Isi Dalam Hati...

Assalamualaikum..



Hati rasa tak aman.. Memanglah macam ni time exam.. Dah biasa sangat..

Banyak sangat persoalan di minda.. Tak ada orang nak jawab.. Hati lost semacam.. Huh.. Jiwa remaja.. Moga Allah damaikan..

Tadi, berbual dengan seseorang.. Dan tiba-tiba, ayat yang dikeluarkan oleh orang tu berjaya men'SENTAP'kan MJ..

"Banyak sangat kerja kat sekolah ni.. Program itu ini.. Awak tu dah nak exam.. Tak rasa rugi ke habiskan masa untuk semua benda-benda ni?"

Ayat yang MJ paling tak suka dengar.



MJ sendiri bingung. Bukan MJ yang nak semua TANGGUNGJAWAB tu tapi orang yang bagi.. Kata orang yang bagi tu..ALLAH yang pilih..

Mampukah MJ untuk tanggung semua ni?? Hati masih belum sempurna tapi kita diberi tanggungjawab untuk memperbaiki orang lain.. Nak tarik diri..dah terlalu lambat..

Hm.. Dada tiba-tiba sahaja rasa sesak.. Nafas pun terasa berat..

Perlukan bantuan di sini..

Moga ALLAH kirimkan kamu untukku.. Tenangkan hatiku damaikan jiwaku.. (ayat tulus dari hati)

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.