Untuk Awak...



Salam... 

Awak sebenarnya, mula-mula sekali saya nak minta maaf daripada awak sebab hari tu, saya kurang balas mesej awak. Ya.. Sebab utamanya, saya memang betul-betul sibuk menguruskan hal-hal penting. 

Mungkin awak tertanya-tanyakan kenapa saya suruh awak baca mesej yang saya hantar ni? Tapi sebelum tu, saya nak minta maaf sekali lagi. Mungkin mesej ini akan buat awak terguris, sakit, marah dan gembira dalam masa yang sama. 

Awak ingat lagi? Saya ada suruh awak baca blog hari tu kan? Blog kawan saya tu. Hm.. Sebenarnya ada makna tersirat saya suruh awak baca. 

Sebenarnya, saya rasa takut untuk beritahu awak perkara ini. Saya tak tahu kenapa hati saya tawar untuk suka atau memberi hati kepada awak atau mana-mana lelaki. Jujur saya kata, saya sedikit sedih dan terkilan dengan tindakan awak sebelum ini. Tipu kalau saya kata, saya tak pernah marah ataupun kecewa. 

Tapi, disebalik apa awak buat tu, saya makin tough. Bukan ayat palsu atau apa tapi serius saya rasa saya makin kuat untuk menghadapi cerita cinta. Yeah, it's cool really. 

Sebab saya suruh awak baca blog tu :- 

  • Saya nak awak tahu saya cuba perbaiki diri
  • Saya nak awak tahu saya cuba untuk menjadi orang terbaik
  • Saya nak awak tahu saya cuba untuk mencintai Dia sebelum mencintai sesiapa pun. 
Huh, agak mustahil kan?

But hey! I'm trying. 

Awak, maafkan saya, tapi saya cuba dan harus tegakkan prinsip saya. 

Jujur saya kata, bila awak kata sayang tu, saya tidak rasa apa-apa. Bukan macam dulu. Tapi tak bermaksud saya hendak rasa seperti dulu tu. Tapi ada sedikit ruang untuk awak dalam hati saya. Bukan saya nak menyakitkan hati sesiapa tapi itulah realiti dan apa yang tersirat. Maafkan saya bila saya mesej dengan awak, saya rasa hati kosong dan rasa begitu bersalah dengan Dia, ibu bapa dan rakan-rakan saya. Maafkan saya sekali lagi. 

Awak, saya harap...

Awak dan saya tidak perlulah selalu berhubung. Bukan apa, saya tak nak perhubungan ini menjadi harapan. Saya tak nak kita terlalu berharap. Saya tak nak terlalu berharap dengan awak dan awak terlalu berharap dengan saya. Masa depan saya dan awak masih panjang lagi. 

Insya-Allah... Hidup saya sekarang ni, saya perlu isi bersama Dia, ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan saya. 

Kalau perlu berhubung atau mahu tahu perkembangan cuma perlu berhubung melalui blog saya je, ok? ^.^

Saya tak nak nanti saya terus leka, cukuplah setakat ini, say atidak mahu perkara dulu berulang. Saya takut, andai saya tak dapat lupakan... 

Ingat lagi?

Arrijal Qawwatun A'lan Nisa'

Awak selalu sebut ni kan? 

Ya... Awak sendiri faham maksudnya kan? Andai bukan awak seorang lelaki, siapa lagi yang akan memelihara dan menjaga seorang wanita? Andai bukan saya seorang nisa' mempersiapkan diri, siapa lagi yang akan menjadi sayap seorang rijal? 

Awak...
Seorang lelaki yang mempunyai rupa yang indah.. 
Jagalah paras dan rupa hanya kepada yang berhak.

Awak... 
Seorang lelaki yang menawan...
Tawanlah hati seorang wanita selepas dia meridai hak pinjaman awak. 

Awak...
Lelaki yang saya pernah berkongsi cerita hidup...
Biarlah cerita saya dan awak terbang jauh. 

Awak...
Seorang rijal yang pernah saya beri hati ini...
Pulangkan hati itu...
Berilah hati awak kepada Dia, Maha Pencipta. 
Berilah saya peluang untuk memberi hati ini untuk Dia di atas sana. 

Awak... 
Lelaki yang saya pernah cinta...
Jadilah rijal yang terbaik...
Buat wanita yang dicipta dari rusuk kiri awak...
Jadilah hamba kepada Dia. 

Untuk awak...Atas Nama Cinta... 

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Awak, andai Dia dah tetapkan jodoh antara kita, tiada apa yang mampu menghalang dan andai awak bukan untuk saya, saya redha atas ketentuan itu. 

Andai benar hati itu terpaut pada insan bernama ..............., tawanlah hati bu bapanya, bila tiba masanya. 
Andai awak bertemu dengan yang sebaiknya, usah ragu untuk padam nama ini. 

Jazakallah.. Semoga awak dilimpahi rahmat Dia dan mendapat cinta dari Dia... :) 







[+] Ya.. Ini memang surat cinta tapi bukan dari MJ.. Ini dari kawan MJ yang nak diserahkan pada seorang lelaki.. Dia tak ada kekuatan yang mencukupi jadi dia minta MJ tolong tulis di blog MJ.. 

Ok.. Sesape lagi nak buat surat cinta dan tak tau macam mana nak bagi dekat orang tersebut..boleh gunakan blog MJ ni sebagai medium ye.. Hehehe.. (Promote blog sendiri!) But..serius ni.. kalau ada karang surat-surat cinta yang bagus dan boleh dijadikan teladan..bolehlah hantar pada MJ di

fariellafayra2209@yahoo.com

Untuk lelaki yang dimaksudkan di atas, ada apa-apa bolehlah emelkan pada MJ ya.. Sekian dari saya.. 

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Untuk Awak...

h4ni3 said...

wahhh
ingatkan surat MJ sendiri
hehe

husna AH said...

hehe....:)

Mimi Jazman said...

h4ni3 ...
eh.. MJ punya surat dh tulis dh hari tu..

husna AH ...
knape?? ade surat yg bleh akk tlg post kan utk awk??

husna AH said...

eh takde la.....seronok baca surat ni...hehe

Mimi Jazman said...

husna AH ...
awak pun buatlah satu..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.