Jiwa yang Mati



PRANGG!! Pecah berkecai gelas itu apabila tubuhnya dihempas ke dinding keras. Aku menarik nafas dalam. Jantung terasa dicucuk. Hati terasa dirobek. Hilang arah kehidupan. Sudah kabur jalan di hadapan.

Argggh!!!

Damn it! Why this is happening?? Kenapa dengan aku? Kenapa aku rasa macam tak nak hidup? Kenapa dengan aku ni?

Aku benar-benar hilang arah malam itu. Aku benar-benar tidak tahu apa yang merasuk diriku. Tapi aku tahu, jiwaku semakin mati.



Handphone di atas meja lekas aku gapai. Sakit hati semakin dalam, aku tak mahu mati. Aku perlukan seseorang untuk beritahu aku sesuatu yang dapat melegakan aku.

"Adik, kakak perlu bercakap," lekas bibir menutur kata.

"Assalamualaikum.. Kenapa?"

"Tak tau. Rasa sakit hati, kosong semacam. Damn it!" buku di meja dicapai lalu dibaling ke dinding. Bilik yang kemas kini mula bersepah dengan deraian kaca dan buku di lantai.

Wo..! Kakak aku ni sah tengah masuk phase depression ni.

"Kakak hempas barang lagi?" suara adik bergetar.

Tiada jawapan. Aku tahu adik risau dan bukan hanya adik, aku sendiri juga risau dengan keadaan diri sendiri.

"Pergi ambik wudhu' lepas tu buat solat sunat," tenang, suara adik bertutur.

"Hah?" apa pulak adik aku ni??

"Try la. Percayalah cakap aku ni. Kalau rumah ni bergegar dengan suara Daddy and Mummy, itulah yang aku buat. And sis, trust me, can you?" perlahan suara adik memujuk.

"Try dengar lagu ni, Lukisan Alam by Hijjaz. Serius best. Give it a try."

"I will." akhirnya, aku mengalah.



Seketika, tangan kiri longlai mematikan talian. Kaki diatur ke bilik air untuk berwudhu'. Sebaik sahaja selesai berwudhu', aku berdiri kaku di bilik sendiri.

"Nak buat solat sunat apa ni?"

Dan pada ketika itu jugalah phone di atas meja berbunyi menandakan ada mesej diterima.

"Hidup tak selalunya indah.. 
Langit tak selalu cerah.. 
Suram malam tak berbintang..
Itulah lukisan alam..
 Begitu aturan Tuhan..
Try solat sunat taubat. Dua rakaat macam biasa. Aku sayang kakak." 





Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.