Lau Kana Bainana..

Assalamualaikum..

Bersempena bulan kelahiran baginda Rasulullah saw ni..MJ rasa teringin sangat nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan baginda..

Buat masa ini, memang hati MJ rasa lain macam sikit so kalau entri kali ni terasa kering tak berjiwa, MJ mohon kemaafan yang teramat.



Lau Kana Bainana.. 

Mula-mula, MJ pun tak berapa faham sangat dengan ayat ni.. MJ ingat ianya sekadar program televisyen.. Itu je la..

Then, masa dekat sekolahlah, ada kawan bagitau MJ yang LAU KANA BAINANA ni bermaksud..sekiranya baginda bersama kita.. 



Hari ni, banyak benda berlaku..

Contohnya, berkaitan dengan ayat Imam Muda Asyraf yang MJ terbaca dekat FB hari tu..bunyi dia lebih kurang macam ni..


"Agak-agak Rasulullah saw kagum tak dengan 'dakwah2' yang kita lakukan di FB dan twitter ni?" 

Lepas tu, MJ terfikir pulak cara dakwah kita zaman sekarang ni.. Semuanya main nak 'ngam' dengan jiwa aje.. Jarang orang fikir tentang cara kita ni 'ngam' dengan sunnah tak?? 





Banyak benda yang kita buat..nampak memang tak salah..tapi kalau baginda Rasulullah saw bersama dengan kita..adakah baginda akan merasa bangga dengan kita dan mengatakan bahawa apa yang kita lakukan pada hari ini adalah hikmah yang baginda ajarkan??

Memang tengok tv tu tak jadi masalah..tentunya.. Tapi kalau fikir balik..kalau baginda bersama kita..sanggupkah kita menonton perkara-perkara lagha di tv..??

Sanggupkah kita dengar lagu Bruno Mars sedangkan baginda sentiasa ingin mendengar Al-Quran..? 

Banyak persoalan..tapi tak banyak pula jawapan..



Ramai orang hari ini..mengajar anak-anak mereka begini..

"Belajar pandai-pandai,rajin-rajin. Esok dah besar, boleh kerja besar, dapat gaji besar. Hidup senang." And so on..

Kalau baginda bersama kita..adakah baginda akan berbangga dengan apa yang kita ajarkan pada anak-anak itu?? Baginda telah memberitahu kita..mengajar kita bahawa hidup hanya untuk Allah..segala yang dilakukan hanya untuk Allah.. Tapi, tetap je kita terapkan dalam hati anak-anak kecil ini dengan matlamat dunia.

MJ tak cakap orang..MJ pun macam tu..

Kadang-kadang..kalau ada sepupu-sepupu yang masih kecik buat nakal..MJ marah dengan,

"Ha! Buat la! Nanti mak cik marah." dan lain-lain. 

Begitukah Rasulullah saw mendidik?? Begitukah Rasulullah saw mendidik puterinya, Fatimah?? Begitukah Rasulullah saw mendidik cucu-cucunya, Hasan dan Husin??

Bagi pelajar macam MJ pulak.. Belajar tu bagus tapi ada benda yang menjadikan belajar tu tak bagus untuk MJ.. Contohnya..MJ belajar bab zakat..puasa..dan banyak lagi tentang hukum Islam..tapi kalau mama atau baba tanya..atok ka tanya MJ..MJ tak rasa MJ boleh jawab..

Dan adakah itu dipanggil menuntut ilmu?? Adakah Rasulullah saw berbangga dengan MJ kalau begitulah cara MJ belajar..??

Tidak..



Banyak persoalan bermain di minda..dan soalan induknya di sini adalah..

"Sekiranya baginda Rasulullah saw bersama kita.....???"

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Lau Kana Bainana..

ardz marn said...

Salam Maulidur Rasul...

:)


.

Mimi Jazman said...

ardz marn ...
Salam Maulidur Rasul .. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.