Archive for March 2012

Lepas balik sekolah...

Masuk je rumah lepas balik sekolah... 






Laparnye....!!! Nak makan..






Busuknye....!!! Nak mandi..






Banyaknye homework....!!! Nak start yang mana dulu ni??







Lamenye tak online....!!! Agak-agak lepas mandi nanti boleh tak?? 






Ngantoknye....!!! Dari dalam kelas tadi lagi... 






Eh... NADA CINTA la....!!!

tak boleh letak gambar promo NADA CINTA sebab pelakon dia 'terlebih' sopan.. ^^













Tiba-tiba......
"Dah solat asar belum..??" 












Posted in , , , , | 4 Comments

Maaf..

Assalamualaikum.. Maaflah saya sangat sibuk sekarang.. Di bawah adalah pesanan buat anda dan juga saya.. Selamat malam.. ^^



Posted in , , | Leave a comment

Penyakit Aneh

Assalamualaikum...

MJ ada satu penyakit.. Rasanya penyakit ni agak serius dan perlu diberitahu kepada semua orang sebab MJ perlukan bantuan segera!! MJ minta maaf kepada semua yang berkemungkinan akan merasa pelik dengan penyakit yang MJ alami ni..

Sekiranya anda ada penyelesaiannya..sila beritahu..sebab..MJ sangat-sangat memerlukan rawatan..

Di bawah adalah simptom-simptom penyakit yang MJ alami..


  • Tekak rasa mual dan kering..
  • Perut rasa nak tak nak terima sebarang makanan sebaliknya ingin memuntahkan segala isi yang ada.. 
  • Kepala terasa pening.. 
  • Mata terasa seperti nak tutup.. 
  • Otak tak dapat nak fokus.. 
  • Denyutan jantung sangatlah laju.. 
  • Muka sedikit pucat..
  • Tak mampu nak bercakap.. 
  • Tak sedap badan.. 
  • Semua benda yang dibuat jadi tak kena.. 
  • Gelisah tak tentu arah.. 

Setakat ni..hanya satu faktor yang dapat dikenalpasti.. ESOK..MJ KENA PERGI SEKOLAH.. 

That is the best reason for my sickness.. 

Penyakit apa ni??

Serius..MJ rasa risau.. Disebabkan esok nak sekolah..semua benda yang MJ buat rasa tak betul.. Hati jadi tak tenteram.. Rasa macam tak nak tinggalkan rumah.. Tekak pun rasa mual semacam bila teringat yang esok dah nak sekolah.. Kepala pun automatik jadi pening bile teringatkan hal tu.. 

Kenapa?? 

Penyakit ni MJ hidapi sejak tahun lepas.. Sebelum ni memang tak pernah.. 

Ada penyelesaian terbaik??

MJ hanya dapat fikirkan satu penyelesaian sahaja setakat ni.. 





Ade sesape pernah mengalami penyakit ni?? :( 

Posted in | 6 Comments

A Thousand Years...

Assalamualaikum....

Tak tahulah samada tajuk dekat atas tu ada kena mengena atau tidak.. Cuma..nak beritahu di sini..yang esok MJ takkan ke sekolah..sebab malam ni baru sampai rumah..

Hari tu..lepas je habis Perkampungan Ilmu kat sekolah..MJ terus balik rumah..kemas-kemas baju and bergerak ke Sungai Petani (my home).. Mungkin ramai kawan-kawan dekat SP yang tak tahu..kat sini..MJ nak mintak maaf sangat-sangat sebab tak bagitau pun nak balik..

MJ tak bagitau pun sebab MJ sendiri sibuk.. Ke hulu ke hilir.. = =" Memang agak meletihkan.. Er.. Lagipun MJ balik enam hari je.. Walaupun nampak macam lame..tapi percayalah..ianya tak mencukupi langsung.. Bila balik Seremban..masih ada perkara yang masih belum selesai kat SP sana..

Hm...

MJ nak share satu gambar sebenarnya ni.. Yang ni mungkin ade kene-mengene sikit kot dengan tajuk kat atas tu..
























































































Posted in , , | 6 Comments

What I Supposed to do??

Rasa risau mula menggamit jiwa. Rasa tak tenang mula mengacau di tengah malam. Ini bukan kali pertama. Ini sudah masuk kali yang entah ke berapa. 

Tubuh lekas dipaksa bangun dari tempat tidur. Hati rasa kacau sekali. Bibir setia menyebut nama Yang Maha Esa.

Tak jadi! Bayangan itu terus menghantui. Wajah itu masih tetap terus di situ.

Bergegas pula ke bilik air..berwudhu'.. Solat sunat terus ditunaikan. Hati yang kacau perlu ditenangkan namun tiada perubahan sebaliknya..wajah itu tetap terus di situ.

Kembali ke katil. Allahuakbar! Mengapa harus begini? Hati mula mengeluh.

Mimpi itu masih sama....

"Saya pilih awak." 



Ayat yang satu itu cukup untuk mengganggu-gugat ketenteraman mimpinya.

Wajah lelaki itu pula masih sama. Belum berubah kepada wajah lain.

Seperti biasa,ketika mana hati berselirat dengan pelbagai gangguan, tangannya akan bergegas mencapai telefon bimbit, mencari satu insan yang tak mungkin akan mengabaikannya. Kakak.....

Tangan yang bergerak bebas seketika..kembali perlahan. Tangan tak jadi hendak mendail. Rasa risau dan ragu bermain.

Takkan nak bagitahu kakak? Tak ke aku ni macam budak kecik je buat perangai macam ni? Anyway..it is my first year at uni. Dulu tu ok la..sebab masih di sekolah menengah.. Kang kena gelak je..

But..kalau nak secretive sangat pun tak guna jugak. Tak ada perkara yang dapat diselesaikan.

Setelah menyakinkan hati dengan bertawakal sepenuhnya, tangan digagahkan juga untuk mendail nombor itu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. Aik?? Tak tidur lagi?" kakak bersuara terkejut di hujung talian.

Diam........

"Hello! Tak sayang kredit ke? Awak tu menelefon hingga ke Florida ni ha..," seperti biasa kakak membebel tatkala otak baru sedang mengatur susun ayat terbaik untuk diucapkan. Nak mengaku direct ke??

"Kakak..have you ever like someone?" ayat mukadimah.

"I like lmost everyone..everday..everything.. Why?" hai..adik aku ni apehal lain benar bunyi soalan ni??

"I mean...guys.." kata belajar pandai sangat. Itu pun susah nak paham ke?

"Owh.. Ek?? Er.. You know me well la.. Takkan tak tahu kot," ok.. Eh?? Lain ni soalan ni.

"Oh yeah.. Of course.. Shaun Sipos.. Daniel Radcliffe.. Colin Morgan.. Tom Cruise.. Yeah.. You like guys...," semua laki handsome dalam TV tu dia suka but real life............. 

"Haha!! Tau pun.. Lagi mau tanya kan??" tak faham betul aku budak ni sorang.

"Real life?" kalau nak tau, mesti beranikan diri..

Perlu ke aku mengaku yang aku memang sayangkan seseorang pada adik? Tak kisah ke dia??

"Ehem.....!" tadi marah orang. Dia pun sama je la..

"Once..and fixed.. Tapi dah berkurun lama dah.," er.. Tak kisah ke dia?? But..no use pun.. Memang dah lama sangat dah since my last love story, zaman sekolah menengah form 3 nun...

"Really? How does it feels anyway?" kenapa aku tak pernah tau?!

"Biasa je.....," hai.... Soalan unexpected ni..

"Pernah masuk mimpi?" lantas bibir bertanya sebelum otak sempat mencerna.

Diam........

"Have you fall in love??!!" separuh terjerit aku dibuatnya.



Nak mengaku ke tak..nak mengaku ke tak..nak mengaku ke tak..

"Yes you are.. Tak payah nak deny. I knew it!!!!" serius..aku rasa macam nak lompat je sekarang.

Terdengar suara kakak yang tersangat ceria di hujung talian. Apehal happy semacam ni??

"Kenapa.....?"

"This your first time falling into someone, isn't it? Memanglah kakak happy, dowh... Kakak ingat adik dah takkan kahwin sampai bila-bila," THIS IS MY SISTER'S FIRST TIME FALLING IN LOVE..!!!!!!!! 

"Kakak.......he kept showing up in my dream la. Bosan betul. He doesn't even know me," akhirnya, terlepas juga.

"It's ok la.. Biasalah tu. Ni orang pertama kan? Effect dia lebih sikit," kakak cuba memujuk.

"Is it?"

"Em.. Don't worry. Kalau adik dah bersedia menyukai seseorang, tak semestinya orang tu yang akan be your husband. It can be anyone. Benda ni semua normal. You need to get used with it."

"What I suppose to do??"


[+] Thanks to Pak Ki di atas idea cerita ni.. :) Nampak tak gambar kat atas ni..?? Kepada gadis-gadis di luar sana..yang sudah jatuh cinta..baca dan hayatilah.. :) Allah tidak akan pernah merugikan mereka yang patuh padaNya.. :)

Posted in , , | 5 Comments

Hati yang Gelap..

Assalamualaikum..



Buku Physics dibiarkan terbuka di atas meja.. Hati rasa kabut.. Seperti biasa..nak exam lah katakan..

Hati terlalu gelap.. Ilmu pun susah nak tembus.. Bukan salah orang.. Bukan salah aktiviti sekolah yang begitu banyak.. Bukan salah Mama dan Baba yang selalu sangat bawak berjalan.. Bukan jugak salah cikgu-cikgu yang mengajar.. It just me.. My heart..that's why..

Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tidak boleh menembusi tempat yang gelap.. 

Tahu tu.. Tapi..hati lekas terleka..lekas terbabas.. Rasa ego kadang-kadang sukar ditundukkan.. Rasa khusyuk payah nak hadir.. Kawan-kawan cuba bimbing..tapi kenapa masih terlalu susah?

Kenapa dia boleh lakukannya dengan baik?? Dia seorang yang sangat sibuk tetapi tak pernah gagal dalam pelajaran.. Dia seorang yang pendiam..sangat lembut..dan dari gayanya..aku sendiri kagum..

Adakah kerana hatinya yang  begitu bersih..begitu suci??

Kalau begitu..aku teramat sangat cemburu kerana jalan di hadapanku kini kelihatan sangat kabur.. Terasa sangat kabur..

Mungkin..ini adalah kerana iman yang tidak pernah teguh di hati..

Posted in , , | 4 Comments

Isi Dalam Hati...

Assalamualaikum..



Hati rasa tak aman.. Memanglah macam ni time exam.. Dah biasa sangat..

Banyak sangat persoalan di minda.. Tak ada orang nak jawab.. Hati lost semacam.. Huh.. Jiwa remaja.. Moga Allah damaikan..

Tadi, berbual dengan seseorang.. Dan tiba-tiba, ayat yang dikeluarkan oleh orang tu berjaya men'SENTAP'kan MJ..

"Banyak sangat kerja kat sekolah ni.. Program itu ini.. Awak tu dah nak exam.. Tak rasa rugi ke habiskan masa untuk semua benda-benda ni?"

Ayat yang MJ paling tak suka dengar.



MJ sendiri bingung. Bukan MJ yang nak semua TANGGUNGJAWAB tu tapi orang yang bagi.. Kata orang yang bagi tu..ALLAH yang pilih..

Mampukah MJ untuk tanggung semua ni?? Hati masih belum sempurna tapi kita diberi tanggungjawab untuk memperbaiki orang lain.. Nak tarik diri..dah terlalu lambat..

Hm.. Dada tiba-tiba sahaja rasa sesak.. Nafas pun terasa berat..

Perlukan bantuan di sini..

Moga ALLAH kirimkan kamu untukku.. Tenangkan hatiku damaikan jiwaku.. (ayat tulus dari hati)

Posted in , , | Leave a comment

Untuk Awak...



Salam... 

Awak sebenarnya, mula-mula sekali saya nak minta maaf daripada awak sebab hari tu, saya kurang balas mesej awak. Ya.. Sebab utamanya, saya memang betul-betul sibuk menguruskan hal-hal penting. 

Mungkin awak tertanya-tanyakan kenapa saya suruh awak baca mesej yang saya hantar ni? Tapi sebelum tu, saya nak minta maaf sekali lagi. Mungkin mesej ini akan buat awak terguris, sakit, marah dan gembira dalam masa yang sama. 

Awak ingat lagi? Saya ada suruh awak baca blog hari tu kan? Blog kawan saya tu. Hm.. Sebenarnya ada makna tersirat saya suruh awak baca. 

Sebenarnya, saya rasa takut untuk beritahu awak perkara ini. Saya tak tahu kenapa hati saya tawar untuk suka atau memberi hati kepada awak atau mana-mana lelaki. Jujur saya kata, saya sedikit sedih dan terkilan dengan tindakan awak sebelum ini. Tipu kalau saya kata, saya tak pernah marah ataupun kecewa. 

Tapi, disebalik apa awak buat tu, saya makin tough. Bukan ayat palsu atau apa tapi serius saya rasa saya makin kuat untuk menghadapi cerita cinta. Yeah, it's cool really. 

Sebab saya suruh awak baca blog tu :- 

  • Saya nak awak tahu saya cuba perbaiki diri
  • Saya nak awak tahu saya cuba untuk menjadi orang terbaik
  • Saya nak awak tahu saya cuba untuk mencintai Dia sebelum mencintai sesiapa pun. 
Huh, agak mustahil kan?

But hey! I'm trying. 

Awak, maafkan saya, tapi saya cuba dan harus tegakkan prinsip saya. 

Jujur saya kata, bila awak kata sayang tu, saya tidak rasa apa-apa. Bukan macam dulu. Tapi tak bermaksud saya hendak rasa seperti dulu tu. Tapi ada sedikit ruang untuk awak dalam hati saya. Bukan saya nak menyakitkan hati sesiapa tapi itulah realiti dan apa yang tersirat. Maafkan saya bila saya mesej dengan awak, saya rasa hati kosong dan rasa begitu bersalah dengan Dia, ibu bapa dan rakan-rakan saya. Maafkan saya sekali lagi. 

Awak, saya harap...

Awak dan saya tidak perlulah selalu berhubung. Bukan apa, saya tak nak perhubungan ini menjadi harapan. Saya tak nak kita terlalu berharap. Saya tak nak terlalu berharap dengan awak dan awak terlalu berharap dengan saya. Masa depan saya dan awak masih panjang lagi. 

Insya-Allah... Hidup saya sekarang ni, saya perlu isi bersama Dia, ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan saya. 

Kalau perlu berhubung atau mahu tahu perkembangan cuma perlu berhubung melalui blog saya je, ok? ^.^

Saya tak nak nanti saya terus leka, cukuplah setakat ini, say atidak mahu perkara dulu berulang. Saya takut, andai saya tak dapat lupakan... 

Ingat lagi?

Arrijal Qawwatun A'lan Nisa'

Awak selalu sebut ni kan? 

Ya... Awak sendiri faham maksudnya kan? Andai bukan awak seorang lelaki, siapa lagi yang akan memelihara dan menjaga seorang wanita? Andai bukan saya seorang nisa' mempersiapkan diri, siapa lagi yang akan menjadi sayap seorang rijal? 

Awak...
Seorang lelaki yang mempunyai rupa yang indah.. 
Jagalah paras dan rupa hanya kepada yang berhak.

Awak... 
Seorang lelaki yang menawan...
Tawanlah hati seorang wanita selepas dia meridai hak pinjaman awak. 

Awak...
Lelaki yang saya pernah berkongsi cerita hidup...
Biarlah cerita saya dan awak terbang jauh. 

Awak...
Seorang rijal yang pernah saya beri hati ini...
Pulangkan hati itu...
Berilah hati awak kepada Dia, Maha Pencipta. 
Berilah saya peluang untuk memberi hati ini untuk Dia di atas sana. 

Awak... 
Lelaki yang saya pernah cinta...
Jadilah rijal yang terbaik...
Buat wanita yang dicipta dari rusuk kiri awak...
Jadilah hamba kepada Dia. 

Untuk awak...Atas Nama Cinta... 

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Awak, andai Dia dah tetapkan jodoh antara kita, tiada apa yang mampu menghalang dan andai awak bukan untuk saya, saya redha atas ketentuan itu. 

Andai benar hati itu terpaut pada insan bernama ..............., tawanlah hati bu bapanya, bila tiba masanya. 
Andai awak bertemu dengan yang sebaiknya, usah ragu untuk padam nama ini. 

Jazakallah.. Semoga awak dilimpahi rahmat Dia dan mendapat cinta dari Dia... :) 







[+] Ya.. Ini memang surat cinta tapi bukan dari MJ.. Ini dari kawan MJ yang nak diserahkan pada seorang lelaki.. Dia tak ada kekuatan yang mencukupi jadi dia minta MJ tolong tulis di blog MJ.. 

Ok.. Sesape lagi nak buat surat cinta dan tak tau macam mana nak bagi dekat orang tersebut..boleh gunakan blog MJ ni sebagai medium ye.. Hehehe.. (Promote blog sendiri!) But..serius ni.. kalau ada karang surat-surat cinta yang bagus dan boleh dijadikan teladan..bolehlah hantar pada MJ di

fariellafayra2209@yahoo.com

Untuk lelaki yang dimaksudkan di atas, ada apa-apa bolehlah emelkan pada MJ ya.. Sekian dari saya.. 

Posted in , , , | 5 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.