lame sangat dah tak update ape2 kat sini..sedangkan di sinilah tempat paling best nak bercerita.. Walaupun orang tak peduli sangat dengan apa yang ditulis..MJ tetap rasa seronok dapat menulis di sini.. Terasa macam ada satu kepuasan apabila dapat bercerita di ruangan kecil ini.. 


Sajak di atas telah MJ copy dari FB seseorang.. Dan..MJ copy balik pun sebab MJ rasa..ayat-ayat ni sangat menyentuh perasaan.. Mungkin sebab kena pada batang hidung sendiri kot.. Hehehe.. 


Cuba bayangkan kalau ibu bapa kita pada satu hari..telah pergi meninggalkan kita.. 
Bagaimana pula dengan adik-beradik kita yang lain??

Bagaimana sekiranya..seseorang yang amat kita sayangi..meninggalkan kita dalam keadaan kita tidak pernah menghargai keberadaan mereka di samping kita selama ini.. 

Maka..wahai pembaca yang MJ sangat-sangat disayangi..ambillah iktibar..dan insyaallah untuk MJ sendiri..kita sama-sama menghargai orang-orang kesayangan kita agar kelak tiada yang merasa sesal.. 

Dan..satu lagi..ingatlah..sekalipun kita ditinggalkan oleh semua orang di dunia ini..DIA..masih tetap ada.. :) 



2 Comments

Do You Ever Feel Life is Going too Fast??

Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. Adik telah berjaya merenovate blog MJ ni.. Anyway..header kat atas tu memang dah de harapan utk ditukarkan..

Ape2 pun..harap sume pembaca yang sudi singgah di ruangan kecil ini..merasa selesa dan seronok dengan perubahan baru ni..

Hehehe..

Bagi orang yang dari dulu lagi baca blog MJ..mesti dah faham tabiat MJ yang suke menukar template blog ni.. Hehehe..

Alhamdulillah..

Hari ni..dah selesai penggambaran untuk Video Night for Nisa'..

Sekarang tugas diserahkan pada DR. Nisa' pula untuk mengedit.. ^^

Insyaallah.. It will be our first video together..

Jazakillah kepada semua yang sudi membantu.. I know it is ain't easy to be a good actress and the way I want it..just make it harder for you guys..

Bulan enam nanti dah tukar kepimpinan baru.. Tinggal dua bulan aje lagi.. Rasa tak sabar pun ade.. Hehehe.. Sudah tiba masanya untuk fokus 100% hanya pada pelajaran.. :)

3 Comments

Penyayangkah Ana??

Assalamualaikum.. 




Sekadar perkongsian.. 

Tadi..MJ pergi tuisyen..dan hari ni..MJ duduk belakang.. Perggh!! Dah lah tak bawak spect tadi..memang kabur je la depan tu.. Nak cari jawapan ape pun sumenye tersangkut.. Hm.. Itulah rasanya apabila satu nikmat yang ALLAH berikan pda kita ditarik.. Nikmat penglihatan yang baik itu adalah satu nikmat yang besar..sedikit sahaja rabun..boleh menyebabkan kesengsaraan yang teramat.. (er..hiperbola yang tak berapa hyper sangat..but..yes..do trust me..it is hard to survive a class without my spectacles..)



Anyway..that's not the real point.. 

Masa MJ dok dekat belakang tu.. Mata MJ terpandang gelagat dua orang budak lelaki ni.. Salah seorang dari mereka..MJ kenal..yang lagi sorang tu MJ tak kenal.. 

Dan baru MJ macam tersedar sikit..budak-budak laki dekat tempat tuisyen MJ ni sangatlah sopan dan baik.. 

MJ tak pernah nampak dyeorang cube kacau budak-budak perempuan.. 
Dyeorg tak pernah buat lawak yang tak berapa cerdik masa cikgu mengajar.. 
Dyeorg tak de bising-bising.. 
Kalau tak faham dyeorg tanye.. 

Bukan start dari tahun ni je..memang dari tahun lepas lagi.. 
Dan hubungan dyeorg sesama budak lelaki terasa macam sangat erat.. 

Dua orang budak lelaki tadi tengah berbual dan cara salah seorang dari mereka memandang ke arah yang seorang lagi..membuatkan MJ terharu.. Pandangan itu seolah-olah sebuah pandangan tanda perhatian dan tanda prihatin.. Mulut mengukir senyum jika salah seorang dari mereka menceritakan sesuatu yang sangat menarik tetapi jarang sekali mereka tertawa dengan kuat..jauh sekali berdekah-dekah.. 

Apabila nak balik..mereka saling bersalaman walaupun dengan budak di meja belakang.. 

Budak Melayu dan budak India boleh naik motosikal bersama..balik ke rumah bersama-sama.. Terasa harmoni.. 

Mungkin..MJ yang 'jakun' sebab baru first time nampak benda-benda macam ni..

Dulu..masa MJ di Kedah..jarang nampak budak Melayu dan budak India duduk bersama..berbincang tentang pelajaran.. 

Maybe..MJ sekolah agama kot so memang tak pernah nampak persefahaman antara dua kaum ini.. 

Dan mungkin juga..Kedah tu majoritinya Melayu..sedangkan di Seremban ni..Cina..Melayu dan India terasa macam sama banyak.. 

Dalam hati terdetik..budak-budak lelaki sangat mesra antara satu sama lain..walaupun datang dari background yang berbeza.. 

MJ pulak..lebih senang mengasingkan diri di suatu sudut di tempat tuisyen itu dan mengelakkan perbualan dengan sesiapa pun.. 

Adakah ini suatu kelemahan dakwah pada hari ini?? 
Ada kesedaran tapi takut untuk tampil bersuara..memulakan perbicaraan mesra antara kawan?? 

Sedangkan dakwah Islam itu berdirinya atas dasar kasih sayang yang mendalam sesama insan.. 

Rasulullah saw sendiripun apabila diceritakan mengenai dakwahnya yang begitu berkesan..ia adalah kerana Rasulullah saw itu sendiri seorang insanyang sangat penyayang..lembut lagi mesra tidak kira terhadap siapa..

Penyayangkah ana?? Soalan yang perlu dijawab dengan tindakan.. ^-^



3 Comments

Diam..Tanya Pada Diri..



Hidup tak selalunya indah.. Langit tak selalu cerah.. 

Er.. Tak ingat lirik sebenar but I know the song.. Lukisan Alam.. Penyanyi dia..tak ingat jugak. 

Ada kalanya..hidup terasa begitu menyesakkan.. Sempit dada kadang-kadang rasa seperti tak mampu nak tanggung.. 

Bangun pagi je..hati dah rasa sesak.. Kerja itu ini..memenuhkan kepala yang sedia berselirat.. 

Dan apabila terlihat orang lain..yang jauh lebih sibuk dari kita..dan jauh lebih berjaya dari kita..membuatkan kita merasa tertekan.. 

Mana tidaknya..dia sentiasa sibuk tetapi sentiasa sahaja dia tersenyum dan paling mengejutkan..keputusan peperiksaannya sentiasa bagus malahan yang terbaik dalam keseluruhan tingkatan.. 

Kadang-kadang terasa nak tanya pada mereka-mereka yang berjaya ini..apa rahsia mereka sebenarnya?? Bagaimana dalam aktiviti seharian yang padat..mereka masih boleh tersenyum?? Bagaimana mereka masih boleh tenang?? Bagimana mereka masih boleh cemerlang??

DIAM.... TANYA LAGI PADA DIRI.. 

Apa yang kamu kurang?? Apa yang mereka lebih??

Kenapa mereka boleh kelihatan begitu tenang??

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." 
(Ar-R'ad:28)

Mungkin..itulah jawapan yang terbaik.. 

Bila hati sudah diserahkan segalanya pada Allah masakan hati akan merasa bimbang??

Allah pemilik segalanya..segalanya.. Apa sahaja minta pada Allah..pasti dapat selagimana niatnya betul.. Kalau tak dapat..yakin yang Allah akan beri sesuatu yang lebih baik.. 

Jadi..untuk apa lagi rasa bimbang?? Allah kan ada?? 

Mungkin hari ini..jiwa terasa serabut sebab kurangnya pergantungan pada Allah.. 

Lapangkanlah dada pada saat diri menyedari bahawa ada sesuatu Yang Maha Berkuasa..Yang Maha Hebat menggenggam setiap sesuatu yang ada di muka bumi.. 

Yang penting berusaha.. 

Berusaha jadikan hidup ini lebih baik..demi mencapai keredhaanNya.. 



Leave a comment

when they are starting a new steps in their life..
im being the one who started to look behind..
afraid??
yes..

btw..its not me a few years ago who becoming like this..
it just me..Mimi Jazman..
In nowhere and in a total confusion..typing things like this..

Leave a comment

Mujur...Hari Ini...



Ini kisah kamu
Kisah kamu
Sebuah kisah yang di dalamnya tercatat
Tangis dendam gelodak perasaan seorang remaja.

Ingatkah kamu pada saat itu?
Gadis lasak penuh berani itu
Ditahan oleh pihak berkuasa
Dia akhirnya...perlu digantung
Namun akhirnya dia...memilih untuk pergi sendiri. 

Ingatkah kamu pada saat itu?
Jejaka lucu kurus yang kasar itu
Ditangkap oleh pihak berkuasa
Dia akhirnya...digantung juga
Dan akhirnya dia...pergi dan tak pernah kembali. 

Ingatkah kamu pada saat itu?
Lelaki sopan yang baik itu
Dibawa mengahadap pihak berkuasa
Dia akhirnya...dipaksa untuk membuat pilihan antara cinta dan cita
Namun akhirnya dia...memilih satu jalan penuh kepedihan.

Ingatkah kamu pada saat itu? 
Gadis kurang ajar yang kononnya bijak itu
Turut diheret menghadap pihak berkuasa
Dia akhirnya...juga turut dipaksa untuk membuat pilihan antara cinta dan cita
Namun akhirnya dia...memilih satu jalan penuh kesedihan. 

Ingatkah kamu pada saat itu?
Saat kita tidak pernah bersatu
Dek kerana ego tinggi seorang aku
Dendam seorang aku yang tak pernah putus 
Sakit seorang aku yang tak pernah terubat. 

Dalam kamu itu ada aku
Pemecah segala ukhuwah
Penyebab segala kecah. 

Mujur...masa depan bukan sejarah gelap masa lalu
Mujur...aku dan kamu lekas belajar
Mujur...kita terbentuk dari kisah durjana yang pahitnya tak mampu ditelah namun sayang untuk diludah. 

Maka..hari ini
Aku dan kamu
Antara kita sudah terikat sebuah kasih jalinan hati
Walau terpisah jauh antara jasmani. 

Hari ini...
Masa depan yang tidak pernah termimpi ini datang menjengah. 

Gadis lasak penuh berani itu
Sudah belajar dari salahnya
Hari ini...dia bangkit dengan kekuatan tersendiri. 

Jejaka lucu kurus yang kasar itu
Selamanya telah menghilang
Hari ini...namanya meniti dari bibir ke bibir. 

Jejaka sopan yang baik itu
Sudah faham erti hidup
Hari ini...dia tahu cinta dan cita itu perlu hanya untuk DIA, SANG PEMILIK CINTA

Gadis kurang ajar yang kononnya bijak itu
Sudah mula menerima hakikat 
Namun hari ini...biar kisahnya aku sembunyikan
Kerana kisah dia adalah kisah aku

Mujur...hari ini adalah masa depan yang tak pernah diimpikan
Wahai PEMILIK NYAWAKU...segala puji hanya bagiMU.. 






Leave a comment

Journey by Angela Zhang OST At The Dolphin Bay




It's a long long journeyTill I know where I'm supposed to beIt's a long long journeyAnd I don't know if I can believeWhen shadows fall and block my eyesI am lost and know that I must hideIt's a long long journeyTill I find my way home to you...
Many days I've spentDrifting on through empty shoresWond'ring what's my purposeWond'ring how to make me strong
I know I will falter I know I will cryI know you'll be standing by my sideIt's a long long journeyAnd I need to be close to you...
Sometimes it feels no one understandsI don't even know whyI do the things I doWhen pride builds me up till I can't see my soulWill you break down these walls and pull me through
Cause It's a long long journeyTill I feel that I am worth the priceYou paid for me on cavalryBeneath those stormy skies
When Satan mocks and friends turn to foesIt feels like everything is out to make me lose controlIt's a long long journeyTill I find my way home to you...Ohh. to you.. 
[+] watching AT THE DOLPHIN BAY.. with my family.. And for now..I truly love this song.. 

Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.