Kepada Lelaki yang Aku Suka..dan..Lelaki yang Aku Cinta..

Assalamualaikum..




Kepada lelaki yang aku suka...

Aku pernah mendengar namamu diucapkan oleh temanku. Katanya, kamu begitu ingin mengenaliku. Kamu malahan pernah bertanya mengenaiku kepada dia, meminta dirimu dikenalkan kepadaku. 

Dan pada ketika itu, aku tidak pernah ambil peduli mengenainya. Aku juga tidak pernah ingin mengenali siapa kamu kerana bagiku, ini hanya mainan perasaan. 

Tanpa kusangka, kamu benar-benar serius ingin mengenali diriku. Kamu sanggup 'add' adikku di Facebook untuk mengenaliku dengan lebih mendalam. Adik sering mengomel,katanya dia sering diganggu oleh seorang lelaki yang begitu ingin tahu mengenaiku. 

Dan, akhirnya, aku membuat keputusan untuk menghadapi kamu. Aku ingin tahu siapa kamu dan apa yang kamu mahukan sebenarnya. Lantas, aku menyamar menjadi adikku dan berbual denganmu di Facebook. Aku benarkan kamu untuk bertanya sebanyak mana yang kamu mahu tanpa memberi sebarang jawapan kepada soalan-soalan itu. 

Ketika itulah, aku memberitahu kamu tentang diriku yang sebenar dan apa yang sedia terkandung di dalam hatiku. Ketika itu jugalah, aku benarkan kamu mendedahkan blog ini kepada kamu. Aku perkenalkan kamu kepada blog ini, agar ia menjadi medium perhubungan antara kita. 

Sebenarnya, niatku memperkenalkan kamu dengan blog ini adalah tidak lain tidak bukan untuk menyelidiki kesungguhan yang kamu ada untuk mengenaliku. Maafkan aku kerana tidak pernah memberi nombor telefon kepada kamu atau membenarkan kamu untuk bertanya khabar di Facebook. Ini kerana, aku tidak mahu perasaanku 'terbabas'. Cukuplah sekadar di laman blog ini kerana aku yakin, di sini, aku lebih kuat untuk mengawal perasaanku. 

Di blog ini, kamu dibenarkan mengenaliku dengan lebih dekat, menyelami jiwa dan perasaanku serta dibenarkan untuk meluahkan pandangan kamu mengenaiku. 

Tidak pernah aku sangka bahawa lelaki sepeti kamu, begitu ikhlas ingin mengenaliku. Hampir 4 bulan sejak perbualan kita di Facebook tempoh hari dan kamu masih lagi mengikuti perkembanganku di laman blog ini walaupun dalam keadaan yang begitu sibuk.

Perasaan suka ini tidak lagi dapat dibendung, ada ketikanya, aku tertunggu-tunggu kamu untuk memberi komen di laman ini. Dan ada kalanya, aku bimbang perasaanku semakin sukar dikawal kelak. 

Aku luahkan pada temanku. Aku ceritakan tentang kamu kepada temanku itu. Ceritanya pula, kamu begitu bersungguh-sungguh ingin mengenaliku sejak kali pertama kamu memasuki kelasku. Kamu mula bertanya dan katanya, hampir kesemua kawan-kawan kamu mengenaliku dan mengetahui perasaan kamu itu. Sejauh mana kebenarannya, wallahu a'lam. 

Hari demi hari, aku semakin bimbang dengan perasaanku yang sangat mudah goyah. 

Dan hari ini, aku memutuskan untuk menulis surat ini kepada kamu. 

Kamu, lelaki yang aku suka...

Terima kasih kerana ingin mengenali diri ini. Aku sebenarnya sangat-sangatlah terharu dengan cara serta kesungguhan kamu. Aku sudah mula menghargai kamu dan menyukai kamu. Terima kasih.

Namun, cukup setakat inilah perkenalan kita. Ya.. Sudah tentu aku tidak akan melarang kamu untuk menjengah ke laman ini. Namun, aku meminta agar kamu berhenti dari cuba untuk mendekatiku. Biarkan perasaan itu berlalu buat seketika.

Aku tidak mahu kamu menaruh harapan yang tinggi dan aku sendiri tidak mahu terlalu leka dengan perasaan yang berkemungkinan akan wujud untuk kamu. Seperti yang aku katakan dahulu, aku ingin mencipta Yang Maha Pencipta terlebih dahulu kemudian barulah aku belajar untuk mencintai yang dicipta pula.

Kepada lelaki yang aku suka...

Bukalah hatimu untuk mencintai DIA terlebih dahulu. Aku yakin kamu lelaki baik yang sangat setia. Pasti kamu akan mudah disayangi oleh mana-mana gadis yang mendekati kamu.

Aku sendiri sangat suka kepada kamu kerana kesungguhan kamu itu. Insyaallah..lelaki yang baik akan dikurniakan wanita yang baik juga. Percayalah..kamu berhak mendapat seseorang yang lebih baik setelah kamu belajar mengenaliNya.

Maka dengan ini, janganlah kamu cuba untuk mendekatiku lagi melainkan di atas kehendak Yang Maha Kuasa.
















Kepada lelaki yang aku cinta...

Semakin hari perasaan ini semakin kuat. Perasaan cinta ini tidak pernah dapat dibendung lagi. Perkenalan selama hampir 6 tahun menjadikan aku tidak mampu untuk mencintai lelaki lain melainkan kamu.

6 tahun yang mencabar, 6 tahun yang menduga. Alhamdulillah..aku masih mencintaimu dan begitu juga kamu. Pengenalan antara kita terasa begitu indah dan persefahaman di antara kita bukanlah lagi sebuah keraguan.

Sudah hampir lima tahun bersama, aku nekad untuk memutuskan hubungan cinta antara kita. Bukan kerana benci ataupun persengketaan namun kerana ada alasan yang lebih baik dari itu.

Sudah hampir setahun, kita berhubung atas tiket ‘kawan’. Kita masih saling bertanya khabar dan aku juga masih menghubungi kamu sekiranya resah di hati tidak dapat dibendung lagi.

Namun, bukanlah kerana kamu, aku menolak salam perkenalan lelaki yang di atas. Bukan kerana kamu jugalah, aku putuskan hubungan antara kita.

Aku menolak lelaki di atas kerana DIA. Aku putuskan hubungan antara kita juga kerana DIA. Kerana DIA, Yang Maha Kuasa.

Kamu semakin matang dan bijak dalam meniti kehidupan yang mencabar dan aku sendiri, semakin kagum dengan diri kamu.

Sekiranya dulu aku mencintai kamu kerana kau berjaya mencuri hatiku dan sangat-sangatlah memahamiku, kini tidak lagi. Aku tidak lagi mencintai kamu kerana itu, aku kini benar-benar mencintai kamu kerana DIA. Kamu dekatkan aku dengan DIA. Tanpa kamu sedari, kamu sebenarnya telah menyentuh hatiku dengan dakwah-dakwah kamu di Facebook. Kamu menjadikan aku terasa sangat kerdil. Kamu beritahu aku bahawa aku perlu untuk menjadi lebih baik sekiranya aku ingin menjadi suri hidupmu.

Terima kasih aku ucapkan.

Kamu, lelaki yang aku cinta...jangan pernah mengatakan bahawa dirimu itu tiada tempat lagi di hatiku. Hampir setiap ketika, aku berdoa kepadaNya agar DIA menemukan jodoh kita.
Aku akan menjaga diriku untukmu bagi menggapai redhaNya kelak. Kekallah dengan pendirianmu dan teruslah menantiku. Insyaallah..aku di sini juga akan terus menanti dan memperbaiki diri supaya kelak kita dapat bersama dengan cara yang halal bagi menggapai redhaNya.

Namun begitu, sekiranya hatimu telah berubah, maka janganlah nantikan diriku lagi. Benarkanlah hatimu untuk mencintai mana-mana sahaja gadis yang kamu rasakan lebih baik dariku. Aku tidak pernah akan marah atau menuntut apa-apa.

Dan..insyaallah..aku akan terus berdoa supaya kita dipertemukan.

Sekiranya benar kita memang ditakdirkan bersama, maka pintaku hanya satu, jadikan dirimu itu teguh dan bertambah teguh dari masa ke masa.

Semoga dipertemukan dalam perhubungan yang halal.

Buat kamu..lelaki yang aku cinta.. MAHAR CINTA.. 






[+] Entri khas buat mereka yang tahu siapa yang saya maksudkan di sini.. 





Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to Kepada Lelaki yang Aku Suka..dan..Lelaki yang Aku Cinta..

muhd farhan said...

terima kasih...... :)

i'm not a story teller :) said...

MJ , daebak !!
rasa macam tahu tapi better tnya MJ la kan, hehe, bt, pinjam nak share bg anak usrah, huhu, boleh eh ? ^.^

Mimi Jazman said...

^^

husna AH said...

kak mimi..siapa org tu??...

Mimi Jazman said...

husna AH ...
hehehe.. biarlah rahsia..

Anonymous said...

lelaki yang pernah dengan awk slama 4 tahun itukah yg awk mksudkan,..??

Mimi Jazman said...

anon ...
rasa2nya??

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.